Lord Bacon, seorang ahli falsafah Inggeris pernah berkata: “Membaca menjadikan seseorang manusia itu berisi.”

Penyataan Bacon ini memberi pengukuhan kepada kita bahawa membaca adalah budaya yang sangat penting dalam masyarakat terutamanya kepada golongan remaja.

Walaubagaimanapun, hasil kajian Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan beberapa tahun lalu mendapati bahawa selepas tamat pengajian atau selepas berusia 21 tahun, purata tabiat membaca remaja Malaysia jatuh daripada 12 buah buku kepada hanya 8 buah buku setahun.

Ini menjadikan remaja kita agak jauh ketinggalan berbanding remaja Australia yang membaca lebih kurang 180 buah buku, India 130 buah buku, Indonesia 94 buah buku, Thailand 56 buah buku dan Brunei 26 buah buku dalam masa setahun.

Fakta ini seolah-olah meletakkan golongan remaja di negara kita malas membaca. Di mana silapnya hingga remaja khususnya mahasiswa mempunyai sikap kurang minat untuk membaca?

Pada saya, membaca adalah pengalaman spiritual yang ajaib. Sebab itu ada manusia-manusia di dunia yang tidak boleh berpisah dengan tabiat membaca buku sehingga akhir hayat mereka.

Kita mungkin pernah membaca kisah John Stewart yang berwasiat mahu dikuburkan bersama-sama koleksi bukunya jika dia meninggal dunia.

Begitu juga kisah Isac Volmer dan Theodore Rinking yang sanggup makan buku lantaran kecintaan mereka terhadap buku.

Anda pernah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta?

Filem ini adalah sebuah contoh filem yang baik dalam mengangkat budaya membaca di kalangan remaja. Filem ini bukan sekadar hanya bercerita momen romantis antara Rangga (lakonan Nicholas Saputra) dan Cinta (lakonan Dian Sastrowardoyo), tetapi ia mempunyai tema yang lebih besar daripada itu.

Filem ini sebenarnya mengangkat 2 buah buku sebagai latar cerita iaitu buku ‘Aku’ oleh Chairil Anwar (penyair besar Indonesia sekitar tahun 40-an) dan buku ‘Catatan Seorang Demontran’ oleh Soe Hok Gie(intelektual muda Indonesia).

Untuk fakta, kedua-dua tokoh ini meninggal muda ketika berusia 27 tahun.

Dalam filem ini kita nampak watak Rangga sangat suka membaca buku dan puisi. Berbeza pula halnya dengan watak Cinta yang konvensional seperti kebanyakkan remaja.

Uniknya, Rangga mampu mengubah Cinta untuk mengenali buku, sastera dan puisi. Malahan kita nampak Cinta berubah 360 darjah sehingga mampu menghafal puisi yang indah buat Rangga.

Nampak tak betapa hebatnya kuasa membaca?

Dengan kekuatan puisi dan dunia buku inilah yang menjadikan filem AADC ini sebuah filem yang berbeza dengan filem-filem cinta biasa.

Jelas kita nampak bahawa filem ini mengajak kita mencintai buku dan mengajak remaja supaya nak tak nak, mahu tak mahu, mesti membaca kerana apabila membaca sudah menjadi budaya dalam masyarakat maka proses membumikan tradisi intelektual menjadi mudah kerana kerangka asas iaitu membaca sudah sebati dalam jiwa remaja.

tun-m

Jika kita melihat kepada tokoh-tokoh besar negara seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau amat suka membaca dan tabiat ini sudah bermula sejak beliau kecil lagi.

Beliau yang merupakan Ikon Membaca Kebangsaan, berkata generasi muda yang kini dikelilingi peralatan canggih seperti komputer dan henset tidak mempunyai sebab untuk tidak membaca.

Dalam sebuah forum beliau pernah berkata; ‘Jika anda banyak membaca, otak anda semakin cekap. Apa yang anda bakal capai 3-5 tahun, adalah daripada apa yang anda baca sekarang.’ Kat sini kita nampak betapa pentingnya budaya membaca di kalangan remaja.

Tapi itulah, ada di kalangan remaja yang nak start membaca tapi tak tahu buku apa yang seharusnya anda mula baca. Jangan bimbang. Saya ada solusinya.

buku-untuk-remaja-1

buku-untuk-remaja-4

Berikut adalah senarai 100 buah buku yang saya cadangkan wajib dibaca oleh anak-anak muda di Malaysia:

1. Kunang Persisir Morten oleh Raiha Bahaudin
2. Naratif Ogonshoto oleh SN Dato Anwar Ridhwan
3. Detektif Indigo oleh Dr Faisal Tehrani
4. Dublin oleh Wan Nor Azriq
5. Pedagogi Bahasa Tertindas oleh ZF Zamir
6. Pei Pan oleh Ramlee Awang Murshid
7. Pecah oleh Khairulnizam Bakeri
8. Rebel oleh Saat Omar
9. Namaku Epal Kuning oleh Roslan Jomel
10. Salju Sakinah oleh Zaid Akhtar
11. Menyirat Nirmala oleh Syed Mohd Zakir
12. Pascasejarah oleh Dr Fahd Razy
13. Ko Kb Ku Kl oleh Fadli Al-Akiti
14. Semua buku Diari Mat Despatch oleh Bahruddin Bekri
15. Semua komik Misi oleh Nazry Salam dan Afiq Salam Feeqry
16. Kacip oleh Firdaus Abdillah Hamzah
17. Momen-Momen oleh Matluthfi
18. Bukan Legasi Lalang oleh Sri Rahayu Mohd Yusop
19. Ayam Patah Kepak oleh Hafizah Iszahanid
20. Amerika oleh Ridhwan Saidi
21. Kasut Biru Rubina oleh Sufian Abas
22. Dari KLCC Ke Tanjung Malim oleh Fdaus Ahmad
23. Serigala Dan Sekuntum Tulip oleh SM Zakir
24. Dunia Papionini oleh Sarah Samsudin
25. Juara oleh SN S. Othman Kelantan
26. Peripeteia Tragedi Yunani oleh Nazim Masnawi
27. Fitrah Kimiawi oleh Rahmat Haroun
28. Pendek Mabuk Gila oleh Ahmad Kamal Abu Bakar
29. 6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim
30. Alien Menchari Chinta oleh Dr Rem Dambul
31. Rojak oleh Amir Muhammad
32. Selamat Datang Ke Malaywood oleh Roslan Jomel
33. Dondang Pembukaan oleh Muhammad Lutfi Ishak
34. Cerpen-Cerpen Underground oleh Saharil Hasrin Sanin
35. Saring Sebelum Mereng oleh Radzi Tajuddin
36. Di Balik Malaysia oleh Dr Farish A.Noor
37. Catatan Latiff Mohidin oleh Catatan Latiff Mohidin
38. Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis
39. Tulang-Tulang Berselerakan oleh SN Dato Usman Awang
40. Filsuf Untuk Noob oleh Dayang Sifar
41. Utopia Trauma oleh Rahmat Haron
42. Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad
43. Saya Pun Melayu oleh Zaid Ibrahim
44. Opera Angkasa oleh Nazri M. Anuar
45. Kotak oleh Ruhani Mat Darin
46. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda oleh Dr.Maza
47. Dialog Dengan Sasterawan oleh Kassim Ahmad
48. Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri oleh Za’ba
49. Merapat Renggang oleh Penerbitan Obscura
50. Tuhan Bukan Manusia oleh Zharif Zainuddin
51. Di sebalik Dinara oleh Dayang Noor
52. Jibam oleh Ujang
53. Baldatun Thoiyyibatun oleh Pelita Di Dalam Kaca
54. Awek Chuck Taylor oleh Nome Nozwir
55. Emak Rindu Mathanga Erissery oleh Khairul Hakimin Muhammad
56. Tetamu Istimewa oleh Mohd Helmi Ahmad
57. Suatu Hari Nanti Manusia Akan Melupakan Tuhan oleh Fahmi Mustaffa
58. Buku Pseudosciencewatch
59. Pengembaraan Tanah Jepun oleh Azaruddin Paiman
60. Kekasih oleh SN Dato Usman Awang
61. Serangga Di Dalam Kepala oleh Roslan Jomel
62. Penyeberang Sempadan oleh SN Dato Anwar Ridhwan
63. Jesteru Impian Di Jaring oleh Zaid Akhtar
64. Jian oleh Fadli Al-Akiti
65. Rahsia Malam Merdeka oleh Saat Omar
66. Ahli Politik oleh SM Zakir
67. Berkelana Di Belentara Kata oleh Lim Swee Tin
68. Di Dalam Mulutnya Ada Kota oleh Roslan Jomel
69. Jajahan Bonda oleh Md Nizar Parman
70. Di.Ar.Ti oleh Rahmat Haroun
71. Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
72. Merentas Ranjau oleh Pak Abdul Latip
73. Budak Tin oleh Nazrie Haslienie
74. Mencari Locus Standi oleh Nisah Haji Haron
75. Advencer Si Peniup Ney oleh Faisal Tehrani
76. Sajak-Sajak Saleh oleh Saleh Ben Joned
77. Keldai Dan Kitab oleh Azman Hussin
78. 86 oleh Wan Nor Azriq
79. Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani
80. Perempuan Nan Bercinta oleh Faisal Tehrani
81. Suara Dari Dinding Dewan oleh SN A Samad Said
82. Stingarden oleh Sinaganaga Lan Benhussain
83. Leksikon Ledang oleh Nor Azida Ishak, Fadli Al-Akiti
84. Luka Nering oleh Malim Ghozali PK
85. Empangan oleh Zakaria Ali
86. The Lost World oleh Helmi Effendy
87. Tunggul-Tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad
88. Rimba Jiwa oleh Sri Rahayu
89. Perempuan Politikus Melayu oleh Faisal Tehrani
90. Hikayat Tanah Jauh oleh Zainal Rashid Ahmad
91. Bedar Sukma Bisu oleh Faisal Tehrani
92. Tora Datang Lagi oleh Amirul Bozu
93. Tercipta Dari Tanah oleh SN Dato Anwar Ridhwan
94. Soneta Roda Basikal oleh Wan Nor Azriq
95. Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia oleh Lucius Maximus
96. Salina oleh SN A Samad Said
97. Patah Balek oleh Fathi Aris
98. Imam oleh SN Abdullah Hussien
99. Kasino oleh Saifullizan Tahir
100. Seorang Tua Di Kaki Gunung oleh Azizi Hj Abdullah

Ok, saya ucapkan selamat membaca! Saya percaya anda akan kelihatan intelek dengan membaca buku-buku ini. Percayalah!

Baca lagi: Ramai Mengadu Sukar Dapatkan Buku Sejarah Tulisan Saya Dan Temui Ini Sewaktu Ke Kedai Buku