Pernah tak anda terfikir kenapa bunga tayar (tread) kereta ada banyak jenis? Adakah ia sekadar hiasan semata-mata? Ataupun ada rahsia di sebaliknya.

Sebenarnya ia bukanlah rahsia kerana kebanyakan lelaki sudah maklum mengenai beberapa jenis bunga tayar kereta dan tujuannya. Tapi ia satu info yang baik untuk pemilik dan pemandu kereta wanita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selalunya kita mesti biasa dengar soalan-soalan ini apabila nak pilih jenis tayar sebelum pasang tayar baru: Bising ke? Boleh belah air ke bila jalan raya ada air?

Baik, saya nak kongsikan 3 jenis bunga tayar yang paling lazim orang gunakan di jalan raya khususnya kenderaan ringan seperti kereta sedan, SUV, MPV dan sebagainya.

1. Directional

Dibuat hanya untuk satu arah sahaja di mana anda boleh lihat anak panah di sebelah sisi tayar menunjukkan arah mana sepatutnya ia di pasang kerana ia hanya boleh di rotate depan dan belakang sahaja. Contohnya, tayar depan sebelah kiri hanya boleh di rotate dengan tayar belakang sebelah kiri sahaja.

Selalunya didatangkan dengan V-shape design dan bagus untuk jalan yang berair kerana boleh membelah air. Ia juga sesuai digunakan di kawasan bersalji. Jadi, ia amat baik apabila anda memandu laju di atas jalan yang basah. Tambahan pula, ianya kelihatan sedikit sporty

2. Symmetrical

Selalunya pattern tread yang lebih kurang sama keseluruhan tayar. Kelebihan yang ada pada tayar ini ialah senyap, tahan lama dan tidaklah terlalu mahal. Jadi, ia biasa digunakan oleh pemilik kereta.

Ia boleh di rotate depan belakang, kiri dan kanan. Ini bermakna bebas untuk rotate tayar kereta, dan sebab inilah ianya boleh tahan lama.

Walau bagaimanapun, prestasinya semasa di jalan basah tidak sebaik tayar jenis directional. Jadi, berhati-hati jika anda memandu dengan laju dalam keadaan jalan yang basah.

3. Asymmetrical

Jenis tayar ini lazimnya digunakan oleh kereta sport di mana ia mempunyai kombinasi jenis tread dan design tread di sebelah dalam dan luar yang berbeza.

Cengkaman tayar jenis ini kuat dan amat baik di atas jalan yang basah dan kering. Jadi, ia lebih stabil dalam pemanduan kereta khususnya di selekoh.

Di sebelah sisi tayar anda akan nampak perkataan “outside” sebagai panduan untuk anda memasang kedudukan tayar anda. Dari segi harga, ia lebih mahal daripada symmetrical.