Kalau sebut Singapura, perkara pertama yang terfikir dalam kepala adalah USS kan?

Okay, izinkan saya share kat korang tempat-tempat lain yang menarik dan boleh dilawati di Singapura selain USS beserta bajet berdasarkan trip 2 hari 1 malam yang saya buat pada 2 – 3 April lepas (trip hujung minggu je). Dan saya tak melawat USS.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Currency Exchange masa tu RM2.93 = SGD1.00. Okay, kita anggap RM3.00 jelah untuk senangkan pengiraan.

Dan budget yang saya nyatakan ni tidak berapa tepat (lebih kurang) sebab masa pergi tak catat dan cuma ingat-ingat je.

1. Cara paling mudah untuk keluar masuk Singapura

Dari Terminal Larkin, naik bas Causway Link, bas warna kuning nombor CW1, CW2 atau CW3.

Beli tiket ke Queen Street, Singapore (RM3.40). Bas akan bawak ke imigresen Malaysia dan Singapura.

Sebelum sampai imigresen Singapura, korang boleh naik je bas CW1, CW2 atau CW3. Tapi bila dah lepas imigresen Singapura, ambik bas CW2 sahaja sebab bas CW2 akan terus ke Queen Street.

Perjalanan balik naik bas yang sama (SGD3.30 = RM9.90). Kos tambang RM13.30.

2. Penginapan

Saya stay di 5footway.inn hostel di Bugis dengan harga SGD22 (RM66) seorang untuk satu malam + deposit SGD20 (RM60). Deposit akan dipulang ketika check out.

Berdekatan dengan Masjid Sultan. Hostel yang sangat selesa dan strategik. Dekat dengan lokasi menarik dan pengangkutan awam. Sarapan juga disediakan.

3. Pengangkutan Awam

MRT & LRT di Singapura sangat tip-top, mudah dan cepat. Tak perlu tunggu lama.

Kalau tak salah MRT & LRT sampai pukul 12 malam je (not sure). Korang kena beli tourist pass ikut berapa hari korang kat sana.

Tourist pass berbeza harga mengikut berapa hari korang nak guna. Saya beli tourist pass 2 hari. SGD16 (RM48) + Deposit SGD10 (RM30) (deposit akan dipulang selepas pulang tourist pass tersebut).

Tourist pass tu boleh guna untuk naik MRT, LRT & Bas tanpa had sepanjang 2 hari tersebut.

Tourist pass boleh dibeli dan dipulangkan di stesyen-stesyen utama dan tertentu seperti Bugis, Woodland dan banyak lagi.

Korang kena pandai baca map MRT & LRT disamping pandai tengok signboard kat setiap stesyen-stesyen MRT.

MRT & LRT line dia ada warna-warna tertentu. Nak mudah, tengok signboard ada tunjuk warna dan arah dituju. Setiap stesyen ada map jaringan MRT & LRT, dan map bangunan atau kawasan tersebut.

Baca: Dengan SGD 33, Ini yang Anda Dapat Makan Di Singapura

bercuti-di-singapura-1

bercuti-di-singapura-2

bercuti-di-singapura-3

bercuti-di-singapura-4

bercuti-di-singapura-5

bercuti-di-singapura-6

bercuti-di-singapura-7

bercuti-di-singapura-8

bercuti-di-singapura-9

bercuti-di-singapura-10

bercuti-di-singapura-11

bercuti-di-singapura-12

bercuti-di-singapura-13

bercuti-di-singapura-14

bercuti-di-singapura-15

bercuti-di-singapura-16

bercuti-di-singapura-17

4. Tempat-tempat menarik

(i) Bugis
Dari Terminal Bas Queen Street, jalan kaki lebih kurang 10 minit ke Kampung Glam, Bugis (main landmark / attraction ialah Masjid Sultan).

Kat sekitar kawasan ni terdapatnya Haji Lane yang terkenal tu, café-café dan kedai-kedai hipster, murtabak zam-zam, tempat-tempat makan halal, dan macam-macam lagi la.

Kawasan Arab Street, Haji Lane, Masjid Sultan ni kira tempat tumpuan pelancong dan tempat pilihan backpackers untuk tinggal selain Little India (tak jauh dari Terminal Queen Street jugak).

Pilihan paling terbaik untuk menginap kat kawasan sini.

(ii) Garden by the Bay

Tempat wajib dikunjungi sekiranya korang jenis yang suka alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga. Kalau naik MRT turun di stesyen Bayfront untuk ke sini.

Bayaran masuk untuk Flower Dorm dan Cloud Forest Dorm SGD28 (RM84) for Non-Citizen, For Citizen SGD20 (RM60).

Nasib baik saya ada saudara di Singapura, mintak tolong dia belikan. Kalau korang nak dapat murah, pandai-pandai lah cari orang Singapura kat situ, mintak tolong dia belikan.

Kalau nak naik OCBC Skyway tu SGD8 (RM24). Taman kat kawasan luar tu free je nak lepak-lepak.

Tapi lebih baik masuk Flower Dorm dan Cloud Forest tu sebab serius korang akan terpesona and this is the highlight of my trip.

Bila malam, tempat ni akan diterangi oleh lampu-lampu yang bewarna-warni. Dan tempat ni jugak tempat penggambaran satu scene dalam cerita Hitman Agent 47.

(iii) Night walk : Marina Bay Sands, The Helix Bridge, Esplanade, Merlion Park

Kota Singapura waktu malam memang cantik. Kalau korang suka tengok lampu-lampu, korang akan terpesona dengan keindahan Bandar Singapura pada waktu malam.

Tempat-tempat ni nak pergi boleh jalan kaki je. Keluar dari Garden By the Bay je, korang jalan kaki terus ke Marina Bay Sands (shopping complex dan hotel yang rooftop dia ada infinity pool tu).

Kalau nak naik rooftop tu, tak silap SGD20 (RM60).

Kat depan Marina Bay Sands tu pun ada tempat lepak-lepak, jual makanan. Tak pasti ada makanan halal ke tak sebab macam tak nampak makanan halal. Boleh lepak tengok sunset, tapi terlindung dengan bangunan-bangunan. But the view still nice!

Then dari Marina Bay Sands, melalui The Helix Bridge (jambatan yang macam DNA tu) untuk ke Esplanade. Dinner kat situ. Ada jual makanan halal. Sate dia pun boleh tahan sedap.

Kemudian dari Esplanade jalan kaki ke Merlion Park tempat yang ada singa batu yang keluar air dari mulut tu.

Kemudian dari Merlion Park, naik MRT di stesyen Raffles Place, balik semula ke Bugis untuk rehat dan tidur.

(iv) Sentosa Island

Sentosa Island ni la tempat terletaknya USS, Siloso Beach, Sea Aquarium dan banyak lagi tempat-tempat menarik kat sekitar situ. Untuk ke Sentosa Island, boleh naik Sentosa Express (Monorail kot). Yang ni tak boleh pakai tourist pass.

Untuk ke Sentosa Island, kalau naik MRT, turun di stesyen Harbour Front.

Kemudian korang cari signboard Vivo City (shopping complex). Di Vivo City, naik tingkat 3 Lobby L. Tiket Sentosa Express dijual di situ dan naik pun dari situ. Harga SGD4 (RM12) pergi balik. Jalan la puas-puas kat Sentosa Island tu. Saya just jalan-jalan cuci mata je. Tak masuk tempat-tempat berbayar ni.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh diterokai kat Singapura ni. Cuma tak cukup masa.

Lagipun saya cuma bercuti hujung minggu je, jadi banyak tempat lain tak pergi.

5. Anggaran budget keseluruhan untuk trip saya

  • Pengangkutan : Larkin JB – Queen Street – Larkin JB = RM13.30.
  • Transport Batu Pahat – Larkin – Batu Pahat = RM20
  • Hostel = SGD 22 (RM66)
  • Tourist Pass = SGD16 (RM48)
  • Cloud Forest Dorm and Flower Dorm = SGD20 (RM60)
  • Sentosa Express = SGD4 (RM12)
  • Makan, beli barang sikit2 = SGD30 (RM90)

JUMLAH KASAR = RM310.

Dinasihatkan bawak duit lebih sebab nak kena bayar deposit hostel dan tourist pass.

Baca lagi: 11 Makanan Unik Untuk Dicuba Di Singapura