Bandar Seoul meliputi hanya 0.6 peratus daripada keluasan tanah Korea Selatan, adalah rugi sekiranya kita menyempitkan rancangan pelancongan kita hanya tertumpu di bandar Seoul sahaja.

Mari kita lihat tempat-tempat menarik dari 99.4 peratus tanah Korea selain Seoul yang berbaloi untuk di masukkan dalam bucket list pelancongan anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Seongsan Sunrise Peak (성산 일출봉)

SONY DSC

Letusan Hydrovolcanic telah membentuk kawah gunung berapi yang cantik ini 5000 tahun yang lalu di Pulau Jeju. Ia merupakan salah satu tapak warisan dunia UNESCO, puncak ini terkenal dengan banyak perkara termasuk pelbagai spesies tumbuhan yang jarang ditemui dan pemandangan indah matahari terbit di atasnya.

Pendakian ke sebelah barat laut rabung puncak ini kepada puncak tertinggi setinggi 180 meter, mengambil masa 30 minit.

Alamat: Seongsan-ri, Seongsan-eup, Seogwipo, Jeju Special Self-Governing Province (제주특별자치도 서귀포시 성산읍 성산리 1번지)

2. Darangee Village (경상남도 남해 가천 다랭이 마을)

tempat-menarik-di-korea-2

Darangee Village, kampung kecil yang terpelihara di kawasan paling selatan barat Namhae-gun.

Ia menampilkan pemandangan yang luar biasa dengan ladang pertanian kecil yang tidak terkira banyaknya (lebih 100 tingkat) di lereng gunung yang curam menghadap laut.

Alamat: Honghyeon-ri, Nam-myeon, Namhae-gun, Gyeongsangnam-do (경남 남해군 남면 홍현리)

3. Gyeong-Wha Station, Jinhae (진해 경화역)

tempat-menarik-di-korea-3

Stesen kereta api ini saban tahun pasti penuh dengan pelancong dan jurugambar amatur setiap musim bunga.

Bunga Sakura berguguran seperti hujan di landasan kereta api ini ketika puncak musim bunga. Sekali-sekala suasana akan diserikan lagi dengan kehadiran kereta api yang melintasi stesen ini.

Ia merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk sesi pergambaran sebagai kenang-kenangan. Walaubagaimanapun, tempat ini kurang popular di kalangan pelancong Malaysia. kerana pelancong Malaysia banyak tertumpu di Seoul sahaja.

Jadi lepas ni bolehlah rancang untuk ke sini ya!

Alamat: Gyeongwha-dong, Jinhae-gu, Gyeongsangnam-do (경남 창원시 진해 구 경화동)

4. Upo Marsh (우포늪)

tempat-menarik-di-korea-4

Pada keluasan 2314 kilometer persegi, Upo Marsh adalah tanah lembap pedalaman terbesar di Korea dengan keluasan 3 kali saiz taman Yeouido.

Terbentuk lebih 140 juta tahun lalu, paya ini adalah habitat kepada 1,500 tumbuh-tumbuhan dan haiwan dan juga habitat kepada beberapa spesies haiwan terancam.

Pelawat boleh basikal atau berjalan di sekitar paya semula jadi yang indah ini, sambal melihat burung-burung bermigrasi yang selalunya terbang rendah di kawasan paya ini.

Alamat: Daedae-ri, Yueo-myeon, Changnyeong-gun, Gyeongsangnam-do (경남 창녕군 유어면 대대리)

5. Jeungdo Salt Farm (전남 신안 증도 염전)

tempat-menarik-di-korea-5

Jeungdo merupakan pulau harta karun (artifak dari Dinasti Song telah ditemui di laut pulau ini) yang terkenal dengan air laut yang jelas, pantai lembut, dan ladang-ladang garam yang besar dan sangat unik.

Alamat: Jeungdo-myeon, Sinan-gun, Jeollanam-do (전남 신안군 증도면)

Baca: 5 Tip Travel Cara Bajet ‘All In’ Bawah RM1000 Selama 5 Hari Di Seoul, Korea

6. Gongryong Ridge, Seorak Mountain (설악산 신선대 공룡 능선)

tempat-menarik-di-korea-6

Pemandangan dari atas Gunung Seorak sangat memukau mata kita. Namun begitu anda perlu mempunyai stamina yang tinggi untuk mendaki sehingga ke puncak dengan ketinggian kira-kira 1200 meter di atas paras laut.

Goryeong Ridge mempunyai bentuk seperti tulang belakang dinosaur ( “Dinosaur Ridge”), rabung berbatu ini menawarkan pemandangan seolah-olah di dalam alam fantasi.

Jika anda sukakan sukan lasak, anda boleh cuba rancang aktiviti hiking di sini. Anda pasti tidak akan menyesalinya!

Alamat: Goseong-gun / Yangyang-gun / Inje-gun, Sokcho-si, Gangwon-do (강원도 속초시 고성군, 양양군, 인제군)

7. Uleung Island Seaside Road (울릉도 해안도 로)

tempat-menarik-di-korea-7

Uleung Island, juga digelar sebagai “Mysterious Island”, adalah sebuah tempat percutian hujung minggu popular untuk penduduk Seoul. Kawasan ini dipenuhi dengan pembentukan batu unik, air terjun dan tebing tinggi yang menjadi halwa mata menghiasi perjalanan di pesisir pantai.

Sesiapa merancang untuk berjalan kaki atau berbasikal di sekitar Uleung Island perlu memastikan mereka meluangkan masa yang secukupnya, kerana mereka tidak dapat tidak akan berhenti banyak kali untuk mengagumi pemandangan yang sangat menakjubkan di sini.

Uleung-eup, Uleung-gun, Gyeongsangbuk-do (경북 울릉군 울릉읍)

8. Chunwang Peak, Jiri Mountain (지리산 천왕봉)

tempat-menarik-di-korea-8

Pada ketinggian 1915 meter, Chunwang Peak pada Gunung Jiri adalah puncak kedua tertinggi di Korea Selatan. Taman negara gunung Jiri terbentang merentasi lima buah bandar dan tiga wilayah, dan ia menjadi habitat kepada flora dan fauna yang sangat mempersonakan.

Banyak laluan untuk ke Chunwang Peak bagi melihat matahari terbit, ada yang datang semata-mata untuk menikmati pemandangan dari atas, dan ada juga yang datang suka-suka untuk bernafas dalam udara segar gunung yang bersih dan minum air sungai yang menyegarkan di Chunwang Spring, yang terletak hanya 300 meter di bawah Chunwang Peak.

Alamat: Samjang-myeon / Sicheon-myeon, Sancheong-gun, Gyeongsangnam-do (경남 산청군 시천면, 삼장면)

9. Juknokwon, Damyang (담양 죽녹원)

tempat-menarik-di-korea-9

Belukar buluh padat ini terletak di Damyang, satu lagi “bandar perlahan” yang mengalu-alukan semua yang bosan dengan kehidupan bandar yang sibuk. Lapan denai hutan di sekitar belukar menawarkan lapan tema yang berbeza untuk pengunjung yang datang ke sini.

Jika anda melihat dengan teliti di antara pokok-pokok buluh, anda boleh melihat pucuk teh hijau yang tumbuh dari embun yang menitis daripada daun buluh, yang dikenali sebagai teh Jukro.

Balai cerap Juknokwon di tengah-tengah belukar ini kebiasaannya akan menjadi tuan rumah acara merasa teh Jukro secara berkala. Kalau ada rezeki bolehlah turut serta dalam acara merasa teh Jukro ini.

Alamat: Hyanggyo-ri, Damyang-eup, Damyang-gun, Jeollanam-do (전남 담양군 담양읍 향교리)

10. Boseong Green Tea Field (보성 녹차 밭)

tempat-menarik-di-korea-10

Kira-kira 40 peratus daripada teh Korea dihasilkan dalam Ladang Teh Boseong. Ladang Teh ini juga sangat popular sebagai tempat pergambaran drama- drama dan filem Korea.

Kepakaran berkaitan teh hijau merupakan keistimewaan tempat ini, tetapi pemandangan indah ladang teh ini adalah sebab sebenar begitu ramai pengunjung singgah di sini tanpa henti.

Satu festival teh hijau akan diadakan setiap Mei manakala pada musim sejuk, ladang ini akan dihiasi dengan mentol lampu kecil.

Alamat: Bongsan-ri, Boseong-eup, Boseong-gun, Jeollanam-do (전라남도 보성군 보성읍 봉산리)

11. Teres Fields, Hamyang (함양 다락논)

tempat-menarik-di-korea-11

Tempat ini merupakan satu perkampungan kecil di kaki Gunung Jiri. Kampung ini mempunyai pemandangan yang unik sawah padi berteres. Pada musim bunga, air di sawah mencerminkan langit, manakala pada musim luruh, sawah bersinar dengan bijirin hijau-kuning keemasan.

Alamat: Macheon-myeon, Hamyang-gun, Gyeongsangnam-do (경남 함양군 마천면)

12. Royal Azalea Festival, Hwangmae Mountain (황매산 철쭉 축제)

tempat-menarik-di-korea-12

Pada ketinggian 1108 meter, Hwangmae Mountain adalah puncak tertinggi di banjaran gunung Sobaek. Puncak ini akan dilitupi oleh bunga royal azalea setiap musim bunga. Festival bunga Azalea ini akan berlangsung dari awal Mei selama dua minggu.

Penganjur mengesyorkan kita untuk datang pada waktu subuh bagi mendapatkan gambar permandangan terbaik di sini.

Alamat: Mountain, Beoppyeong-ri, Chahwang-myeon, Sancheong-gun, Gyeongsangnam-do (경남 산청군 차황면 법평리 산 1 번지)

Baca lagi: Ini Caranya Saya Dapatkan ‘Tour Guide’ Percuma Semasa Travel Di Seoul, Korea