January 2, 2017 11:58 AM

Ramai orang mengagumi golongan usahawan kaya dan berjaya. Maka, usahawan pilih menulis buku sebagai medium perkongsian pengalaman jatuh bangun bisnes dan pembentukan jati diri mereka.

Antaranya ialah 5 orang usahawan dan penulis buku best seller di bawah ini. Mereka telah berjaya di dalam bidang masing-masing ini banyak kongsi tip bisnes untuk dijadikan panduan dan pedoman.

1. Sophia Amoruso

Sophia Amoruso merupakan pengasas NastyGal yang fokus pada bisnes fesyen orang muda dan juga penulis buku #GIRLBOSS. Perniagaannya berkembang begitu cepat sehingga disebut sebagai “the fastest-growing retail brands in recent history.” November lalu, NastyGal difailkan bankrupt.

“Abandon anything about your life and habits that might be holding you back. Learn to create your own opportunities. Know that there is no finish line; fortune favors action. Race balls-out toward the extraordinary life that you’ve always dreamed of, or still haven’t had time to dream up. And prepare to have a hell of a lot of fun along the way.”

2. Guy Kawasaki

Guy Kawasaki terkenal sebagai pakar pemasaran di Amerika Syarikat ini mempunyai lebih 10 judul buku. Antaranya, The Art of the Start 2.0. Dia juga seorang usahawan, pelabur dan suka bantu startups baru.

“If you get a prototype out and you get enough people using it, you never have to write a business plan. A prototype is where you separate the BS from the reality.”

3. Jon Acuff

Jon Acuff pernah jadi penulis untuk Dave Ramsey selama 3 tahun. Dia juga bekerja sendiri untuk jenama-jenama terkenal di dunia sebagai brand consultant. Antara bukunya yang terkenal ialah Do Over: Rescue Monday, Reinvent Your Work dan Never Get Stuck.

“Hustle is an act of focus, not frenzy. Hustle is about subtraction and addition. It’s not about doing more, it’s about focusing on the things you need to do, in order to move your business forward.”

4. Nir Eyal

Nir Eyal ialah perintis psikologi habit-forming products yang telah menjual 2 buah syarikat teknologi sejak 2003 merupakan usahawan, speaker dan penulis best seller Hooked: How to Build Habit-Forming Products.

“It’s up to us as entrepreneurs, to see the world as it should be –not necessarily how it is. When you think you’re sure of the way things are, that’s when you get passed up and you don’t see the opportunities that real entrepreneurs envision.”

5. Lewis Howes

Lewis Howes bekas atlet yang kini menjadi usahawan niche lifestyle telah mengendalikan podcast yang menyiarkan temubual dia dengan lebih 200 usahawan tentang bagaimana mencapai kehebatan. Buku best seller Lewis Howes ialah The School of Greatness: A Real-World Guide to Living Bigger, Loving Deeper, and Leaving a Legacy.

“Every person has greatness inside them, a purpose in life, and a unique set of talents to contribute. I honestly believe that everyone can make a significant difference in the world if they develop their skills and find a niche to serve.”

Artikel Berkaitan