Adakah sinki dapur anda pernah tersumbat? Apakah anda panik atau bengang? Kalau saya memang tak tahu nak kata apa sebab saya jenis mudah hilang sabar. Kadang-kadang kalau tak dapat buat sesuatu mesti ada objek yang akan jadi mangsa saya. Jangan jadi macam saya. Haha.

Saya rasa ramai orang sedia maklum bagaimana nak atasi sinki tersumbat. Macam-macam tips orang berkongsi dan ianya berkesan. Ada juga masalah sinki yang memerlukan anda memanggil tukang paip dan ada juga terpaksa buat saluran paip baru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mesti dah terpaksa leburkan duit, kan? Tapi apakan daya, jika sinki dapur tersumbat alamatnya tak berasap dapur sebab sinki tak boleh guna. Tambah pula bau yang menyakitkan hidung. Anda sanggup? Saya tahu si suami memang tak sanggup.

Baik, apa yang saya nak kongsikan sebenarnya? Mesti anda pernah dengar mencegah lebih baik daripada mengubati. Betul tak? Jadi saya nak kongsi di sini apa yang saya buat di rumah saya supaya boleh mengurangkan atau mengelakkan risiko sinki dapur tersumbat.

1. Pemilihan Sinki Yang Betul

Perkara mula-mula skali ialah pemilihan sinki yang betul. Saya sarankan anda menggunakan sinki macam saya ni. Bentuk, keluasan atau keselesaan terpulang kepada anda.

2. Penapis Sinki

Guna sink strainer iaitu sejenis perangkap sisa-sisa makanan seperti sinki saya ini. Senang untuk buang sisa-sisa selepas anda menggunakan sinki.

3. Pemasangan Paip Perangkap Sinki

Pastikan paip perangkap sinki dipasang di bawah sinki anda. Kadang-kadang ada tukang paip yang tidak berpengalaman mengabaikan kepentingan perangkap paip ini.

Sekali-sekala anda boleh buka bahagian perangkap ini dan tengok keadaannya. Pastikan ianya bebas daripada kotoran. Jika terjatuh cincin ke dalam sinki, ia masih boleh diselamatkan dengan adanya perangkap sinki.

4. Pembuangan Sisa Berminyak Atau Pepejal

https://www.youtube.com/watch?v=F2qo6aVbckU

Jangan buang sisa-sisa berminyak, pepejal ataupun lemak-lemak ke dalam sinki anda! Apa yang saya buat, beli plastik kecil dan letakkan sisa-sisa berminyak atau minyak yang telah digunakan ke dalam plastik. Selepas itu terus buang ke dalam tong sampah. Jika anda ada botol-botol plastik yang tak digunakan, anda boleh buat benda yang sama.

5. Pembersihan Saluran Paip Sinki

Apa yang saya buat, sekali-sekala saya tuang air panas ke dalam sinki. Saya tidak pasti ianya memberi kesan yang agak signifikan untuk mengelakkan sinki tersumbat. Cuma sekurang-kurangnya saya flush dengan air yang panas ke dalam saluran paip dengan harapan, sisa-sisa degil di dinding paip akan turut hilang. Namun saya rasa risiko tersumbat adalah rendah disebabkan langkah-langkah awal yang saya ambil seperti di atas.

Sekian, semoga bermanfaat.