Gaya Scandinavia ialah gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semulajadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan.

1. Lampu glob tembaga

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tembaga dengan warnanya yang berkilau-kilau sangat menarik perhatian. Tembaga adalah pilihan orang ramai yang popular di Scandinavia dan kini, warga Amerika pun sukakannya. Lampu glob tembaga adalah cara terbaik untuk mempamerkan logam paling hangat musim ini.

2. Kerusi kayu boleh lipat

Kerusi kayu dengan penyandar yang diperbuat dari kulit ini adalah sebahagian daripada perabot di dalam rumah stylist Lotta Agaton yang diberi nama La Maison d’Anna G. Kerusi kayu ini kelihatan rustik tanpa kelihatan tua, dan akan nampak lebih menarik apabila digandingkan bersama-sama dengan selimut kulit kambing berwarna putih.

3. Serlahkan warna biru

Warna kegemaran Scandinavia? Jelas sekali, ia adalah biru – warna biru nampak hebat apabila dikontraskan dengan warna hitam, putih dan warna kayu seperti yang anda lihat dalam rumah di Copanhagen ini. Trend yang sangat semulajadi tetapi segar.

4. Kaktus

Apa hidupan flora yang boleh hidup di dalam rumah? Jawapannya, kaktus! Kaktus ada dalam saiz kecil dan besar, berwarna hijau sahaja atau berbunga – yang pasti apa saja saiz atau bentuknya, kaktus memberi warna hijau menarik di sebalik dunia monokrom.

BACA: 19 Inspirasi Dekorasi Rumah Yang Bajet Tetapi Menarik

5. Bulu burung

Bulu burung adalah budaya Scandinavia yang baru sahaja bermula di tempat lain, seperti yang anda lihat dalam susunan meja Easter Sweden ini. (Akan tetapi, kita guna bulu burung palsu sahaja, okay?)

6. Kalendar grafik

Manfaat terbaik menggunakan kalendar dengan font Helvetica yang terlebih besar ini? Anda akan selalu tahu tarikh hari ini. Kenapa gunakan kalendar dengan tulisan halus, sedangkan kita boleh gantungkan kalendar menarik ini di dinding?

7. Dinding kelabu

Dekorasi Scandinavia lazimnya berwarna kontras, dengan estatik hitam dan putih – dan ini membuatkan kami teruja melihat dinding kelabu kembali dalam budaya mereka. Warna ini masih memberi rasa neutral dengan penonjolan warna monokramatik, tetapi dinding kelabu berjaya menjadikan suasana berasa lebih ‘lembut’.

8. Tanglung kertas

Tanglung atau lantern kertas selalu buatkan kita terasa terawang-awangan, dan ia memberi rasa berbeza berbanding dengan penggunaan lampu chandelier. Dalam rumah seorang penulis kaligrafi, Ylva Skarp, 4 biji tanglung kertas gergasi digantung di atas meja makan, mewujudkan efek fantasi.

9. Lukisan monokrom

Ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan untuk warga Sweden memilih hasil seni monokrom, seperti di dalam rumah Gothenburg ini. Mereka memang meminati warna hitam dan putih untuk menghiasi keseluruhan rumah mereka. Mungkin satu hari nanti kita dapat melihat hasil seni monokrom menghiasi rumah warga Malaysia, diselang-seli dengan hasil seni berwarna.

10. Dinding berbilah kayu

Bagai berada dalam sebuah spa, dinding berbilah kayu ini menghiasi Finnish Dream Hotel. Terasa bagai sedang bersembunyi dalam sebuah kabin atau berehat dalam sebuah sauna, ianya sungguh menenangkan.

11. Belang hitam putih

Ringkas tetapi menarik, bantal belang hitam putih H&M di rumah pelukis Nina Holst di Norway ini menyerlahkan lagi kontras hitam-putih.

12. Pita pelekat sebagai dekorasi

Blogger An Magritt, menggunakan pita pelekat berwarna hitam untuk menggantung poster ini di dalam dapur beliau. Solusi yang sempurna: Ianya tidak kekal, dekorasi dinding dapat ditukar selalu, dan pita ini sendiri memberi statement tersendiri kepada ruang sekeliling.

13. Khemah

Tiada kanak-kanak yang dapat menahan diri daripada tertidur dalam khemah comel ini. Pereka dalaman Finland, Susanna Vento mencipta katil monokrom dengan kanopi khemah yang comel. Trend deko yang menyeronokkan!

BACA: Top 10 Projek DIY Playhouse Yang Menyeronokkan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber