Rogue One: A Star Wars Story kini menjadi filem dari franchise Star Wars dengan kutipan paling tinggi dalam hujung minggu pertama tayangan apabila berjaya membuat kutipan USD155 juta di Amerika Utara sahaja. Jumlah kutipan untuk jualan sedunia pula adalah USD290.5 juta.

Kutipan ini mengalahkan kutipan yang dibuat Star Wars: The Force Awakens tahun lalu yang mengutip USD248 juta dalam tempoh yang sama. Filem spin-off pertama dalam siri Star Wars ini ternyata mendapat sambutan yang baik dari peminat tegar Star Wars. Rogue One tidak mempunyai masalah untuk membuat kutipan lebih USD2.1 billion yang dibuat The Force Awakens tahun lalu.

Filem ini masih belum ditayangkan di China. Ditambah lagi dengan dua aktor bangsa Cina dalam filem ini, semestinya kutipan Rogue One akan meningkat naik apabila filem ini ditayangkan di negara republik berkenaan.

Sekarang, ramai sudah tak sabar untuk filem stand-alone Han Solo pula. Kalau anda masih skeptikal dengan filem ini, anda boleh baca review filem ini di sini.

BACA : 5 Sebab Anda Perlu Tonton ‘Rogue One: A Star Wars Story’ Di Pawagam

Sumber