Soalan yang sering ditanya tentang Krabi

1. Nak tukar duit kat Malaysia ke kat sana?

Tukar kat Malaysia. Semahal-mahal kat Malaysia ni mahal lagi kat sana. Hari tu sebelum bertolak saya tukar 1000 bath untuk RM118. Sampai sana jika nak tukar 1000 bath untuk RM125/126.

2. Boleh keluarkan duit dari mesin ATM kat sana?

Boleh tapi dengan syarat hubungi bank anda di sini sebelum keluar. Bagi tahu dari berapa haribulan ke berapa haribulanb anda akan berada d negara tersebut.

Bukan boleh main cucuk je. Tapi di Thailand setiap pengeluaran dikenakan caj 200 bath.

3. Dari HatYai nak ke Krabi / Ao Nang naik apa dan berapa harga?

Ada 2 pilihan. Naik van dengan bayaran 350 bath. Jika lebih dari ini anda sedang di tipu.

Atau naik bas 162/170/214 bath. Yang 214 bath ni ada tnadas dalam bas. Tapi ni bas lompat. Dia akan berhenti d mana dia suka dan driver akan kutip siapa dan apa sahaja dia mahu.

Perjalanan kami ke Krabi bas tu siap bawa bunga-bunga segar berkotak-kotak. Motor sebiji. TV besar sebiji. Haha. Bertabahlah duduk dalam tu. Masa perjalanan 4 1/2 – 5 jam.

4. Dari Krabi Terminal Bus nk ke AoNang mcmana?

Boleh naik pickup 60 bath seorang. Atau taxi 300 bath. Taxi akan mintak 500 bath. Pandai-pandai nego.

Kelebihan naik taxi cepat sampai dan terus depan hotel. Kalau naik pickup tu kat jalan besar je nanti.

bercuti-di-krabi-1

bercuti-di-krabi-2

bercuti-di-krabi-5

bercuti-di-krabi-4

5. Makan macam mana?

Makanan halal yang murah banyak kat sana. Yang penting sedap. TomYam Kung lagi best dari Secret Recipe ada 8 ekor udang besar yang segar baru 100 bath.

Tapi dalam tu tak ada mee lah. Kena mintak nasi. Makanan mewah pun banyak. Tepuk poket tanya selera sebelum makan hehe.

6. Pancake tu apa?

Dia macam roti canai tapi nipis yang ditaruk filling atau topping pilihan kita. Nak buah ke kacang ke. Segala apa pun ada.

Sedap? Yes. Saya suka. Harga? 35 bath ke 50 bath tengok filling dan topping apa kita nak.

7. Aiskrim kelapa?

Ha. Famous kat sana. Macam sangkaya kat sini. Tapi murahlah. Dalam kon 20 bath. Dalam tempurung kelapa 50 bath. Sangkaya pun ambil idea dari Thai ni jugak nak buat aiskrim tu. Haha.

8. Apa package menarik?

Terpulang anda suka apa. Sukakan laut pergilah island hopping. Ada banyak pakej. Nak santai pergi 4 Island. Nak yang padat 7 Island sampai malam. Boleh tengok sunset sekali.

Ada cliff jumping lagi jika berani. Suka snorkeling pergilah Hong Island atau Phi Phi Island/

Kalau suka cabaran extreme ambil ATV dan mount climbing. Kayaking juga. Nak santai-santai tengok pergi Emerald Pool dan HotSpring.

Sukakan binatang pergilah Elephant Tracking. Kita sendiri kena tau apa kita suka. Masa adalah limited jika ikut pakej ni.

Jadi tak boleh terhegeh-hegeh nak tukar baju bagai. Dah berendam tu bawalah tuala atau kain sendiri nak balut badan jika ke Hot Spring dan Pool tu. Kalau Island hooping tak ada masalah memang confirmed basah.

9. Sewa motor

Tak perlu lesen. Janji pandai bawa motor ok dah tu. Kecil je motor dia. Sewa 200 bath untuk 24 jam. Passport dia akan pegang sebagai jaminan.

Jangan risau passport anda selamat dengan mereka. Jika nak tambah lagi 1/2 day bergantung dengan owner tempat sewa tu. Biasanya boleh je.

Masa ambil motor tu minyak dia akan bagi ngam-ngam sampai stesen minyak. Kalau lepas stesen tu memang bertolak lah motor.

Jangan risau kedai runcit tepi jalan banyak jual minyak dalam botol. 40 bath sebotol. Helmet tak wajib. Pakai atas keselamatan sendiri.

bercuti-di-krabi-6

bercuti-di-krabi-7

bercuti-di-krabi-8

10. Travel agency mana yang bagus?

Travel agencies beratus kat sana. Sepanjang jalan kat AoNang tu setiap 10 langkah ada travel agency ni. Hujung-hujung company yang sama juga yang akan handle kita.

Harga kena nego. Jangan ikut harga dalam brochure. Shopping around dulu. Ada beberapa company Islam seperti Maryam Tour dan Ana Rashid. Tapi saya tak jumpa dorang kat mana.

11. Hotel / Bilik

Boleh book online. Bayar masa kat sana. Bayar dalam Thai Bath. Tapi kalau walk in untuk check in boleh nego lagi.

Contoh rakan sebelah bilik saya walked in. Nego harga bilik dari 600 bath dapat 500 jer. Saya yang booked online ni kena bayar 600. Rezeki masing-masing.

Kalau suka nak berulang ke pantai duduk di kawasan AoNang. Kalau suka bandar duduk lah di Krabi Town. 2 tempat tu ambil masa 1/2 jam kalau naik motor.

Hotel / bilik memang sangat banyak. Saya pilih Adam Bungalow sebab dia macam kawasan kampung. Tak payah panjat tangga atau lif nak balik bilik.

Bilik saya murah sebab tak ada aircond. Malam agak sejuk. Lagipun masa banyak dihabiskan diluar kan. Bilik nak tidur jer pun.

12. Travel Insurance

Wajib ambil sebab kerajaan Thai mewajibkan semua travelers dia ada insurance. Hatta nak Emerald Pool tu pun dorang kena belikan kita insurance. Dah masuk dalam harga package.

13. Cenderahati

Kalau nak beli untuk diri sendiri atau orang lain jika boleh belilah kat depan kawasan masjid sebab kat sana ramai peniaga muslim. Bantulah mereka juga. Harga sama je kat sana.

14. Keselamatan

Alhamdulillah keselamatan masih terjamin. Tak ada lah kes peras ugut atau penyeluk saku rasanya. Masih aman. tak macam di Bangkok.

Kena berhati-hati sentiasa. Kat Krabi masih lagi boleh berjalan-jalan dengan aman.

15. Simcard

Ada dijual di 7E kalau nk senang. 7E dan Family Mart merata kat sana. Berpuluh kot hehe. Banyak betul. Nanti mereka akan tolong actifkan simcard tu.

Saya ambil yang 299 bath 1.5g data. Ada yang 199 rasanya. Dtac nama service provider tu. Khas untuk pelancong.

16. Massage

Ha. Ni memang banyak. Sana sini masat masat. Hehe. Harga dari 200 bath sejam. Makin banyak nak di masat makin mahal la harganya.

17. Penipu

Bagi saya bukan penipu. Mereka ni lebih kepada opportunist. Mengambil kesempatan ke atas orang yang tak tahu apa-apa.

Persaingan banyak kan. Jadi mereka cuba dapatkan sedikit lebih dari orang yang berjaya mereka dekati. Bila kita turun dari kenderaan di mana-mana pun akan ramai menghurung kita.

Soalan mereka Malaysia? Malaysia? Dan mulalah mereka tawarkan perkhidmatan masing-masing. Keraskan hati. Teruskan berjalan dengan yakin.

Kat luar terminal banyak tuktuk menunggu. Tuktuk driver tak boleh cari pelanggan dalam kawasan terminal. Anda kena pergi kepada mereka.

Itu je kot. Selamat mengembara!