Pasti ada rakan-rakan yang sedang mencari maklumat untuk menyambung pelajaran sarjana untuk sesi 2017/2018. Aada di antara anda yang ingin memilih untuk mencuba pengalaman baru dengan belajar di luar negara.

Tetapi buntu kerana tidak pasti macamana untuk memulakan langkah pertama dan ada juga yang berfikir ianya leceh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Pilih bidang

Anda harus tahu bidang apa yang hendak dimohon. Adalah biasa jika anda memilih bidang di mana tiada kaitan dengan apa yang anda belajar semasa zaman ijazah sarjana muda. Jadi jangan risau. Sebagai contoh kita memilih untuk memohon jurusan Chemical Engineering.

2. Memilih universiti

Selepas anda sudah memilih bidang, tiba masanya untuk memilih universiti. Anda boleh meggunakan carian Google dengan menaip (contohnya) Master in Chemical Engineering.

Jika anda ingin belajar di UK, boleh terus menaip master in chemical engineering in UK. Nanti akan ada banyak senarai yang keluar. Kebanyakkan master di UK adalah selama 1 tahun berbanding di Australia atau New Zealand selama 1 1/2 hingga 2 tahun. Pastikan anda mempunyai antara 4 ke 5 pilihan universiti.

cara-mohon-master-di-luar-negara-2

3. Melawat pameran pendidikan

Setiap tahun, banyak ejen-ejen dan universiti yang membuat pameran pendidikan. Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini. Kebiasannya ia diadakan selepas keputusan STPM atau SPM diumumkan.

4. Tetiti syarat permohonan, syarat bahasa inggeris, kos yuran dan juga modul pembelajaran

Saya cadangkan anda membuat excel sheet untuk membandingan keempat- empat element ini.

Syarat permohonan adalah berbeza untuk setiap universiti. Pastikan ianya sesuai dengan anda.

Bahasa Inggeris merupakan salah satu syarat kemasukkan di universiti di negara yang bahasa utama adalah Bahasa Inggeris. Tetapi jika anda belajar (ijazah sarjana muda) di negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa utama, anda boleh dikecualikan daripada syarat ini.

Jika anda menduduki ujian IELTS kebiasaannya syarat mesti sekurang-kurangnya 6.5 dan keatas (bergantung kepada jurusan. Jurusan perubatan dan pergigian memerlukan sekurang kurangnya 7-7.5).

Anda juga boleh dikecualikan jika anda belajar dalam Bahasa Inggeris semasa ijazah sarjana muda. Ini bergantung kepada universiti.

Modul pembelajaran juga amat penting kerana setiap univerisiti mempunyai modul yang berbeza.

Baca: Tips Permohonan Biasiswa Untuk Pengajian Luar Negara Yang Ramai Tidak Tahu

5. Dapatkan referee form

Pastikan anda mempunyai sekurang kurangnya 2 orang untuk menjadi referee anda. Seboleh-bolehnya di kalangan pensyarah anda semasa degree. Setiap universiti mempunyai borang referee form yang berbeza. Pastikan anda sedar.

Kebiasaanya ia mengambil masa 1-2 minggu untuk mendapat maklumbalas. Pada pendapat, saya untuk mendapatkan maklum balas agak leceh sedikit.

cara-mohon-master-di-luar-negara-1
Kenangan semasa konvokesyen di The Univeristy of Dundee. Insya allah, satu lagi menyusul.

6. Wujudkan fail sijil- sijil

Pastikan anda mempunyai salinan sijil seperti sijil akademik, sijil transkrip, gambar ukuran pasport, passport dan borang referee dalam bentuk PDF dan diletakkam didalam 1 file.

7. Pastikan anda alih bahasa (translate) sijil anda ke dalam Bahasa Inggeris

Ini adalah untuk yang tidak mempunyai sijil dalam bahasa selain Bahasa Inggeris

8. Mulakan permohonan anda

Jika semuanya sudah lengkap anda boleh membuat permohonan.

9. Pastikan ada follow up perkembangan permohonan

Selepas anda menghantar borang permohonan, anda akan di beritahu maklumat tentang bila keputusan akan diketahui. Jika tidak selepas 2 minggu anda boleh cuba email bahagian yang terlibat.

10. Biasiswa

Jika anda berjaya, apa yang perlu anda fikir adalah biasiswa untuk menangung pengajian anda. Bab ini bagi saya agak besar skop jika ingin dibincangkan. Untuk lebih senang boleh juga gunakan ejen!

Dr Naeim
“Be more extra vaganza student”

Baca lagi: 3 Cara Bagaimana Menjadi Seorang Oportunis Dan Dapatkan 4 Biasiswa PhD Sekaligus