Nota Editor: 10 alasan kenapa wanita yang gemar travel itu hebat telah ini disiarkan di Phinemo.com, laman web travel daripada Indonesia. Kami kongsikan semula di sini mengikut gaya bahasa Vocket dengan izin daripada penulis asal Shabara Wicaksono. Katanya cewek yang suka travelling emang keren.

wanita-backpacker-1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ada beberapa bukti bahawa gadis dan wanita yang suka travel itu bagus.

1. Tidak bergantung kepada orang lain

Sewaktu travel tentu saja terasa penatnya kerana barang yang dibawa di dalam backpack sama berat dengan beg yang dipikul oleh lelaki. Tapi selalunya gadis yang suka travel tak mudah mengeluh dan merengek kepada rakan lelaki dan pasangan mereka untuk meminta dibawakan barangnya.

2. Travel solo bukan satu masalah

Gadis dan wanita traveller bukanlah jenis yang hanya mengikut team atau group yang sudah ada itinerari perjalanan mereka.

Si gadis traveller selalunya mempunyai rancangan sendiri dan tidak menunggu sehingga mempunyai kawan yang ramai untuk mula travel. Baginya travel sendiri atau dalam kumpulan kecil bukanlah satu masalah.

wanita-backpacker-5

3. Lakukan apa yang anda suka

Anda mungkin akan mendapat berbagai macam gelaran daripada orang di sekeliling baik positif atau negatif. Anda tidak peduli dan ambil kisah dengan hal itu.

Mungkin ada antara gadis traveller yang menerima berbagai tanggapan dan pandangan – positif dan negatif. Selalunya yang negatif itu diabaikan saja.

Pendek kata tiada yang boleh memaksa anda untuk melakukan berbagai perkara positif.

4. Memiliki peribadi yang hebat

Mengenali berbagai ragam manusia sewaktu travel membentuk si gadis dan wanita memiliki peribadi yang hebat.

Malahan tanpa ragu anda boleh merasakan jika orang di sebelah sewaktu di dalam bas adalah orang yang boleh anda sapa dan tanya beberapa soalan tentang lokasi setempat meskipun tidak saling mengenali.

Baca: Gadis Ini Berkongsi Itinerari Lengkap Travel Dengan Keretapi Dari Malaysia Ke Chiang Mai

wanita-backpacker-4

5. Anda ada pandangan sendiri tentang apa itu ‘cantik’

Pengalaman sewaktu travel dengan membawa barang seminima mungkin menjadikan anda tidak begitu menghiraukan berbagai iklan barangan kosmetik. Yang penting bagi anda adalah yang mudah, ringan dan cepat agar perjalanan anda on time dan tidak terlewat kerana hal-hal yang remeh.

6. Tidak ambil peduli dengan hal remeh

Perjalanan sewaktu travel menjadikan peribadi anda simple dan tidak terlalu menekankan hal yang remeh temeh. Terdengar bunyi kentut dan sendawa? Itu hal remeh yang pastinya tidak akan anda ambil pusing.

wanita-backpacker-2

7. Tidak menulis status meroyan / ratapan hati di media sosial

Anda lebih gemar menulis kisah perjalanan dan pengalaman sewaktu travel berbanding menulis curahan hati di media sosial semata-mata untuk mendapat simpati orang lain.

8. Menulis status remeh di media sosial

Jika orang lain sibuk bercerita tentang mahu ke mana, sedang lakukan apa, memberitahu sudah makan atau belum dan berbagai hal remeh, anda sebaliknya bebas untuk pack barang dan pergi tanpa apa-apa update di media.

Tiba-tiba anda sudah sampai ke satu destinasi dan menikmatinya dengan gembira.

bijan-9

9. Memiliki segudang pengalaman

Wanida dan gadis yang suka travel memiliki wawasan lebih luas berbanding  perempuan kebanyakan. Berbagai ilmu dan pengalaman baru yang ditemui sewaktu travel menjadikan diri anda lebih terkehadapan.

Travel juga mengajar anda menjadi lebih bijak membawa dan menyesuaikan diri mengikut suasana dan situasi di lokasi yang dikunjungi.

10. Menjadi inspirasi kepada wanita lain

Percayalah ramai wanita yang ingin melakukan hal sama seperti yang anda lakukan. Semua kisah perjalanan anda akan menjadi inspirasi kepada wanita lain yang bakal melangkahkan kakinya keluar rumah untuk travel.

Baca lagi: Setelah Setahun Travel, Gadis Ini Berkongsi Rahsia Bagaimana Beliau Menabung

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram