Trend bisnes secara atas talian atau online semakin popular di negara kita.

Dari order pakaian sehinggalah ke barang dapur anda boleh order melalui online sahaja dengan mudah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, semakin ramai mereka yang terdiri dari sektor kerajaan atau pelajar menyahut seruan menteri untuk membuat 2 kerja di dalam satu masa.

Antara cara yang paling popular adalah dengan mempromosikan barang secara runcit atau dropship di Facebook dan Instagram.

Masalah permintaan yang tinggi atau mesej yang masuk secara bertalu talu bakal membuatkan telefon pintar anda mengalami masalah untuk beroperasi dengan baik.

Dengan itu saya kongsikan 5 telefon pintar yang sesuai buat mereka yang bisnes secara online supaya proses menerima mesej dari whatsapp atau penggunaan Instagram dapat dijalankan dengan lancar.

Saya memilih telefon pintar yang mempunyai sistem operasi Android memandangkan Android mempunyai banyak applikasi yang membantu untuk bisnes secara online.

Tambahan pula, telefon pintar beroperasi Android lebih murah jika nak dibandingkan dengan telefon pintar dari jenama Apple. Lambakan telefon pintar dari China telah memberi kita pilihan yang banyak untuk memilih.

1. Lenovo A916

Jika telefon budget rendah adalah keutamaan anda. Lenovo A916 antara pilihan yang baik.

Lenovo A916 ini dilengkapi dengan RAM 1gb, 8gb storan dalaman, cip propresan 8 teras dan dilengkapi dengan kamera 13 megapixel.

Apa yang membuatkan Lenovo A916 ini lebih menarik adalah Lenovo A916 ini hadir dengan slot 2 sim. Maksudnya anda boleh masukkan 2 nombor di dalam satu telefon serta anda boleh dapatkan applikasi 3rd party whatsapp yang menyokong 2 whatsapp di dalam 1 telefon. Sangat berbaloi baloi!

Anda boleh dapatkan Lenovo A916 ini dengan harga RM399 sahaja.

2. Huawei Honor 4x

Huawei Honor 4x tampil dengan rekabentuk yang lebih bergaya dan sedap dipegang. Honor 4x menjalankan sistem operasi Android 5.0 dan mempunyai RAM 2GB , storan dalaman 8GB dan slot 2 sim.

Honor 4x juga menggunakan skrin IPS LCD yang boleh dikatakan agak baik untuk telefon pintar yang setanding dengan harganya.

Jika anda mahu dapatkan telefon pintar yang mempunyai harga yang sederhana tetapi mempunyai rekabentuk yang baik dan laju anda boleh dapatkan Huawei Honor 4x dengan harga RM649.

Baca: Samsung Galaxy S7 Bakal Hadir Dengan Rekabentuk Berbeza

3. Xiaomi Redmi 3

Xiaomi Redmi 3 merupakan telefon pintar bersaiz 5 inci yang baru dilancarkan Xiaomi.

Berdasarkan apa yang saya cuba, telefon pintar Xiaomi memang terkenal dengan sistem operasi Android yang simple dan laju.

Saya yakin Xiaomi Redmi 3 mampu memberikan prestasi yang baik memandangkan Xiaomi Redmi 3 menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 616 serta RAM 2gb.

Apa yang paling menarik tentang Xiaomi Redmi 3 ini adalah Redmi 3 ini dilengkapi dengan batteri yang berkapasiti besar iaitu 4100 mAh yang boleh digunakan sehingga 36-48jam penggunaan.

Xiaomi Redmi 3 juga menawarkan harga yang sangat berpatutan  dan sangat berbaloi untuk spesifikasi yang ditawarkan iaitu RM699

4. Xiaomi Redmi Note 3

Xiaomi Redmi Note 3 mempunyai sistem operasi dan ciri – ciri yang sama seperti Xiaomi Redmi 3.

Apa yang membezakan Redmi Note 3 dengan Redmi 3 adalah Redmi Note 3 menawarkan saiz skrin yang lebih besar iaitu 5.5 inci.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 juga hadir dengan spesifikasi yang lebih baik iaitu cip pemprosesan Mediatek MT6795 Helio X10 serta RAM 3gb dan Storan yang agak besar iaitu 32gb.

Seperti juga Xiaomi Redmi 3, Xiaomi Redmi Note 3 juga hadir dengan sistem pengimbas cap jari untuk unlock telefon pintar anda dengan mudah.

Xiaomi Redmi Note 3 mempunyai kapasiti bersaiz 4000mAh dan harganya pula bermula dari RM700  sehingga RM849

5. OnePlus One 

Meskipun Oneplus One merupakan telefon pintar yang boleh dikatakan bukan yang terbaru tetapi spesifikasinya adalah antara yang terbaik berbanding 4 telefon pintar yang telah saya senaraikan diatas.

Oneplus One dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5 inci, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801, RAM 3GB dan ruang storan yang agak besar iaitu 16gb dan 64gb. Oneplus One juga dilengkapi dengan kamera 13 megapixel yang mempunyai pencahayaan yang agak baik.

Sepanjang lebih setahun menggunakan OnePlus One untuk kegunaan sendiri dan bisnes online, telefon pintar ini berjaya melancarkan kerja saya tanpa sebarang masalah.

Jika anda seorang yang heavy user atau mahukan kerja dilalukan dengan pantas secara multitasking, OnePlus One adalah jawapannya.

Syarikat Oneplus One juga hadir dengan telefon pintar yang mempunyai spefikasi mirip dengan Oneplus One iaitu One Plus X yang mempunyai saiz skrin 5 inci.

Harga bagi Oneplus One bermula dari RM1089 sehingga RM1250 manakala harga bagi Oneplus X adalah RM1289.

Baca lagi: LG G5 Bakal Hadir Dengan Skrin Yang Sentiasa Aktif