Media sosial seperti Facebook boleh menjadi medan percubaan dan juga tempat anda mengasah bakat menulis, jika ia digunakan dengan betul. Berikut saya kongsikan 10 tip menulis di Facebook agar ia boleh menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk diri anda:

1. Biasa. Gunakan ayat-ayat yang biasa sahaja

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jangan gunakan perkataan yang terlalu bombastik. Ingat, rakan Facebook kita bukan semuanya pakar bahasa Melayu. Ada pekerja sektor awam, swasta, kerani, jurutera, arkitek, ahli muzik, pekerja restoran dan lain-lain. Gunakan ayat biasa yang boleh difahami oleh segenap lapisan.

2. Pendek. Gunakan ayat pendek

Yang penting tepat dan jelas. Macam yang saya sebut tadi, jangan lebih 30 patah perkataan dalam satu ayat. Ayat yang panjang cenderung disalahertikan, lewah, malah mungkin tidak komprehensif.

3. Langsung. Gunakan ayat langsung

Yang penting mengikut tatabahasa dengan urutan subjek dan predikat. Biar jelas dan terang. Secara tepatnya, gunakan ayat aktif. Bukan ayat pasif yang sangat sukar dan tidak langsung.

4. Lengkap. Pastikan kita menggunakan ejaan yang lengkap

Bukannya perkataan yang macam generasi Wechat tulis. ‘Aku’ menjadi ‘Aqu’, ‘Meja’ jadi ‘Mj’, ‘Malas’ jadi ‘Mlas’ dan banyak lagi. Jangan rojakkan bahasa. Habis campur bahasa Melayu dengab bahasa Inggeris.

Kalau mahu menulis dalam bahasa Inggeris, tulis lengkap dalam bahasa Inggeris. Ingat cikgu bahasa Melayu ajar macam mana dahulu.

Baca: 10 Manfaat Dan Peluang Bisnes Yang Saya Perolehi Kerana Mengeja Dengan Betul Di Media Sosial

5. Perenggan. Ini penting

Perenggan jangan panjang. Ingat, membaca melibatkan penggunaan mata. Perenggan yang terlalu panjang atau tidak ada perenggan langsung akan menyakitkan mata. Satu isi satu perenggan. Satu idea satu satu perenggan. Jangan sesakkan pembaca.

6. Nilai. Pastikan tulisan kita ada nilai

Biar pembaca rasa berbaloi membaca tulisan kita. Bukan entah apa-apa. Atau langsung tidak ada makna. Tentang nilai ini, ia sangat subjektif. Ada orang menulis dengan selamba sahaja. Tapi nilainya, orang boleh ketawa. Itulah nilai. Jangan ingat kita perlu serius 24 jam. Ada orang, hidupnya sudah cukup serius. Jadi media sosial pilihannya untuk merehatkan minda.

7. Ulang. Jangan menulis pengulangan benda yang sama

Cari sisi berbeza untuk menulis benda yang sama. Apabila orang sudah bosan, orang tidak lagi berminat untuk membaca tulisan kita pada masa akan datang. Walaupun pada masa akan datang kita menulis dengan baik.

8. Berlebihan. Jangan menulis sesuatu secara berlebih-lebihan

Atau menulis sesuatu melebihi apa yang sepatutnya. Berpada-pada dalam menyampaikan mesej, sinis, komentar, teguran dan sebagainya. Media sosial ialah dermaga untuk membina hubungan, merapatkan jaringan dengan prospek dan wahana penyampaian ilmu. Bukan platform untuk menambah musuh.

9. Jujur.Jujur dan ikhlas dalam menulis

Ia berkaitan soal niat. Jangan sesekali mengambil kesempatan yang tidak sepatutnya. Orang boleh “menghidu” tujuan kita menulis untuk apa.

10. Semak. Jangan lupa semak tulisan kita

Terutama dari segi ejaan, struktur ayat, isi, maksud, kesahihan fakta, dan mesej. Yang penting, jangan menulis sesuatu yang boleh memberi maksud yang berbeza. Itu sudah tentu akan mengelirukan dan memberi kesilapfahaman kepada pembaca. Lain kita tulis, lain yang orang faham.

Baca lagi: Ini 4 Elemen Penting Jika Mahukan Pemasaran Anda Berkesan Dan Viral Di Media Sosial