Buat anda yang sedang menantikan atau menabung sempena Apple iPhone 7, penantian anda bakal tamat. Siap sedia untuk bocorkan poket anda untuk sebuah iPhone terbaru daripada Apple.

Buat anda yang sering mengikuti berita tentang Apple, pastinya anda tahu, Apple iPhone 7 antara yang banyak menerima leak. Sememangnya iPhone terbaru antara iPhone yang paling banyak menerima ‘leak’ berbanding iPhone 4 yang pernah kontroversi suatu ketika dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Leak daripada China turut mendapat sambutan dimana menyertakan iPhone 7 versi dummy yang hadir dengan lebih awal. Berikut merupakan antara ura-ura yang boleh dikatakan hampir tepat mengenai iPhone terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

  1. Spesifikasi

iphone-7-plus-dual-camera-1

Seingat kami, rumour terawal yang kami lihat banyak dibincangkan laman web terkenal adalah rumour mengenai dual-lens yang bakal digunakan Apple. Kemungkinan Apple akan mengekalkan dengan single-lens buat iPhone 7 manakala iPhone 7 plus akan disertakan dengan dual-lens yang tampak lebih exclusive.

Nampaknya trend penggunaan dual-lens semakin popular setelah dipopularkan oleh Huawei P9.

Sebuah lagi dilema buat peminat iPhone saiz 4.7-inci. Jika rumour ini disahkan benar, Apple bakal meletakkan RAM 2 GB buat iPhone 7 manakala RAM 3 GB iPhone 7 Plus.

Adakah ini menyebabkan kedua-dua telefon ini mempunyai pebezaan dari segi kepantasan yang ketara? Perbezaan pastinya ada, namun tidak begitu besar. iPhone 7 Plus lebih memerlukan kuasa pemprosesan yang lebih berikutan saiz yang lebih besar.

iPhone terbaru bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A10. Berdasarkan leak yang baru sahaja kami dapati, dijangka pemprosesan ini bakal menandingi beberapa cip pemprosesan berkuasa termasuk Samsung Galaxy S7 Edge.

2. Saiz Dan Rekabentuk

Seperti model iPhone sebelum-sebelum ini, dua variasi iPhone dengan saiz skrin berbeza akan diumumkan oleh Apple. Skrin 4.7-inci dan 5.5-inci sekali lagi menjadi Apple.

Menyentuh soal rekabentuk dijangka tidak banyak perubahan yang akan ditampilkan Apple. Perubahan saiz yang lebih nipis dan placement antenna line mungkin akan memudahkan pengguna untuk membezakan iPhone 6S dan iPhone 7.

iPhone 7 dikatakan tidak lagi hadir dengan 3.5mm headphone jack. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi dapat menggunakan connector 3.5mm earphone atau headphone anda pada iPhone sebaliknya perlu menggunakan lightning port. Dikatakan penggunaan lightning port membolehkan audio yang lebih jelas dihasilkan.

3. Pilihan Warna

Berdasarkan beberapa laman web terkenal, Apple dijangka akan mengumumkan warna baharu buat iPhone 7. Warna Space Grey bakal dihentikan Apple sebaliknya bakal memperkenalkan warna Deep Blue dan Piano Black. Warna Rose Gold yang telah menjadi trademark terbaru Apple dijangka akan dikekalkan.

Melihat daripada preview iPhone 7, pemilihan warna Deep Blue kelihatan sangat cool dan sexy daripada Apple.

4. Storan

iphone-7-earpods

Berdasarkan rumour awal mengenai Apple iPhone terbaru, Apple bakal menghentikan pengeluarkan iPhone terbaru dengan storan 16 GB berikutan saiz yang kurang releven pada masa kini. Saiz 32 GB bakal menjadi base model manakala pemilihan saiz storan yang lebih besar turut ditawarkan.

Apa yang lebih mengejutkan, dijangkakan Apple akan mengumumkan saiz storan 256 GB buat iPhone terbaru. Melihat daripada saiz storan yang diumumkan, buatkan kami teringat berapa harganya iPhone ini apabila mula dijual di Malaysia.

5. Tarikh Pelancaran

Seperti yang diumumkan oleh pihak Apple, 7 September 2016 bakal menjadi tarikh pengumuman iPhone terbaru.

Buat anda yang tidak sabar serta menantikan live stream sempena acara pengumuman Apple, diingatkan untuk membuat semakan waktu lebih awal berikutan pelancaran akan dijalankan pada 8 September waktu Malaysia.

Jangan lupa follow twitter @TheVocket untuk mendapatkan live update pelancaran iPhone terbaru.