Musim panas merupakan waktu yang digemari oleh kebanyakan mereka yang tinggal di negara 4 musim. Ini kerana pada musim ini waktu siang lebih panjang dan lama berbanding musim-musim yang lain lantas memberi peluang untuk penduduk di negara ini berada di luar rumah lebih lama.

Musim panas juga merupakan musim yang ditunggu-tunggu kerana tidak perlu memakai baju tebal dan sarung tangan. Terasa lebih bebas untuk meneroka alam.

Sempena promosi musim panas AirAsia X ke Asia Utara, kami ingin berkongsi dengan anda 20 lokasi menarik berikut yang boleh anda kunjungi jika travel ke 4 negara ini iaitu China, Taiwan, Jepun dan Korea.

Ayuh kita mulakan.

China

1. Tembok Besar China di Beijing

lokasi-menarik-di-china-9

Jika ke Beijing memang tak lengkap jika tidak berkunjung ke Tembok Besar China. Lokasi yang menerima kunjungan pelancong yang ramai di sepanjang tahun ini merupakan salah satu daripada Warisan Dunia UNESCO.

Mungkin tips Cara Ke Tembok Besar China Tanpa ‘Tour Guide’ Dan Di Lokasi Kurang Pelawat dapat bantu anda ke sini dan ambil gambar tanpa kena ‘photobomb‘ dengan pengunjung lain.

2. Yu Yuan Garden, Shanghai

lokasi-menarik-di-china-10

Yu Yuan Garden dengan keluasan 20 hektar ini terletak di tengah-tengah Shanghai’s Old City. Ia turut memiliki lebih daripada 40 tarikan untuk para pengunjung. Dipercayai dibina oleh Dinasti Ming 400 tahun dahulu, Yu Yuan Garden pernah menjadi taman peribadi bagi Keluarga Pan dari Dinasti Ming.

Salah satu tarikan utaman di taman ini adalah batu jade seberat 5 tan yang telah dibawa daripada Taihu (Tai Lake) di Wuxi, Wilayah Jiangsu. Dikatakan batu jade ini telah berusia lebih daripada 1000 tahun dan merupakan salah satu daripada koleksi peribadi Maharaja Song Huizong.

3. West Lake, Hangzhou

lokasi-menarik-di-china-11

Salah satu lokasi tarikan utama apabila berkunjung ke Hangzhou adalah West Lake. Dikelilingi oleh gunung ganang dan tokong lama, tasik besar ini meliputi kawasan seluas hampir 6 kilometer persegi dan terbahagi kepada 5 bahagian iaitu tambak Su dan Baidi: Tasik Outer (Wai Hu), Tasik Inner North (Beili Hu), Inner West Lake (Xili Hu), Tasik Selatan (Xiaonan Hu) dan Tasik Yue (Yue Hu).

4. Museum of Qin Terracotta Warriors and Horses, Xian

Jika ke Xian, muzium Terracotta Wariors and Horses ini adalah lokasi yang mesti dikunjungi. Menjadi tarikan utama di wilayah ini, dikatakan beribu-ribu askar terracotta telah dikebumikan di dalam kubur Maharaja Qin Shihuang yang memerintah China antara 221-210 SM.

Pada tahun 1987, UNESCO telah menyenaraikan muzium ini sebagai salah satu daripada warisan sejarah dunia.

5. Chengdu Research Base for Giant Panda Breeding (Pusat Penyelidikan Panda Chengdu)

lokasi-menarik-di-china-13

Jika ke Chengdu, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan panda di pusat penyelidikan ini. The Chengdu Research Base for Giant Panda Breeding adalah satu organisasi yang melindungi, melakukan penyelidikan dan pembiakan hidupan liar terutama panda. Ia diasaskan pada tahun 1987, apabila 6 ekor panda gergasi telah diselamatkan daripada hutan.

Sehingga kini, kawasan seluas 106 hektar ini menjadi telah berjaya membiakkan 113 ekor panda. Beberapa spesies haiwan liar dan terancam lain seperti panda merah dan monyet emas turut dibela dan dibiakkan di sini.

Mungkin 10 Tip Penting Backpacking Secara ‘Overland’ Di China ini dapat bantu anda buat persediaan sebelum trip bermula.

Berikut 4 aplikasi yang boleh anda muat turun dan jadikan rujukan sewaktu travel ke China:

  1. Beijing Travel Guide – aplikasi yang menyediakan lokasi menarik untuk dikunjungi di Beijing dan boleh digunakan offline.
  2. Waygo – aplikasi yang boleh menterjemah 3 bahasa iaitu bahasa Mandarin, bahasa Jepun dan Bahasa Korea. Bleh digunakan offline dan yang paling best, hanya gunakan kamera hp untuk scan tulisan dan waygo akan translate perkataan tersebut ke bahasa Inggeris. Aplikasi yang sangat membantu sewaktu anda travel ke 3 negara ini.
  3. Vypr VPV – oleh kerana media sosial seperti Facebook tidak boleh diakses di China, aplikasi ini membolehkan anda log in ke media sosial tanpa disekat.
  4. China Train – aplikasi yang menyediakan jadual terkini jaringan keretapi di seluruh China. Melalui aplikasi ini juga anda boleh membuat tempahan tiket keretapi.

Taipei, Taiwan

1. Yushan National Park

lokasi-menarik-di-taiwan-1

Yushan national park adalah salah satu daripada 9 taman negara yang terdapat di Taiwan. Nama Yushan diambil sempena nama puncak (summit) tertinggi di taman negara ini.

2. Alishan National Park

lokasi-menarik-di-taiwan-2

Alishan National Park adalah sebuah resort di pergunungan. Ia terletak di pergunungan Chiayi County di Taiwan. Dengan keluasan 415 km persegi di sini terdapat hutan belantara di  pergunungan, 4 buah kampung, air terjun, ladang teh tanah tinggi, keretapi antik Forest Alishan dan beberapa laluan untuk mendaki.

Kawasan ini popular di kalangan pelancong dan mereka yang gemar mendaki gunung. Alishan National Park turut dikenali kerana pengeluaran teh berkualiti dan wasabi.

3. Taroko National Park

lokasi-menarik-di-taiwan-3

Salah satu daripada national park yang popular di Taiwan. National park ini menjadi habitat kepada 144 spesies burung di mana 10% darinya adalah burung yang berasal daripada Taiwan, 30 spesies mamalia besar termasuk rusa dan beruang, 32 spesies reptilia, 251 spesies rama-rama dan 18 sepsies ikan. National park ini turut memiliki muka bumi yang berbatu bata.

4. Yehliu Park

lokasi-menarik-di-taiwan-7

Merupakan salah satu destinasi popular dan unik di Taipei, taman seluas 1.7km ini terdiri daripada batu-batuan berbentuk cendawan, halia, mahkota ratu, gajah, kasut, kacang dan lilin.

5. Sun Yat Seng Memorial Hall

lokasi-menarik-di-taiwan-8

Siap dibina pada tahun 1972, ia menjadi lokasi memperingati Dr Sun Yat Seng, Bapa Republic Rakyat China. Turut dipaparkan di sini adalah sejarah dan perjuangan revolusi yang diperjuangkan oleh Sun Yat Seng, serta menjadi pusat pendidikan dan kebudayaan awam.

Berikut 4 aplikasi yang boleh anda muat turun dan jadikan rujukan sewaktu travel ke Taiwan:

  1. Tour Taiwan – aplikasi yang menyediakan informasi tentang lokasi pelancongan menarik di Taiwan, arah jalan dan perancangan tour, restoran dan hotel.
  2. Dig Taiwan – menyediakan offline map dan panduan pelancongan di Taiwan.
  3. Taipei Metro Route Map – aplikasi yang ringkas dan menyediakan info seperti tambang, jadual perjalanan dan stesen pertukaran keretapi.
  4. Bus Tracker Taiwan – aplikasi dengan pilihan dalam bahasa Inggeris bagi anda yang ingin gunakana bas sebagai kenderaan untuk bergerak di sekitar Taiwan.

Korea

1. Poppy Garden, Simhak Mountain, Paju

lokasi-menarik-di-korea-1

Menghidangkan pemandangan menarik bila bunga poppy berkembang di Simhak Mountain. Merupakan antara beberapa tempat di mana anda berpeluang melihat pokok poppy di Korea. Festival poppy dianjurkan pada bulan Jun setiap tahun di sini.

2. Cheongsando

lokasi-menarik-di-korea-2

Cheongsando digelar sebagai bandar dengan jalan paling perlahan di Asia disebabkan bentuk mukabuminya. Bunga-bunga yang ditanam di sekitar bandar ini berkembang mekar pada musim bunga dan musim luruh.

3. Pulau Nami

lokasi-menarik-di-korea-3

Pulau Nami menjadi destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia selepas fenomena drama Korea Winter Sonata. Pulau Nami menghidangkan beberapa lokasi menarik untuk dikunjungi.

Baca: Perkongsian Itinerari Pusing Satu Korea Selatan 7 Hari Dengan Bajet RM1800

4. Yongdusan Park

lokasi-menarik-di-korea-5

Yongdusan Park adalah sebuah taman yang terletak di Jung-gu, Busan, Korea Selatan. Di sini juga terdapat Busan Tower dengan ketinggian 118 meter.

Yongdu bermaksud “kepala naga” dan “san” bermaksud “gunung”. Nama ini merupakan kiasan kepada persamaan taman dan gunung, yang dikatakan menyerupai kepala naga. Terletak di kawasan seluas 69,000 meter persegi, taman ini memiliki 70 spesis tumbuhan yang dipelihara dengan baik.

5. Pulau Jeju

lokasi-menarik-di-korea-4

Pulau Jeju turut menghidangkan beberapa lokasi menarik untuk dikunjungi.  Jika berkunjung ke sini, sebaiknya luangkan masa selama 3 hari 2 malam agar anda dapat menikmati keindahan pulau ini sepenuhnya.

Untuk lebih banyak lokasi menarik di Pulau Jeju baca: 17 Lokasi Menarik Untuk Dikunjungi Di Pulau Jeju, Korea Selatan

Berikut 5 aplikasi yang boleh anda muat turun dan jadikan rujukan sewaktu travel ke Korea:

  1. Seoul Metro Subway Map & Route – membantu anda bergerak menggunakan metro subway sewaktu di Seoul, Korea.
  2. Korea Subway Korea Free Trip – satu lagi aplikasi yang dapatmembantu anda sewaktu menjelajah dengan kenderaan awam di Korea Selatan.
  3. i Tour Seoul – menyediakan panduan pelancongan, lokasi menarik di Seoul, restoran, hotel dan pusat membeli-belah.
  4. Jeju Island City Guide Map – menyediakan panduan pelancongan di Pulau Nami.
  5. Busan Guide Map Weather – menyediakan informasi pelancongan dan lokais menarik untuk dilawati di sekitar Busan.

Jepun

1. Mendaki Gunung Fuji

lokasi-menarik-di-jepun-4

Gunung tertinggi di matahari terbit dan menjadi salah satu mercu tanda negara Jepun ini hanya dibuka untuk pendakian pada musim panas bermula 1 Julai sehingga awal September setiap tahun.  Manakala bagi bulan-bulan lain ia ditutup untuk pendakian.

2. Matsumoto Palace

lokasi-menarik-di-jepun-7

Antara istana lama yang menarik untuk dikunjungi, istana ini juga dikenali dengan nama Crown Castle disebabkan warna hitam di bahagian luarnya.  Binaan di bahagian dalam istana meliputi tangga yang curam dan siling yang rendah.

Turut dipamerkan di sini adalah perisai dan senjata di zaman Sengoku iaitu sewaktu istana ini dibina. Pemandangan menarik Banjaran Jepun akan dapat dilihat melalui tingkap kayu kecil yang pernah digunakan oleh pemanah dan pengawal bersenjata di zaman silam.

3. Itsukushima Shrine

lokasi-menarik-di-jepun-9

Jika anda ke Osaka di Jepun, lokasi ini antara yang mesti anda kunjungi. Merupakan salah satu daripada Warisan Dunia UNESCO, Itsukushima Shrine menjadi salah satu daripada destinasi popular dan dikunjungi ramai pelancong di Jepun.

4. Shinjuku Gyoen National Garden

lokasi-menarik-di-jepun-10

Siapa sangka di tengah-tengah bandar Tokyo yang pesat ini terletak sebuah taman yang menenangkan. Jika anda ke Tokyo, Shinjuku Gyoen National Garden seharusnya berada dalam senarai lokasi yang mesti anda kunjungi.

5. Shirakawago Village

lokasi-menarik-di-jepun-11

Merupakan salah satu daripada Warisan Dunia UNESCO, Shirakawago adalah perkampungan tradisional Jepun yang wujud sejak beratus tahun dahulu.

Keunikan utama di sini adalah bumbung rumah yang berbentuk segitiga. Ini disebabkan Shirakawago merupakan kawasan yang menerima salji paling banyak di Jepun. Maka binaan segitiga pada bumbung akan dapat menampung salji yang tebal dan berat pada musim sejuk.

Berikut 4 aplikasi yang boleh anda muat turun dan jadikan rujukan sewaktu travel ke Jepun:

  1. Tokyo Handy Guide – aplikasi yang disediakan untuk mereka yang ingin meneroka bandar Tokyo dengan berjalan kaki. Antara info yang disediakan adalah taman botanik, taman tema, zoo dan muzeum.
  2. Tokyo Subway Navigation – aplikasi yang disediakan oleh Tokyo Metro Co., Ltd. Aplikasi ini memaparkan jalan utama, masa yang diperlukan, tambang dan juga landmark untuk pertukaran train.
  3. Osaka Guide, Hotels & Weather – Antara informasi yang disediakan oleh aplikasi ini adalah lokasi menarik di sekitar Osaka, hotel, restoran, muzeum, ATM dan farmasi.
  4. Japan Rail Map – Tokyo & Osaka – menyediakan informasi jaringan keretapi di Jepun, subway dan JR Transit serta lokasi wifi.

Mungkin  9 Lokasi Selesa Dan Sesuai Untuk Solat Jika Anda Travel Ke Jepun ini dapat membantu anda untuk travel dengan lebih selesa di Jepun. Dan jangan lupa baca 21 Tip Penting Jika Anda Mahu Travel Ke Jepun dan 10 Cara Mahu Jimat Backpacking Di Jepun

Kini impian untuk travel ke destinasi menarik di atas bukan lagi satu perkara yang mustahil kerana ia berada dalam laluan penerbangan AirAsia X.

AirAsia X menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur (dan transit di Pulau Pinang) ke 4 negara di atas.

Harga tiket bermula dari RM349 ke China, RM299 ke Taiwan, RM429 ke Korea dan RM329 ke Jepun. Tempahan dengan harga menarik ini boleh dibuat di website AirAsia.com bermula hari ini sehingga 29 Jun 2016, bagi tempoh penerbangan dari 20 Jun – 3 Jan 2017.