Bila Mohd Faiz Subri berhasrat nak pakai ‘baju melayu siap bertanjak’ di Anugerah Puskas 2016, punyalah banyak reaksi negatif daripada netizen yang tak berpuas hati dengan hasrat Faiz Subri tersebut.

Berikut saya senaraikan beberapa orang pemain bola sepak yang rilek sahaja pakai baju yang mereka nak pakai sewaktu terima anugerah bola sepak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Yaya Toure

Gambar pertama ialah gambar Yaya Toure pemain Manchester City ketika menerima The Glo CAF Awards. Nampak tak betapa berwarna-warninya baju dia.

2. Didier Drogba

Gambar kedua ialah gambar striker Ivory Coast Didier Drogba posing bersama trofi setelah dianugerahkan ‘African Footballer of the Year’ oleh Konfederasi Bola Sepak African(CAF) pada tahun 2006.

3. Homare Sawa

Gambar ketiga ialah gambar Homare Sawa dari Jepun yang memenangi ‘FIFA Women’s World Player Of The Year’ pada tahun 2011.

4. Frederic Kanoute

Gambar keempat ialah penyerang Mali iaitu Frederic Kanoute yang selamba berjubah ketika dinamakan sebagai ‘African Player of the Year’ pada tahun 2007.

5. Pierre-Emerick Aubameyang

Dan gambar terakhir ialah gambar Pierre-Emerick Aubameyang yang hanya pakai t-shirt ketika menerima anugerah ‘African Footballer of the Year’ kerana kehilangan begnya.

Ada orang kata yang pemain-pemain bola kat atas ni kebanyakkannya dari Afrika tapi persoalan saya ialah adakah award dari Confederation of African Football (yang bernaung di bawah FIFA) mempunyai dress code yang berbeza dengan award FIFA yang lain?

Jadi biarlah Faiz Subri nak pakai baju apapun. Daripada satu sudut positif, kita nampak pakaian Faiz akan mempromosikan budaya Malaysia di mata dunia.

Buat Faiz Subri, pekakkan je telinga. Sebahagian orang kita ni memang macam tin kosong je, banyak bunyi tapi hakikatnya tak menyumbang apa pun.

Menang atau tidak itu cerita nombor dua. Apa yang paling penting ialah anda telah membawa nama Malaysia mengharum ke persada dunia!