Chinese Super League sekarang ini sangat ‘garang’ dalam mendapatkan pemain terbaik dari seluruh dunia untuk bermain di China. Pengurus Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes mengesahkan dalam satu temubual bersama Sky Sports Italia bahawa sebuah kelab dari China telah membuat tawaran kepada Real Madrid 300 juta Euro Untuk mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo.

Jika Cristiano Ronaldo menerima tawaran itu, beliau akan dibayar 100 juta Euro(lebih kurang RM472 juta) setahun atau €1,923,077 seminggu. Memang tawaran yang hebat dan gila! Ronaldo yang baru sahaja memenangi anugerah Ballon d’Or keempat beliau menolak tawaran itu dan menyatakan wang bukan segalanya.

Beliau sangat gembira dengan kariernya di Sepanyol dan sudah menandatangani kontrak baru di mana beliau akan kekal di Real Madrid sehingga tahun 2021. Mendes turut berkata ianya tidak mungkin akan terjadi kerana pemain Portugal itu mempunyai klausa pelepasan £1 billion dalam kontraknya.

https://www.youtube.com/watch?v=Uf9uxMKQ9l8

Chinese Super League adalah destinasi terbaru untuk pemain serata dunia mencari cabaran baharu dalam karier bola sepak mereka. Bekas rakan sepasukan Ronaldo, Carlos Tevez baru-baru ini telah melengkapkan perpindahan beliau dari Boca Juniors ke Shanghai Shenhua. Beliau dikhabarkan akan menerima gaji £615,000 seminggu tetapi gaji sebenar yang Tevez akan terima adalah pada £226,000 seminggu. Tetap lebih dan sangat tinggi berbanding gaji yang diterimanya di Boca Juniors.

Carlos Tevez memakai jersi Shanghai Shenhua
Oscar akan bermain untuk Shanghai SIPG Januari Ini

Minggu lalu, pemain tengah Chelsea, Oscar telah melengkapkan perpindahannya ke Shanghai SIPG dengan nilai perpindahan £52 juta. Mereka juga mahu membeli pengadil Mark Clattenburg untuk meningkatkan lagi mutu pengadilan di sana! Memang hebat pelaburan yang dibuat oleh kelab-kelab Chinese Super League. Tetapi masih jauh perjalanan Chinese Super League untuk menerima prestige seperti mana liga-liga hebat di Eropah.

Sumber