Status tahun 2017 ini rasanya elok kita mulakan dengan bercerita mengenai keadaan ekonomi diri sendiri dan juga negara. Almaklumlah bahawa tahun 2017 sekali lagi akan memberikan cabaran kepada kita semua kerana secara realitinya kita berdepan dengan cabaran ekonomi yang serius. Sebab itu perlu aku katakan bahawa kita semua kena perlu bersedia dalam menghadapi keadaan semasa yang sangat getir.

Baru-baru ini ramai kawan-kawan yang menerima emel atau makluman tercinta dari ayahanda pinjaman kita iaitu PTPTN. Secara sengaja barangkali kita dimaklumkan bahawa terdapat sejumlah tunggakan yang perlu kita lunaskan atau kita akan disenarai hitamkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Maka teriok la kawan-kawan kita semua dek kerana tidak dapat lagi pergi melancong kerana telah disenarai hitamkan. Kebanyakan yang dimaklumkan mengenai tunggakan ini adalah mereka yang telah menukar pinajaman mereka daripada konvensional kepada konsep yang lebih Islamik (Ujrah).

Yang menghairankan ialah kenapa tunggakan ini hanya dimaklumkan dan bukan ketika pertukaran status pinjaman tersebut. Dan amaun tunggakan itu bukanlah sedikit bahkan mencecah ribuan ringgit. Dengan keadaan ekonomi sekarang, kebanyakan daripada kita tidak mampu untuk melunaskan tunggakan tersebut dan pastinya status kewangan mereka terjejas dalam usaha untuk melunaskan tunggakan tersebut.

Bab PTPTN ini rasanya semua orang tidak puas hati tapi yalah nak buat macam mana, hutang perlu dilunaskan. Apabila kita dah kena senarai hitam, bukan sahaja kita tidak boleh pergi melancong, malahan ianya akan memberi kesan kepada apa-apa pinjaman yang kita hendak lakukan seperti pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan malahan pinjaman peribadi.

Sebab itu aku kata adalah perlu untuk kita sentiasa menyemak status kredit kewangan kita supaya dapatlah kita pergi melancong dengan suka ria eh.

Terdapat beberapa cara untuk kita menyemak status kredit kewangan kita antaranya dengan pergi ke Bank Negara tapi secara realitinya sukar untuk kita pergi kesana dengan komitmen kerja dan menghadap traffic jam ya amat.

Lagipun zaman sekarang zaman siber, jadi lebih molek kita gunakan kemudahan yang ada untuk menyemak status kredit kewangan kita dan kita juga boleh tahu penilaian status kredit kewangan semasa kita.

OK, apa sebenarnya matlamat status penilaian kredit kewangan kita ini. Sebenarnya ianya berkait dengan permohonan apa-apa pinjaman kewangan. Kalau hidup kau semua guna wang tunai saja memang tak perlu benda alah ini. Tetapi memandangkan boleh kata hidup kita semua akan berkait dengan pinjaman kewangan, maka disinilah kepentingan penilaian kredit kewangan ini.

Selalunya apabila kita memohon apa-apa pinjaman kewangan, pihak bank dan institusi kewangan akan melihat status kredit kewangan kita dalam menilai sebarang permohonan.

Antara Biro Kredit yang memberikan maklumat ini adalah CTOS dan mereka ini akan memberikan maklumat kepada pihak berkenaan dalam melaksanakan penilaian.

Ya, laporan status kredit kewangan ini sebenarnya akan membantu pihak bank atau institusi kewangan keputusan terhadap apa-apa permohonan kewangan kita.

Sebab itu adalah penting supaya kita mempunyai status kredit kewangan yang sihat sebab dalam hidup kita ni memang penuh dengan pelbagai pinjaman. Jadi antara usaha kita adalah sentiasa menyemak status kredit kewangan kita.

Cara pertama ialah melalui laman web ini:

1. Taip https://www.creditbureau.com.my/default.jsp
2. Pilih pautan Self Enquiry Report.
3. Klik Individual Report.
4. Ikut langkah yang diberikan dan selesai.
5. Bayar RM10.60 termasuk GST.
6. Dokumen mudah yang kena ada hanyalah kad pengenalan, lesen memandu dan bil TNB/air.

Cara kedua ialah melalui laman web ini:

1. http://www.ctoscredit.com.my/
2. Klik Sign Up dan isi maklumat diri.
3. Selepas selesai lihat status kredit kewangan.
4. Tak perlu bayar untuk kali pertama.
5. Selepas itu bayar untuk mendapatkan status kewangan terkini.

Jadi aku harap benda ini akan membantu kita dalam menyemak status kredit kewangan kita.