Tahukah anda untuk membina satu ruang teater rumah yang mengasyikkan dan hebat, sekurang-kurangnya anda memerlukan 5 alat penting ini?

Sistem bunyi sekeliling yang sedap didengari, TV jenis HDTV atau UHDTV yang berskrin besar, ada sambungan internet jalur lebar, sistem pengudaraan yang baik dan perabot dan hiasan dalaman yang menarik. Kelima-lima alat ini adalah keperluan minima bagi melengkapi sebuah ruang teater rumah idaman sekiranya anda memilih kombinasi alat-alat yang betul.

Baca: 10 Cara Yang Bermanfaat Untuk Menyambut Hari Kemerdekaan

1. Sambungan internet jalur lebar

Semasa di zaman 90-an kita mungkin tidak terfikir akan keperluan internet jalur lebar bagi sebuah teater rumah. Internet pada waktu itu hanya untuk komputer sahaja. Namun, pada hari ini teater rumah begitu berbeza sekali apabila internet menjadi satu keperluan penting bagi memaksimakan penggunaan teater rumah dan fungsi peralatan audio dan video.

Kini banyak alat mempunyai kemudahan untuk menggunakan internet bagi menambahbaik fungsi dalam segmen hiburan. Ini kerana melayari video streaming di kaca TV atau memainkan lagu dari internet adalah satu cara hidup alternatif, khusus bagi golongan muda. Maka, penting mempunyai sambungan internet jalur lebar yang laju agar lancar operasi teater rumah anda.

2. Sistem bunyi sekeliling

Bagi mendapat sistem bunyi sekeliling yang sedap, ia bukan sekadar bergantung pada alat tetapi lokasi teater rumah dibina. Sebaik-baiknya teater rumah dibina di dalam sebuah bilik yang berdinding sepertimana sebuah panggung wayang. Selepas pilih lokasi, cari alat yang mempunyai sistem bunyi sekeliling yang sedap didengari halwa telinga anda apabila ia synchronise di antara speaker tanpa masalah. Lagi best apabila ia berhubung melalui sistem tanpa wayar. Ia juga boleh digunakan untuk memainkan muzik dengan sentuhan NFC mana-mana smartphone. Maka tidaklah ia semata-mata hanya dipasang untuk menonton sahaja.

Baca: Adegan, Dialog Dan Perkataan Yang Dilarang Dipaparkan Di Stesen Televisyen Malaysia

3. HDTV/UHDTV berskrin besar

Bagi memainkan video pula, ada dua pilihan popular iaitu menggunakan projektor atau TV jenis teknologi definisi tinggi. Kebanyakan memilih TV kerana faktor ruangan bersaiz kecil/sederhana berbanding projektor yang lebih sesuai untuk ruang bersaiz besar. Selain memilih TV yang menampilkan kualiti yang baik dalam paparan imej dan bunyi, anda perlu tahu saiz TV yang bersesuaian dengan ruangan anda bagi memaksimakan kepuasan penggunaan teater rumah.

HDTV ialah TV definisi tinggi yang bermakna details paparan itu jelas dan cantik dan UHDTV ialah TV yang mempunyai kualiti gambar yang lebih hebat daripada HDTV.

4. Sistem pengudaraan

Tadi kita sudah sebut teater rumah yang best adalah di dalam sebuah bilik berdinding seperti pawagam. Jadi sudah pasti bilik itu bertutup bagi menghadkan cahaya luar dan mengoptimumkan bunyi dari sistem bunyi sekeliling. Jadi adalah penting untuk memilih alat sistem pengudaraan yang senyap tetapi efektif.

Baca: 7 Cara Ini Dapat Cegah Anak Maut Dihempap Televisyen Dan Perabot

5. Perabot yang selesa

Pemilihan perabot pula berbeza dengan 4 alat di atas kerana perabot akan mempengaruhi hiasan dalaman ruangan menonton TV di rumah. Maka, selain daripada menitikberatkan keselesaan dan keempukan kusyen dan bahan perabot, warna dan corak turut memainkan peranan yang penting.

newshousedesign.com
newshousedesign.com

Wah! Ada 5 alat ini pun sudah boleh buat kita rasa puas hati untuk lepak dan istirahat di rumah. Siapa tak nak jika kehidupan kita bertambah baik sambil menikmati hiburan di rumah dengan alat-alat sebegini.

decorationchannel.com
decorationchannel.com

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram