Kebanyakan orang akan mula bekerja pada usia awal 20-an selepas menamatkan pengajian di peringkat sijil, diploma atau ijazah.

Dalam waktu yang sama, ada segolongan anak muda yang memegang status mengganggur kerana tidak ada pekerjaan sementara atau tetap.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkembangan teknologi ke arah mesin automatik bagi menjimatkan masa dan kos turut beri kesan pada statistik penggangguran dalam negara.

Ini baru pada waktu sekarang. Bayangkan 10 tahun lagi, bagaimana landskap kerjaya anak-anak kita yang kini berusia di antara 8 – 11 tahun dan lebih muda dari itu.

Kita bertanggungjawab memastikan anak-anak kita berada di landasan yang betul demi masa depan mereka. Kita perlu memikirkan apakah yang terbaik buat mereka.

Jadi, sebagai permulaan anda perlu bantu terapkan kemahiran-kemahiran ini agar tinggi kadar survival mereka dalam pencarian kerjaya ketika sudah besar nanti.

kerjaya-anak

5 kemahiran yang paling penting dikuasai oleh anak-anak anda bagi menguasai peluang kerjaya semasa mereka dewasa kelak:

1. Kreativiti

Memandangkan kebanyakan kerja akan diambil alih oleh teknologi seperti artificial intelligence (AI), robot, dan mesin, anak and part didedahkan dengan aktiviti yang melibatkan kreativiti terutama relevant buat pasaran kerja masa depan.

Tanpa mengharapkan sekolah, anda perlu memainkan peranan bagi mendorong dan memupuk kreativiti anak-anak.

2. Penyelesaian Masalah Kompleks

Kemahiran ini penting kerana dunia makin kompleks walaupun menuju kerja arah memudahkan kehidupan harian kita.

Ini kerana kerjaya masa depan akan dikelilingi dengan sistem yang besar dan luas, rangkaian laman web global, integrasi perisian dan hardware, data besar dan pemetaan kelakuan manusia.

Maka, semakin sistem berintegrasi, semakin tinggi kemahiran diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang kompleks.

Dengan kesedaran ini, anda perlu mengajak dan mengajar anak anak bermain puzzle, Lego, permainan imaginasi seperti peralatan bengkel, doktor, chef dan permainan yang memerlukan anak buat sendiri.

Permainan sebegitu akan merangsang kreativiti dan tahap penyelesaian masalah anak.

3. Kecintaan Belajar Kemahiran

Anak perlu dipupuk rasa cinta, rasa suka untuk belajar dan mempunyai kemahiran untuk belajar dan menyerap ilmu dengan cepat dan efektif. Ini kerana perkembangan ilmu dan kemahiran berlaku dengan cepat. Usaha ini akan membuatkan anak tidak ketinggalan.

Kemungkinan masa depan seperti zaman ketamadunan tinggi dulu di mana seorang individu mahir dua bidang. Contoh ustaz yang belajar perubatan, doktor yang tahu kejuruteraan perubatan dan polis yang kuasai kemahiran seni.

4. Kepintaran Emosi

Kepintaran emosi ini bermaksud seseorang yang pandai menilai situasi orang di sekelilingnya, mampu mengawal dan mengekspresi emosi yang sepatutnya dengan apa yang berlaku dan tahu mengendalikan perhubungan interpersonal.

Ini bermakna anak-anak perlu mahir komunikasi, perhubungan interpersonal, ada perasaan empati apabila dewasa kelak agar mudah berinteraksi dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira sempadan negara.

Anak-anak juga perlu sedar dan tahu tentang kepelbagaian budaya, agama dan konteks sosial yang lain agar dapat menyediakan solusi dan membina perhubungan dengan orang pelbagai later belakang negara.

5. Kemahiran Bekerjasama

Kemahiran ini penting dikuasai anak anak di usia muda sama ada di rumah dengan adik-beradik mahu pun di sekolah dengan rakan sekelas.

Percayalah untuk sukses dan disenangi ramai orang, kita perlu pandai bawa diri dalam kelompok komuniti terutama melibatkan kerjasama sesama ahli.

Antara aktiviti yang boleh memupuk sugar kerjasama anak anak ialah aktiviti penyelesaian masalah berdasarkan projek.

Solo geniuses will be no more valuable in future work force.

Ketahuilah 30% kerjaya yang ada pads hari ini akan pupus dalam masa 25 tahu dan 30-40% kerjaya baru akan tercipta dalam masa yang sama.

Jadi, kita kena tahu (atau tertanya-tanya?) apakah kemahiran yang diperlukan di masa depan.

Ditegaskan kembali, anda sebagai ibu bapa perlu membantu mempersiapkan anak anak dengan kemahiran kemahiran bernilai tinggi. Bukan sekadar mengejar keputusan akademik yang cemerlang.

Moga 5 kemahiran ini dapat beri anda gambaran kemahiran yang penting untuk anak anak.