Gerald Rogers, lelaki yang pernah menjalani 16 tahun usia perkahwinan akhirnya menjadi duda. Setelah mengimbas kembali suka duka perkahwinan, dia telah menulis 20 tip ini melalui pengalaman dan perspektifnya berkaitan perhubungan. Dia mengakui bahawa dia telah kehilangan wanita yang dia cintai kerana gagal menyedari virus-virus yang membunuh perkahwinan mereka.

www,facebook.com
www,facebook.com

Inilah 20 tip yang Rogers berharap dia dapat tahu lebih awal sebelum berlakunya perceraian tersebut:

1. Berterusan memikat dan dating walaupun telah lama berkahwin.

Jangan pernah mensia-siakan orang yang dicintai. Hargai dirinya dan ingati janji setia yang pernah dilafazkan sewaktu awal perkahwinan. Ia adalah satu harta yang paling penting dan suci yang diamanahkan untuk dijaga bersama.

2. Melindungi hati sendiri sebelum hatinya.

Anda mesti menjaga diri sendiri sepertimana anda mahu menjaga dirinya. Sayangi diri sendiri sepenuhnya di dalam hati. Tetapi pastikan ada tempat istimewa di hati anda untuk dirinya dan menutup pintu hati itu untuk orang lain.

3. Jatuh cinta berulang kali.

Manusia sentiasa berubah, begitu juga diri sendiri dan dirinya. Pastikan anda tegar untuk jatuh cinta berulang kali dengan si dia agar cintanya hanya untuk anda.

4. Sentiasa melihat yang terbaik dalam dirinya.

Fokus hanya pada apa yang anda suka, bukan apa yang dibenci. Ini akan menambahkan rasa cinta dan kasih dalam perhubungan.

5. Tugas anda hanya mencintainya, bukan memperbetulkannya.

Sebenarnya ia bukan tugas anda untuk mengubah atau menetapkan apa-apa untuknya. Tugas anda adalah menyintai dia tanpa mengharapkan dia sentiasa berubah. Tetapi jika dia berubah sama ada anda suka atau tidak, anda perlu suka dengan perubahan itu.

6. Bertanggungjawab dengan emosi sendiri.

Tiada siapa ditugaskan untuk membuatkan anda bahagia. Bahagia itu bermula dengan diri sendiri. Apabila anda bahagia, aura kebahagiaan itu akan turut dirasai orang yang anda cinta dan tersemai di dalam perhubungan cinta tersebut.

7. Jangan salahkan pasangan sekiranya anda berasa kecewa atau marah kepadanya.

Perasaan kecewa atau marah itu hanya akan mencetuskan sesuatu di dalam diri anda selepas melepaskannya kepada pasangan. Ini kerana pasangan anda adalah simbolik emosi anda, dan tanggungjawab anda. Pasangan itu penyembuh luka anda, jika dia ada membuat anda marah atau kecewa, periksa semula diri anda.

8. Membenarkan dia menjadi dirinya sendiri.

Apabila dia sedih atau kecewa, ia bukan tugas anda untuk memperbaikinya. Tugas anda adalah bersama dengannya dan membiarkan dia tahu itu semua OK. Biarkan dia tahu bahawa anda ada mendengar untuk dia dan memahami disebalik kata-kata dan emosi tersebut kerana dia adalah penting buat anda.

9. Tidak perlu sentiasa serius dan bijak.

Kadang-kala ada baiknya menjadi sedikit bodoh dan tidak serius untuk membuatkan dia ketawa. Apabila ketawa, segala-galanya menjadi lebih mudah.

10. Pengisian jiwanya setiap hari.

Belajar bahasa cintanya dan cara-cara tertentu yang membuatkan dia berasa penting dan diterima dan dihargai. Anda boleh meminta si dia untuk membuat senarai 10 perkara yang membuatkan dia berasa disayangi dan anda menghafal perkara-perkara tersebut agar ia dapat dijadikan keutamaan untuk anda melakukannya setiap hari.

11. Benar-benar ada dengannya, bukan sekadar jasad.

Tidak cukup sekadar anda berada disisinya tetapi tidak memberikan fokus dan perhatian kepadanya. Anggaplah dia seperti pelanggan yang paling penting dan beri layanan yang selayak buatnya.

12. Mencipta perhubungan intim yang romantis sehingga pasangan berasa selesa dalam kelembutan belaian dan mempercayai anda sepenuhnya.

13. Kita tidaklah sempurna.

Setiap orang melakukan kesilapan, begitu juga anda dan si dia. Jangan cuba buat kesilapan yang besar dan belajarlah daripada kesilapan yang telah dibuat. Walaupun kita tidak sempurna, cubalah jangan jadi terlalu bodoh.

Baca 7 lagi tip di artikel asal Gerald Rogers disini.

Menurut Rogers, perkahwinan bukan tentang bahagia selama-lamanya. Ia mengenai komitmen dan kesediaan untuk terus melabur dalam mewujudkan suatu perhubungan yang boleh bertahan selama-lamanya. Melalui itu, kebahagiaan akan datang kerana perkahwinan adalah kehidupan yang ada turun dan naiknya, ada pelbagai kitaran dan pembelajaran yang akan membentuk pengalaman untuk menjaga perhubungan.

Tip-tip yang dikongsikan oleh Rogers ini adalah hasil daripada pengajaran yang dia belajar dengan cara yang sukar dan dia terlambat untuk belajar daripada pengajaran tersebut. Tetapi dia teruskan hidup dengan berjalan ke hadapan bersama dengan pengajaran-pengajaran ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber