“Terlebih tidur pun boleh menjejaskan kesihatan. Tak logik langsung!!”

“Ceteknya pemikiran!! Terlebih tidur pun dikatakan tak elok!”

Kini masalah tidur berlebihan atau berkurangan semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia gara-gara langsung tidak bekerja atau terpaksa lakukan lebih dari 2 kerja pada satu masa. Hakikatnya isu tempoh tidur panjang atau pendek boleh membahayakan kesihatan diri. Namun ramai memandang rendah isu ini, tanpa memikirkan kesan negatif yang bakal jadi.

Masalah tidur berlebihan (oversleeping) juga dikenali sebagai hypersomnia di mana waktu tidur melebihi 12 jam sehari. Bagi peringkat dewasa, pola waktu tidur yang normal adalah dalam lingkungan 6 – 8 jam sehari.

Berdasarkan kajian yang dilakukan di peringkat antarabangsa mendapati sebanyak 5% – 10% pesakit yang berjumpa doktor disahkan mengalami masalah hypersomnia. Menurut Prof. Dr. Azhar Mohd Zain, Pakar Psikiatri, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan UPM:

Hipersomnia berlaku disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya: gejala narcolepsy, breathing related sleep disorder, central sleep Apnea & perubahan gaya hidup.

Antara bahaya yang boleh mengundang akibat terlebih tidur ialah:

1. Narcolepsy

Gangguan yang berlaku pada otak di mana kita gagal mengalwal rasa mengantuk dan akan tertidur sebentar pada siang hari dalam apa jua keadaan tanpa sedar.

2. Pernafasan

Gangguan pernafasan sewaktu tidur berlaku kepada mereka yang mengalami masalah obesiti di mana sukar bernafas akibat tahap oksigen yang dimiliki sangat rendah sewaktu tidur.

3. Central Sleep Apnea

Pernafasan terhenti seketika kerana otak tidak menghantar isyarat yang betul kepada otot yang mengawal pernafasan sewaktu sedang tidur.

4. Perubahan Gaya Hidup

Tidur berlebihan akan turut mempengaruhi perubahan gaya hidup kerana pola tidur yang tidak teratur.

5. Lain-lain

Cepat lupa, diabetes, obesiti, keletihan, kemurungan, kencing manis, sakit belakang, sakit jantung, stres/tekanan dan juga boleh menyebabkan kematian.

Baca: Bagaimana Dapatkan Tidur Yang Mencukupi Dan Berkualiti

Berdasarkan penelitian, jumlah tidur 9 – 12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana melebihi had waktu rehat yang sepatutnya. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak di samping mengakibatkan masalah ingatan.

Kadar metabolisme berjalan dengan kadar sangat perlahan dalam badan ketika kita sedang tidur. Oleh itu, orang yang ada hipersomnia berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21% berbanding mereka yang mendapatkan tidur secara normal.

Mungkin buat mereka yang suka tidur lebih lama sesuai ada katil yang direka khas untuk mereka yang malas bangun dari tidur.

Ini pesanan saya buat manfaat semua:

Kesihatan diri harus dijaga,
Waktu tidur dikawal secukupnya,
Pemakanan buah-buahan diamalkan juga,
Doa sebelum tidur jangan dilupa,
Moga badan sihat, cergas sentiasa.

DoaTidur

Baca: Jurugambar Dedahkan Di Mana Pelarian Kanak-Kanak Syria Tidur