Tahun 2016 akhirnya bakal melabuhkan tirai. Pelbagai aplikasi telah tercipta dan viral. Tidak dilupakan juga aplikasi yang telah terkubur sepanjang tahun ini.

Setakat ini lebih 2 juta aplikasi telah tersedia buat di Apple Store. Syarikat tersebut turut mengumumkan 20 aplikasi paling top sepanjang 2016 termasuk 10 aplikasi percuma dan berbayar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aplikasi yang paling kerap dimuat turun sepanjang tahun ini adalah Snapchat. Snapchat yang berada pada tangga kelima pada list tahun lepas berjaya menarik lebih ramai pengguna menggantikan aplikasi Trivia Crack. Tidak hairanlah Instagram bersungguh-sungguh cuba implemen perkara yang sama aplikasinya.

Aplikasi yang paling viral pada tahun ini iaitu Pokémon Go tampil sebagai aplikasi percuma ketiga paling popular dimuat-turun manakala Facebook Messenger di tempat kedua.

Berikut merupakan senarai aplikasi berbayar dan percuma iPhone yang paling popular sepanjang 2016:

Top Free iPhone Apps

1. Snapchat
2. Messenger
3. Pokémon GO
4. Instagram
5. Facebook
6. YouTube
7. Google Maps
8. Pandora
9. Netflix
10. Spotify Music

Top Paid iPhone Apps
1.Heads Up!
2. Face Swap Live
3. Minecraft: Pocket Edition
4. Facetune
5. KIMOJI
6. 7 Minute Workout Challenge
7. Geometry Dash
8. Plague Inc.
9. Akinator the Genie
10. Bloons TD 5

Agak mengejutkan melihat aplikasi Heads Up! mengungguli carta. Mungkin kerana aplikasi ini kurang popular di Malaysia berbanding negara luar. Untuk pengetahuan anda aplikasi ini memerlukan 2 individu bermain guessing game dengan cara yang sangat fun dan interaktif.

Dipopularkan melalui rancangan Ellen, aplikasi ini berjaya menjadi Top Paid iPhone Apps 2016. Aplikasi lain seperti Minecraft dan Workout Challenge terus selesa berada di dalam carta selepas setahun carta Top Paid iPhone Apps 2015 diumumkan.

Ingat lagi aplikasi Dubsmash? Aplikasi lipsync yang sangat popular di kalangan Artis Malaysia pada tahun lepas ini gagal memasuki carta aplikasi iPhone pada tahun ini.

Sumber