Sedikit fakta praktikal bagi sesiapa yang ingin mengembara ke Baku, Azerbaijan.

1. Azerbaijan merupakan sebuah bekas negara Soviet di Kaukasus yang mempunyai sebahagian Laut Caspian. Manakala Baku merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Kaukasus dengan populasi lebih kurang 3 juta orang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Sumber pendapatan utama negara mereka ialah minyak. Jadi semua benda berkaitan dengan minyak sangatlah murah.

Contohnya, pengangkutan awam bas dan metro hanyalah 20 Qepic (48 sen) untuk setiap perjalanan. Saya kira antara yang termurah di dunia.

3. Pengangkutan awam juga menyeluruh sampai ke pinggir dan luar bandar dengan harga yang sama, 20 capix. Untuk ke tempat menarik di luar bandar seperti Flame Mountain dan Ateshgah juga boleh dicapai dengan bas.

Contohnya, untuk ke Flame Mountain, hanya perlu ambil bas nombor 217 dari Stesen Koroglu dengan bayaran 20 Qepic untuk perjalanan sejauh lebih 15km.

tip-travel-ke-azerbaijan-1

tip-travel-ke-azerbaijan-3

tip-travel-ke-azerbaijan-7

tip-travel-ke-azerbaijan-8

4. Bahasa pertama mereka ialah Bahasa Azerbaijan. Manakala Bahasa Russia merupakan bahasa kedua sebelum ini (kesan daripada Soviet). Namun sekarang sedikit demi sedikit, bahasa Inggeris mengambil alih tempat Bahasa Russia.

Mereka sudah mula belajar Bahasa Inggeris di sekolah. Namun begitu, masih agak sukar untuk menemui mereka yang mampu berbahasa Inggeris.

5. Bahan mentah di sini sangatlah murah. Jadi harga makanan juga murah, kecuali di pusat bandar. Anda boleh dapati sebahagian kedai menjual kebab atau doner dengan hanya 1 Manat (RM2.50). Air mineral dan berkarbonat di kedai runcit biasa juga murah. Contohnya 500ml pepsi hanya 50 Qepic (RM 1.25).

6. Disebabkan Azerbaijan masih baru membuka negara mereka untuk kedatangan pelancong luar, harga hotel atau hostel di sini masih mahal. Harga hotel atau hostel yang kebanyanyakannya ada di website agak mahal. Jadi salah satu option ialah untuk mencari sendiri atau bertanyakan orang Azerbaijan sendiri.

Contohnya guesthouse tempat kami bermalam merupakan cadangan kawan Azerbaijan kami sendiri. Setibanya kami di Bandar Baku, dia sendiri datang tunjuk lokasi guesthouse, dan kami hanya perlu membayar 10 Manat (RM25) semalam termasuk sekali sarapan ringan.

7. Visa On Arrival untuk masuk ke Azerbaijan bagi pemegang passport Malaysia berharga 20 USD. Visa hanya boleh didapati di lapangan terbang utama seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Baku.

tip-travel-ke-azerbaijan-4

tip-travel-ke-azerbaijan-5
Flame Mountain – api di sini menyala sepanjang masa

tip-travel-ke-azerbaijan-6

tip-travel-ke-azerbaijan-9

tip-travel-ke-azerbaijan-11

tip-travel-ke-azerbaijan-10

8. Azerbaijan Airlines merupakan syarikat penerbangan nasional mereka dan menjadi pilihan terbaik untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Baku.

Antara destinasi termurah yang menghubungkan lapangan terbang Baku dengan menggunakan syarikat penerbangan tersebut ialah Moscow, Tehran, Istanbul, Tbilisi dan Kiev.

9. Dari Azerbaijan, akses ke negara Kaukasus dan jiran yang lain agak mudah dengan menggunakan kapal terbang, keretapi, bas mahupun van/mashrutka.

Dari Azerbaijan juga anda boleh melalui jalan darat ke Turki melalui Georgia. Tiada akses dari Azerbaijan terus ke Armenia kecuali perlu melalui Georgia.

10. Disebabkan hubungan yang tegang antara Azerbaijan dan Armenia, elakkan untuk bercakap apa-apa mengenai Armenia. Jika anda mahu mengembara ke dua-dua buah negara pula, sebaiknya anda masuk ke Azerbaijan terdahulu.

Sekiranya anda ada cop masuk ke wilayah bergolak Nagorno-Karabakh (wilayah yang diiktiraf sebahagian daripada Azerbaijan, tetapi mempunyai pentadbiran sendiri dengan majoriti bangsa Armenia), anda tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk ke Azerbaijan selepas itu secara kekal.

11. Tiket masuk ke tempat pelancongan juga sangat murah. Malah mereka mempunyai harga khas sekiranya anda menunjukkan kad pelajar.

Sebagai contoh, tiket masuk ke Temple hanya 2 Manat (RM5) untuk dewasa dan 1 Manat (RM2.50) untuk pelajar. Manakala tiket masuk ke Istana Shirvanshah pula hanya 4 Manat (RM10) untuk dewasa dan 0.60 Manat (RM1.50) untuk pelajar.