December 16, 2016 4:30 AM

Forbes telah menyenaraikan 20 buah keluarga korporat sebagai keluarga terkaya di Asia. Ia dinilai berdasarkan faktor kekayaan keluarga mesti di Asia dan pembinaan syarikat melibatkan sekurang-kurangnya 3 generasi.

Setelah dinilai berdasarkan faktor-faktor tersebut, 2 buah keluarga dari Malaysia tersenarai. Mereka ialah keluarga Kwek/Quek dan keluarga Kuok. Keluarga Kwek/Quek berada di tangga ke-7 dan keluarga Kuok berada di tangga ke-15.

Keluarga Kwek/Quek

Nilai kekayaan keluarga Kwek/Quek ialah sebanyak US$18.5 billion dengan asas kekayaan dari syarikat Hong Leong Group. Menurut Forbes, 15 ahli keluarga terlibat dalam bisnes kewangan hingga hartanah. Mereka bermula seawal tahun 1941 apabila Kwek Hong Png mengasaskan syarikat bersama 3 adik-beradik.

Kini, anak lelaki sulung Hong Png iaitu Kwek Leng Beng menjaga operasi di Singapura. Cucu lelakinya, Sherman dilantik menjadi naib CEO kumpulan hartanah dan sepupu Leng Beng, Quek Leng Chan menguruskan urusan perniagaan kumpulan di Malaysia.

Keluarga Kuok

Robert Kuok merupakan pengasas perniagaan keluarga ini memulakan bisnes trading barang keperluan harian di Malaysia pada 1949. Kini, Robert dan keluarganya telah mengembangkan bisnes dari komoditi hingga ke hospitaliti dengan jumlah kekayaan sebanyak US$13.4 billion. Antara perniagaan yang dimiliki oleh Kuok Group ialah rangkaian hotel mewah Asia, Shangri-La yang dikendalikan oleh anak lelaki Robert.

Dua lagi anak lelakinya menguruskan syarikat operator carigali minyak dan gas iaitu PACC Offshore Services Holdings dan menjadi pengarah di Kerry Logistics. Selain itu, Kuok Group mempunyai pegangan majoriti dalam syarikat kelapa sawit Wilmar International yang diasaskan oleh anak saudara Robert, Kuok Khoon Hong (co-founder).

Senarai 20 keluarga terkaya di Asia bagi tahun 2016:

1. Keluarga Lee dari syarikat Samsung di South Korea (US$29.6 billion)
2. Keluarga Chearavanont dari Charoen Pokphand Group di Thailand (US$27.7 billion)
3. Keluarga Ambani dari Reliance Group di India (US$25.8 billion)
4. Keluarga Kwok dari Sun Hung Kai & Co di Hong Kong (US$25.2 billion)
5. Keluarga Lee dari Henderson Development di Hong Kong (US$24.7 billion)
6. Keluarga Hartono dari Djarum di Indonesia (US$18.6 billion)
7. Keluarga Kwek/Quek dari Hong Leong Group di Malaysia dan Singapura (US$18.5 billion)
8. Keluarga Cheng dari Chow Tai Fook Enterprises di Hong Kong (US$17.3 billion)
9. Keluarga Tsai dari Cathay Financial di Taiwan (US$15.3 billion)
10. Keluarga Hinduja dari Hinduja Group di India dan UK (US$14.9 billion)
11. Keluarga Premji dari Wipro di India (US$14.6 billion)
12. Keluarga Chung dari Hyundai di South Korea (US$14.5 billion)
13. Keluarga Mistry dari Shapoorji Pallonji Group di India (US$14 billion)
14. Keluarga Chirathivat mengusahakan retailing di Thailand (US$13.8 billion)
15. Keluarga Kuok dari Kuok Group di Malaysia dan Singapura (US$13.4 billion)
16. Keluarga Mittal dari ArcelorMittal di India (US$13.2 billion)
17. Keluarga Sy dari SM Investments Corporation di Filipina (US$12.8 billion)
18. Keluarga Saji dari Suntory di Jepun (US$12.7 billion)
19. Keluarga Godrej dari Godrej Group di India (US$12.3 billion)
20. Keluarga Pao dari BW Group di Hong Kong (US$11.3 billion)

Artikel Berkaitan