5 tips ini adalah daripada perkongsian Zuria Abdullah yang baru saja kembali daripada India. Berikut merupakan 5 perkara yang perlu anda tahu sebelum travel ke India.

tip-bercuti-india-4
Gambar di ‘Maharaja Palace, Jaisalmer’. Istana ni sebenarnya dibuat daripada batu bata tapi hebat betul mereka ukir sampai bila tengok ingatkan dibuat daripada kayu.

1. Harga barangan kat India tak adalah murah mana. Teksi, makanan, barangan lain lebih kurang harga di Malaysia je.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cuma ada sesetengah barangan memang berasal dari India memang murah seperti Saffron! Harga kat KL cecah RM150/gram manakala saya beli Saffron gred premium pada harga RM20/gram sahaja di sana.

2. Pashmina tu sebenarnya adalah sejenis material. Bukannya jenis shawl. Pashmina tulen dibuat daripada janggut kambing gurun. Yang original adalah sangat-sangat lembut sampai boleh lalukan dua helai pashmina dalam sebentuk cincin.

3. Ramai yang nasihatkan kalau kat India senang kena cirit birit kerana kebersihan yang kurang memuaskan. Oleh itu kami hanya makan kat first class restaurant.

Bukan nak berlagak tapi supaya travel jadi lancar tanpa sebarang masalah. Sekali makan first class restaurant dalam RM70-100 empat beranak. Ok lah kan? Alhamdulillah kami terselamat dari cirit birit.

Baca: Tip Backpack Ke India Sejauh 6000KM Selama 23 Hari

4. Memang keadaan kebersihan kat India sangat tragis. Tempat-tempat pelancongan semua dijaga dengan baik dan bersih start dari pintu masuk gatenya sahaja.

Tapi, keluar je entrance ada lembu, habuk, sampah sarap dan lecak. Keluar dan masuk tempat pelancongan macam 2 dunia berbeza.

5. India terkenal dengan tips. Semuanya nak tips. Biasa orang local bagi tips dalam 20-50 Rupee tapi bila pelancong diorang tekan nak 100-300 rupee.

Kitaorang buat hati kering je bagi maksima 100 Rupee. Huhu. Kalau ada soalan “are you happy with my service sir / mem?” Hati-hatilah. Itu ayat nak mintak tips.

tip-bercuti-india-5

tip-bercuti-india-6

tip-bercuti-india-1
Di Golden Fort Haveli, Jaisalmer. Raja nya ada banyak isteri. Setiap isteri tak dibenarkan keluar istana. Nampak tingkap-tingkap kecik tu? Itu untuk isteri-isteri dia tengok dunia luar.

tip-bercuti-india-3

Sekian tips kembara India kali ni. Semoga ia dapat sedikit sebanyak membantu anda yang akan travel ke sana.

Lagi tips 14 Tip Untuk Anda Yang Mahu Travel Ke India