Masa kecil dulu idamkan bullet train ada di Malaysia dengan membayangkan tinggal di Kota Bharu tapi kerja di Kuala Lumpur dengan masa perjalanan kurang dari 2 jam sehala.

1. Ia dipanggil Shinkansen.

shinkansen-1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Shinkansen ialah sekumpulan keretapi kelajuan tinggi di Jepun yang bermaksud “new trunk line”. Ada aura ninja kan namanya itu. Dah boleh join team Naruto seperti Sasuke Uchiha dan Sakura Haruno.

2. Bergerak selaju peluru.

shinkansen

Dengan bentuk aerodinamik seperti peluru menggunakan aluminium, shinkansen boleh cecah kelajuan 320 km/j. Bayangkan travel dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dengan jarak 500 kilometer ambil masa 2 jam 25 minit saja. So convenience.

3. Pertama dan terbaik di dunia.

Shinkansen 1975
Shinkansen 1975

Pertama beroperasi di dunia pada 1 Oktober 1964, iaitu 9 hari sebelum pembukaan Olimpik Tokyo. Walaupun dah ada banyak bullet train pada masa kini di pelbagai negara, malah lebih laju berbanding shinkansen, keretapi Jepun ini masih yang terbaik.

4. Sejuk hati naik shinkansen

Sambutan ketibaan shinkansen dari Tokyo di Hakodate.
Sambutan ketibaan shinkansen dari Tokyo di Hakodate.

Ya, anda akan rasa tenang naik shinkansen, lebih-lebih lagi anda seorang pencinta alam kerana teknologi yang digunakan bersifat mesra alam sambil memastikan ia bergerak laju dengan selamat dan selesa.

5. Boleh layan corner dengan baik.

Bullet train orang Perancis dan China hanya paling laju pada jalan yang lurus. Manakala, shinkansen boleh handle corner atau lengkungan rail yang mencabar. Ini gara-gara permukaan bumi Jepun yang berbukit telah mendorong inovasi teknologi ke tahap masa kini.

6. Respon pada gempa bumi

Shinkansen dipenuhi sensor untuk mengenalpasti gegaran gempa bumi awal. Ia juga boleh tahu jarak antara shinkansen dengan keretapi lain. Sensor ini akan hantar isyarat pada sistem brek automatik yang membolehkan shinkansen yang sedang bergerak laju berhenti dalam jarak 300 meter.

7. Hampir “zero” kemalangan.

Gambar: The Japan Daily Press
Gambar: The Japan Daily Press

Rekod kemalangan berpunca dari shinkansen hampir boleh dikatakan tiada sepanjang ia beroperasi 52 tahun berbanding di Perancis, China dan Sepanyol.

Contoh, tiada kecederaan atau kematian pada penumpang dan staf shinkansen dalam insiden gempa bumi dahsyat pada 2011.

Insiden yang pernah berlaku pada shinkasen melibatkan gempa bumi, bunuh diri, kegelinciran di rail depot yang sangat licin dan salji yang menutupi rail.

8. Lewat sesaat itu crucial.

Itulah definisi ketepatan masa atau kelewatan shinkasen apabila ia diukur dengan unit saat, bukan minit. Macam tak terlewat kan. Ia turut diakui oleh sebuah majalah Perancis bahawa shinkansen 100% on time.

9. Teknologi terbaik bukan untuk semua.

Teknologi keretapi kelajuan tinggi yang dipakai oleh negara-negara lain bukan dibeli dari Jepun sebab kebanyakan negara nak harga bajet dan tak nak caj tinggi pada pengguna.

Jadi mereka beli dari Perancis yang caters Sepanyol, Korea Selatan dan Maghribi, dan China yang caters Turki, Romania dan Hungary.

10. Bogie antara kunci utama shinkansen.

Contoh Bogie
Contoh Bogie

Pembina kejuruteraan bogie perlu memastikan penumpang selesa, rail track tak rosak dan tak tergelincir apabila shinkansen bergerak lebih dari 200 km/j.

Jadi, berlaku inovasi teknikal bagi meningkatkan prestasi bogies, mengurangkan berat dan juga getaran bagi memastikan ia bergerak laju dan sentiasa beroperasi.

Air spring turut digunakan di bahagian penumpang untuk menyerap getaran shinkansen. Walaupun teknologi tip top, sampai sekarang ia masih dikaji untuk penambahbaikan dan inovasi.

11. Bentuk badan dan kepala shinkansen

Kalau anda perasan, kepala shinkansen seperti kepala kapal terbang walaupun ia dipanggil bullet train. Bentuk seperti itu penting dari segi aerodinamik yang menyebabkan rintangan angin jadi lebih kecil. Ini membolehkan shinkansen bergerak laju tanpa masalah.

12. Mr. Pilot dan kawalan automatik Shinkansen.

shinkansen-7

Shinkansen guna kawalan sistem kelajuan yang dikenali sebagai Automatic Train Control (ATC). ATC ini akan menghantar maklumat dari trek kepada Mr. Pilot shinkansen.

Sistem ini membolehkan shinkansen bergerak pada kelajuan yang sepatutnya mengikut keadaan semasa trek. Shinkansen juga bergantung pada sistem Pusat Kawalan Trafik bagi memastikan ada cukup masa dan jarak antara keretapi.

13. Penghubung bandar-bandar di Jepun

Lihat rail connection shinkansen dari ibu negara Jepun, Tokyo ke bandar-bandar lain. Impressive kan. Ia hanya untuk perjalanan jarak jauh sahaja.

Tak lama lagi akan ada keretapi kelajuan tinggi di Malaysia. Tak sabarnya nak naik. Sekurang-kurangnya bullet train yang bakal dibina itu lebih laju dari line internet sedia ada. Eh!