Tidak dinafikan telefon pintar yang satu ketika dulu merupakan simbol kemewahan adalah satu keperluan pada zaman sekarang. Ada yang menggunakan telefon pintar untuk ambil gambar, ada yang untuk pengurusan kerja, ada yang untuk bersosial, dan lain-lain lagi. Namun, ada juga untuk membuat semua perkara di atas.

Jika mahu melakukan semua perkara di atas, pemilihan telefon berkualiti perlu diambil kira sebelum anda membelinya. Kami di sini sedia membantu anda supaya hidup anda ceria dengan smartphone baru yang memenuhi keperluan anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Xiaomi Mi4i

wadawwdwad

Mi4i merupakan telefon pintar yang membawakan beberapa ciri penting yang sangat menarik untuk pengguna. Antara yang menarik adalah kamera belakang dengan 13MP dan hadapan dengan 5MP mampu untuk memberikan kepuasan lebih ketika mengambil gambar.

Untuk anda yang pentingkan kelajuan data, telefon ini tersedia dengan dua slot sim 4G. Ia juga mempunyai 2GB RAM dan 16GB memori simpanan.

Dapatkan pada Harga RM749 di sini

2. Asus Zenfone 2 ZE550ML

dawcas

Untuk mereka yang sukakan kepuasan paparan, Zenfone 2 ini mampu memberikan apa yang anda mahukan. Memori yang tersedia sebanyak 16GB yang boleh ditambah sehingga 64GB ini juga mampu menyokong rangkaian 4G.

Dapatkan pada Harga RM725 di sini

3. Lenovo A7000

awfvgsa

Untuk peminat Lenovo, kami sarankan anda membeli A7000 ini. Ia sesuai untuk menguruskan kerja seharian. Jika bosan, anda boleh bermain game.

Dapatkan pada Harga RM625 di sini

4. Huawei 4X LTE

dawswd

Untuk mereka yang sukakan kerja multitask yang ringkas. Huawei 4X menepati pilihan yang ada. Tambahan pula, ia mampu memberi paparan 3D untuk video dan gaming dengan baik.

Tersedia untuk rangkaian 4G dan menyediakan dua slot sim.

Dapatkan pada Harga RM675 di sini

5. Lenovo VIBE X S960

Lenovo-Vibe-X-and-Vibe-Z-Officially-Revealed-in-China-387138-2

Kekurangan bajet lagi? Kami berikan telefon paling murah dalam senarai ini. Lenovo VIBE X S960 sesuai untuk mereka yang gemar mengambil gambar. Dengan paparan resolusi 1080HD. Gambar yang dihasilkan amat jelas.

Dapatkan pada Harga RM479 di sini

Apa pun, semua telefon di atas mampu memberikan pengalaman kepada anda untuk melayari The Vocket dengan lebih lancar. Happy shopping guys!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram