Sekarang ini ramai yang mahu menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat di dalam makanan. Bagi mereka yang baru nak bermula, dicadangkan kurangkan karbohidrat secara berperingkat agar tubuh badan tidak terlalu terkejut dengan perubahan.

Berkaitan: Cara kurangkan kalori

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Maka, 10 resipi pasta di bawah ini sesuai untuk anda cuba. Walaupun pasta kaya dengan karbohidrat, tetapi dengan cara penyediaan yang betul bersama sayur-sayuran, protein dan lain-lain bahan (pemakanan seimbang), ia pastinya dapat membantu anda sihat dan bina tubuh yang sihat.

Setiap resipi hanya memerlukan 6 langkah sahaja. Mudahkan! Selamat mencuba.

1. Spaghetti Ayam Dan Tomato Kecil Yang Disaute

Gambar: skinnytaste.com
Gambar: skinnytaste.com

1. Selepas air bergaram dididihkan, daging ayam dipotong dadu 1 inci persegi diperisakan dengan 1/2 sudu kecil daun kering oregano, dan basil, sedikit garam dan lada sulah.

2. Kemudian, masak bersama sedikit minyak selama 3-4 minit. Ketepikan ayam apabila isinya tidak lagi berwarna merah jambu.

3. Masukkan 227g pasta di dalam air bergaram yang dididihkan tadi. Selepas itu tos pasta. Air bergaram itu pula disimpan separuh untuk digunakan kemudian.

4. Panaskan semula kuali tadi, dan masukkan 6 ulas bawang putih untuk disaute. Tambah tomato, garam dan lada sulah sekali. Api dikurangkan agar dapat saute semua bahan itu selama 4-5 minit.

5. Ambil pasta yang telah ditos tadi untuk dimasukkan ke dalam kuali. Jika pasta kelihatan terlalu kering, ambil sedikit air bergaram agar ia kembali lembap.

6. Setelah itu, tambah daun segar basil dan daging ayam yang telah disaute sebelum ia dihidangkan bersama hirisan keju.

2. Cendawan Bolognese

Gambar: gimmesomeoven.com
Gambar: gimmesomeoven.com

1. Masak pasta bersama air bergaram didih di dalam periuk sehingga ia capai tahap al dente. Kemudian, toskan.

2. Di dalam periuk panas yang lain, tambah 2 sudu besar mentega. Kacau hingga ia cair. Setelah itu tambah 1 biji bawang putih dipotong dadu, 1 biji lobak merah dipotong dadu, 2 batang saderi untuk disaute selama 6-8 minit.

3. Setelah ia kelihatan seperti lembut dan hampir masak, masukkan 4 ulas bawang putih cincang dan 454g cendawan yang dipotong dadu. Masak 4-5 minit hingga cendawan jadi warna keperangan dan sayur semua telah masak.

4. Resipi asal menggunakan wain. Anda boleh gantikannya dengan epal sider. Masukkan 2/3 cawan epal sider di dalam sayur-sayuran tadi dan kacau. Apabila api sudah cecah suhu didih, renehkan ia selama 2-3 minit sehingga epal sider jadi separuh.

5. Tambah 1 2/3 cawan stok sayur-sayuran, 425g sos tomato, 1 helai daun bay, 1 sudu kecil perasa Itali, dan secubit rasa garam dan lada sulah. Kacau campuran ini hingga ia reneh.

6. Kurangkan api, reneh tanpa ditutup periuk selama 10 minit. Selepas itu anda boleh perasakan ia lagi mengikut selera anda sebelum hidangkannya bersama pasta dan hirisan keju.

3. Penne Rosa Bersama Sayur-Sayuran Dan Udang

Gambar: backtoherroots.com
Gambar: backtoherroots.com

1. 1 sudu besar minyak zaitun dipanaskan di dalam kuali bertudung. Tambah 4 ulas bawang putih cincang, dan 1 cubit empingan cili merah. Masak selama 2 minit atau bawang putih mula lembut.

2. Selepas itu, masukkan 227g cendawan butang, 2 biji tomato saiz tomato yang dipotong, dan sedikit garam dan lada sulah. Masak lagi selama 5 minit atau sehingga cendawan mula berair.

3. Tambah 4 cawan bayam segar dan tutup kuali dengan tudungnya selama 2 minit. Kemudian, alih tudung itu dan kacau ia bersama 1/2 cawan sos marinara (sos pasta). Alih periuk dari api dan biarkan ia begitu saja.

4. Kacau 1/2 cawan yogurt Greek, dan tambah penne. Kacau sampai sos bergaul rata dengan semua pasta dan sayur-sayuran disalutinya.

5. Didalam kuali lain, boleh masak udang atau ayam yang dipotong dadu.

6. Kemudian, hidangkan ia bersama pasta dan hirisan keju parmesan.

4. Pasta Udang Berbawang Putih

Gambar: wellplated.com
Gambar: wellplated.com

1. Didihkan air bergaram di dalam periuk besar dan masak pasta hingga al dente. Simpan 1/4 cawan air itu. Pasta pula ditos bersama sedikit minyak zaitun bagi mengelakkan ia melekat sesama sendiri.

2. Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun di dalam kuali besar dengan api sederhana tinggi. Masukkan 1 biji bawang merah dipotong dadu dan masak selama 2 minit. Masukkan pula 3 ulas bawang putih yang dicincang dan masak lagi selama 1 minit.

3. Kemudian tambah 454g udang, renjis dengan 1/2 sudu kecil serbuk cili merah, 1/2 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil lada hitam. Saute, kacau hingga ia serasi dengan bawang putih dan masak selama 3 minit. Selepas itu, letakkan ia di pinggan.

4. Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun dengan sudu sederhana tinggi. Masukkan 340g brokolli, 454g sayur campur, 1/2 sudu kecil serbuk cili merah, 1/2 sudu kecil garam, dan 1/2 sudu kecil garam. Masak selama 4-5 minit.

5. Tambah epal sider dan masukkan udang di dalam kuali. Masak selama 2 minit agar epal sider tersejat. Kacau hirisan kulit lemon dan jus. Alihkan ia dari tempat memasak yang panas itu.

6. Tambah pasta di dalam kuali dan tos. Jika pasta terlalu kering, tambah air bergaram yang disimpan tadi. Hidang bersama daun parsley dan keju parmesan.

5. Spaghetti Halus Berbola Daging

Gambar: pinchofyum.com
Gambar: pinchofyum.com

1. Panaskan oven pada suhu 350 darjah. Persiapkan 2 cawan bell peppers yang dicincang. Kacau 2 biji besar telur di dalam mangkuk.

2. Tambah 1/4 keju Parmesan yang disagat halus, dan 3/4 serbuk roti yang diperasakan dengan perasa Itali. Kacau semua sehingga ia jadi likat dan melekat.

3. Tambah bell peppers, 605g daging ayam turki, dan garam. Campurkan dengan menggunakan tangan anda agar segala campuran itu jadi sebati bersama.

4. Bulatkan campuran itu sampai ia jadi bentuk bebola daging. Kemudian sebelum susun ia di atas bekas pembakar, sapukan minyak pada permukaan bekas tersebut. Bakar selama 20 minit dan keluarkan ia dari oven selepas itu.

5. Masak spaghetti seperti contoh-contoh resipi sebelum ini. Dan masak sos spaghetti di dalam periuk pada suhu sederhana. Tambah bebola daging dan daun parsley segar, gaul perlahan-lahan dan tutup periuk tersebut.

6. Biarkan ia mereneh. Kemudian, anda boleh campurkan pasta ke dalam periuk atau hidangkan ia seperti di dalam gambar di atas ini

6. Spaghetti Alla Puttanesca

Gambar: yupitsvegan.com
Gambar: yupitsvegan.com

1. Panaskan 1 sudu kecil minyak zaitun di dalam periuk dan tambah 2 ulas bawang putih cincang, dan 1/2 bawang (saiz besar) cincang. Kacau sampai ia jadi warna keemasan. Kemudian masukkan air rebusan sayuran sedikit.

2. Masukkan pasta ke dalam periuk.

3. Tambah semua bahan ini kecuali air rebusan sayuran: 57g buah zaitun hitam yang dihiris, 397g articok yang dipotong-potong, 3/4 chickpeas yang dah dimasak, 2 sudu besar capers, 397g tomato dipotong dadu, 1 sudu kecil basil kering, 1 sudu kecil thyme kering, 1/2 sudu kecil serbuk cili merah, 1/2 sudu kecil lada hitam.

4. Kemudian, masukkan semua air rebusan sayuran ke dalam periuk tersebut.

5. Tutup periuk dan biarkan ia hingga mendidih. Kemudian kurangkan api agar ia capai tahap reneh. Kacau sesekali dan masak 8-10 minit atau sampai pasta betul betul masak.

6. Hidang seperti dalam gambar di atas.

7. Lasagna Bayam Articok

Gambar: cookieandkate.com
Gambar: cookieandkate.com

1. Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun di dalam kuali dengan suhu panas sederhana. Kemudian, masukkan 1 cawan bawang merah yang dipotong dan 1/4 sudu kecil garam. Kacau hingga bawang jadi lembut dan lutsinar, lebih kurang 4-5 minit. Masukkan 4 ulas bawang putih yang diketuk atau cincang. Kacau selama 30 saat.

2. Masukkan 1 cawan articok dan 340g bayam ke dalam kuali. Kacau dan masak dalam masa 12 minit. Kemudian, pindahkan campuran sayur-sayuran ini ke dalam alat pemprosesan makanan, kisar tapi jangan sampai jadi bentuk puri.

3. Campuran itu dipindahkan ke dalam mangkuk yang mempunyai 2 cawan keju cottage rendah lemak. Gaulkan sekali dan perasakan dengan garam dan lada sulah.

4. Sekarang sediakan lasagna dengan meratakan 1/2 cawan sos tomato di atas bekas pembakar. 3 lapisan lasagna di atas dan diselangselikan dengan sapuan campuran tadi.

5. Kemudian dipercikkan dengan 1 cawan keju yang dihiris halus. Balut lasagna dengan kertas kekulit atau kertas aluminium. Bakar selama 18 minit. Kemudian buang kertas tersebut, dan pusingkan bekas baka 180 darjah dan teruskan membakar selama 12 minit lagi.

6 Setelah bahagian atas kelihatan warna keperangan, alihkan ia dari oven dan biarkan lasangna sejuk selama 15 minit. Ia siap dimakan seperti gambar di atas.

8. Salad Mee Soba Dengan Avokado

Gambar: yestoyolks.com
Gambar: yestoyolks.com

1. Masak 510g mee soba di dalam air mendidih hingga ia al dente. Toskan dan bilas dengan air sejuk.

2. Panaskan 2 sudu kecil minyak canola di dalam kuali sehingga ia mereneh. Tambah 1 biji bawang (saiz sederhana), 3 ulas bawang putih (diketuk) dan 11 inci halia (dihiris). Sautekan beberapa minit.

3. Tambah 1 cawan lobak merah (dihiris) dan 1 cawan kacang. Masak selama 5 minit hingga semua sayur-sayuran jadi lembut dan rangup. Alihkan dari haba panas.

4. Kacau semua campuran yang dimasak tadi dengan 3 sudu kecil minyak bijan, 3 sudu besar kicap, 2 sudu kecil gula perang, 2 sudu besar peanut butter, 2 sudu kecil sos garlic-chile, 4 daun bawang dan 2 sudu besar biji bijan di dalam mangkuk besar.

5. Tambah mee soba dan sayur-sayuran di dalam mangkuk agar ia dapat disatukan dengan cara gaul bersama.

6. Hidang di dalam pinggan dan dihias dengan lebihan biji bijan dan potongan avokado. Tambah penyeri dengan potongan limau. Oh ya! Ia dihidang sejuk, sebab itu namanya salad.

9. Pasta Ayam Belanda

Gambar: theyummylife.com
Gambar: theyummylife.com

1. Sapu minyak di dalam slow cooker. Masukkan 6 ulas bawang putih cincang, 1 biji bawang saiz medium dipotong dadu, dan 2 sudu besar minyak zaitun di dalam mangkuk kecil. Masukkan ia di dalam mikrowave selama 2 minit. Berhenti sekejap dan kacau selepas 1 minit pertama.

2. Masukkan semua bahan ini di dalam slow cooker: 822g tomato dadu, 411g sos tomato atau tomato hancur, 2 sudu besar perasa Itali, 1/2 sudu kecil garam, 1/4 sudu kecil lada hitam, 1/4 sudu kecil cili merah hancur.

3. Potong 454g daging ayam turki dalam betuk ketulan Tambah sos di dalamnya. Kacau tapi jangan sampai ketulan daging ayam turki pecah.

4. Tutup slow cooker dan masak ia selama 6-7 jam. Ayam turki perlu dimasak secara perlahan agar dagingnya tidak jadi liat.

5. Apabila sudah siap dimasak, perasakan sos dengan garam (jika perlu). Hidangkan dengan daun parsley segar dan hirisan keju Parmesan.

6. Lebihan sos boleh disimpan secara sejuk beku di dalam peti sejuk anda.

10. Skinny Linguine Dengan Sos Kepah Putih

Gambar: skinnymom.com
Gambar: skinnymom.com

1. Didihkan air bergaram dan masak 227g linguine jadi al dente ikut arahan di pembungkusan. Tos linguine dan simpan 1/4 cawan pasta itu.

2. Panaskan kuali dengan api sederhana. Tambah 1/2 sudu besar mentega tanpa garam dan 1 biji bawang merah cincang. Masak 1-2 minit hingga bawang merah jadi lembut.

3. Tambah 3 sudu besar bawang putih cincang dan 1/2 sudu kecil serbuk cili merah. Masak lagi selama 30 saat hingga 1 minit, atau hingga ia berbau wangi.

4. Resipi asal menggunakan wain. Kita boleh gantikannya dengan epal sider. Masukkan epal sider dan masak selama 2-4 minit.

5. Masukkan air kepah (dari tin kepah), 171g kepah, 2 sudu besar jus lemon, 1 sudu kecil hirisan kulit lemon, garam, dan lada hitam. Masak lagi selama 2-4 minit.

6. Masukkan linguine yang telah ditoskan tadi bersama 2 sudu daun parsley yang telah dipotong-potong. Gabungkan ia bersama sos kepah. Hias seperti di dalam gambar.

Sumber