Bilik tidur adalah satu tempat istirahat yang baik selepas bekerja keras sepanjang hari. Ini bermakna 1/3 dari masa kehidupan ini adalah untuk tidur. Tidur penting bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal yang akan menyumbang sedikit sebanyak dalam kejayaan hidup ini.

Maka, penting menyediakan sebuah bilik yang selesa didiami dan sesuai dengan diri anda.

1. Pintu

bilik-0

Pastikan bilik tidur berpintu. Ia melambangkan ruang privasi berbanding ruang yang lebih terbuka di dalam rumah anda. Pintu boleh jadi dari bahan kayu atau cermin atau besi, asalkan ia boleh mengawal bunyi, suhu dan kemasukan ‘tetamu’ yang tak diundang.

2. Cahaya

bilik-1

Sebaiknya pada waktu siang kita biarkan cahaya semulajadi terjah masuk menerangi bilik tidur. Pada belah malam pula, ada baiknya kita mempunyai lampu yang boleh dikawal tahap kecerahannya agar ia sesuai untuk pembacaan dan juga tidur.

3. Suhu

bilik-3

Suasana bilik yang berhawa dingin dan malam baik untuk tidur yang nyenyak. Jadi, pastikan aliran udara di dalam bilik tidur boleh mengalir dengan baik melalui ruang udara seperti tingkap. Tingkap pula boleh dilapisi kain langsir yang sesuai agar bilik tidak terlalu panas atau rasa lemas.

4. Katil

bilik-4

Penting pilih katil yang sesuai dengan keperluan anda. Sebaiknya pilih katil yang membantu menjaga kesihatan tulang belakang kita. Ini termasuklah pemilihan tilam. Dan pastikan tukar bahagian atas tilam ke bawah selepas 3 bulan. Lakukannya secara berulangan setiap 3 bulan.

5. Bantal

bilik-5

Katil dan tilam dah sedap. Jadi tak matching pula jika bantal tidak empuk. Banyak jenis bantal yang ada di pasaran. Pilih yang mana bersesuaian dengan anda.

6. Jenis Kain

Sesetengah orang ada alahan pada jenis kain. Jadi, pemilihan cadar dan sarung bantal juga penting agar ia sesuai dengan kulit anda. Sebaiknya ada 2 set cadar dan sarung bantal untuk ditukar setiap minggu. Ya, tukarkannya setiap minggu sebab badan berpeluh ketika tidur.

7. Selimut

bilik-2

bilik-7

Jika tinggal di luar negara yang suhunya musim sejuk atau bilik berhawa dingin, anda boleh gantikan selimut dengan duvet. Duvet ini pun ada beratnya tersendiri dalam unit tog. Pilih yang sesuai dengan suhu bilik anda. Nak pakai selimut pun tak ada masalah, asalkan ada selesa.

8. Dekorasi

bilik-9

Ini ikut citarasa masing-masing. Ada yang mahukan bilik tidur gaya hotel mewah, ada yang mahukan bilik tidur gaya minimalis dan ada juga yang tak kisah tentang dekorasi bilik kerana baginya yang lebih penting ialah dapat tidur.

Tak kisahlah apa pun dekorasi yang anda pilih. Cuma pastikan dekorasi tersebut boleh menggembirakan anda dan mahu berlama-lama di dalam bilik dengan tenang dan selesa.

9. Bunyi

Lupa pula tentang bunyi. Dalam bilik tidur, anda mahukan privasi bersama pasangan (jika sudah berkahwin) dan mungkin juga privasi dari kebisingan persekitaran. Anda tidak mahu orang lain dengar apa yang anda buat dalam bilik tidur dan anda tidak mahu diganggu oleh bunyi di luar bilik tidur. Jadi, pastikan pemilihan bahan binaan dan bahan hiasan (langsir, permaidani dan sebagainya) membantu anda mengawal bunyi-bunyian tersebut.

10. Peralatan Lain

bilik-8

Ini juga bergantung pada tujuan bilik tidur anda kerana ada orang menggabungkan bilik tidur dengan ruang kerja. Ada juga tinggal di dalam unit studio di mana bilik tidur tiada sempadan dengan ruang dapur, ruang tamu, dan ruang makan. Sejujurnya, ia bergantung pada keperluan anda. Jika anda mahukan TV, letakkan saja TV dalam bilik regardless apa pun pendapat orang lain tentangnya. After all, yang nak duduk di dalam bilik itu ialah anda, bukan orang lain.