Ini saya kongsikan beberapa tip penting persediaan sebelum travel ke luar negara. Semoga bermanfaat.

1. Sesetengah negara perlu suntikan vaksin seperti Hepatitis A, Hepatitis B dan Typhoid. Sebelum berlepas pergi, buat semakan terlebih dahulu di negara tersebut sama ada perlu suntikan vaksin ataupun tidak.

2. Beli insurans kembara, jangan berkira untuk melabur RM80 untuk insurans kembara, ini sangat penting dan berguna terutamanya jika berlaku kes kecemasan seperti kemalangan jalan raya ketika berada di luar negara.

3. Jika anda penggemar aktiviti lasak, sebelum membeli insurans kembara, semak dengan teliti polisi insurans adakah aktiviti lasak termasuk sekali dalam perlindungan, takut nanti selepas terjun bungee patah kaki tetapi insurans tidak cover.

4. Buat beberapa salinan paspot, dan tinggalkan satu salinan paspot dan itinerary perjalanan anda pada waris terdekat sebagai persediaan jika berlaku kes kecemasan ketika berada di luar negara.

5. Daftar dengan kedutaan atau pejabat konsulat Malaysia di negara yang anda akan pergi, jika berlaku sebarang kes kecemasan seperti bencana alam atau ancaman perang, pihak kedutaan boleh menghubungi anda untuk proses evakuasi dari negara tersebut.

6. Hubungi pihak bank untuk mengaktifkan penggunanaan kad kredit atau kad debit di luar negara.

Baca: 11 Tip Dan Persediaan Agar Kekal Sihat Semasa Anda Travel Di Musim Sejuk

7. Buat semakan tentang bayaran keluar masuk negara tersebut, kerana sesetengah destinasi bayaran cukai lapangan terbang tidak termasuk dalam tambang tiket, tiba-tiba masa nak balik nanti duit tunai dah habis buat shopping, kad atm pula tak boleh pakai.

8. Sediakan buku panduan travel ataupun muat turun aplikasi panduan travel yang mengandungi maklumat destinasi yang ingin dituju.

9. Bawa travel adapter, kerana plug yang terdapat di lain-lain negara kebanyakkannya tidak sama dengan Malaysia, jadi amat penting untuk membawa travel adapter bersama.

10. Bawa ubat-ubatan penting seperti panadol dan ubat cirit birit, dan bawa juga plaster luka.

11. Bawa sedikit makanan ringan seperti roti, biskut dan snack. Sesetengah destinasi jarak antara lapangan terbang ke pusat bandar sangat jauh, paling tidak sebelum tiba ke tempat penginapan anda ada bekalan makanan untuk buat alas perut.

12. Sediakan sepasang pakaian untuk di bawa dalam hand luggage.

13. Kebanyakkan tempat utama lawatan di luar negara ada disediakan tempahan tiket masuk secara atas talian, contohnya muzium Louvre di Paris. Untuk elak dari beratur panjang, beli tiket masuk awal juga dapat membantu menjimatkan masa semasa travel nanti.

14. Semak tarikh luput paspot, pastikan tarikh luput paspot mempunyai tempoh sah laku sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh berlepas.

15. Akhir sekali, semak status diri dengan jabatan imigresen, takut masa di lapangan terbang nanti tiba-tiba paspot tak dapat akses sebab sangkut tak bayar PTPTN! Huhu.

Baca lagi: Anda Wanita Yang Bakal Travel Solo? Ini 19 Tip Keselamatan Untuk Rujukan