Forbes Global 2000 menyenaraikan syarikat-syarikat awam yang paling berkuasa di dunia dalam satu senarai komprehensif terbesar. Prestasi syarikat dinilai dari segi hasil, keuntungan, aset dan nilai pasaran menggunakan data sistem FactSet Research.

Pada tahun ini, Maybank merupakan syarikat paling berkuasa di Malaysia apabila berjaya menduduki tempat ke-362 daripada 500 syarikat awam terbesar di dunia. Maybank memiliki aset bernilai US$165 bilion. Kejayaan manis itu turut terukir dengan baik apabila kedudukan Maybank melonjak 11 tempat berbanding pada tahun lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain Maybank, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut berada dalam kelompok 500 syarikat dengan berada di tempat ke-464. Bagi 2,000 syarikat awam terbesar pula, terdapat 13 buah syarikat dari Malaysia disenaraikan.

Ini senarai penuh syarikat dari Malaysia:

1. Maybank (362)
2. Tenaga Nasional Berhad (464)
3. Public Bank (581)
4. CIMB Group Holdings (668)
5. Sime Darby (813)
6. Axiata Group (1,028)
7. Genting Bhd. (1,246)
8. Petronas Chemicals (1,293)
9. MISC (1,344)
10. RHB Capital (1,398)
11. Hong Leong Financial (1,431)
12. Petronas Gas (1,487)
13. AmBank Group (1,535)
14. Maxis (1,546)
15. IHH Healthcare (1,938)

Semua nilai pasaran syarikat telah dihitung berdasarkan harga penutup setakat 22 April, 2016 dan termasuk kesemua saham biasa.

Gambar: forbes.com
Gambar: forbes.com

Tiga syarikat teratas dalam senarai Forbes Global 2000 diungguli syarikat-syarikat dari China iaitu Industrial and Commercial Bank of China, China Construction Bank dan Agricultural Bank of China.