Di zaman kegawatan ekonomi, cabaran terhadap kos perbelanjaan hidup semakin meningkat. Oleh itu kita sewajarnya mempunyai perancangan kewangan yang baik agar tidak terperangkap dengan jerat kemerosotan ekonomi sekiranya berlaku seperti kehilangan pekerjaan atau perniagaan tidak lagi berdaya saing dan mengalami kerugian yang teruk.

Semoga sedikit tip dibawah ini dapat membantu kita bersedia dari segi kewangan dengan lebih awal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Kawal Perbelanjaan

Mengawal perbelanjaan memerlukan disiplin yang tinggi. Perbelanjaan perlu dikawal secara harian, mingguan dan bulanan. Pastikan perbelanjaan kita tidak sekali-kali melebihi pendapatan.

Sebaik-baiknya biarlah gaya hidup kita adalah dibawah apa yang kita mampu. Contohnya sekiranya kita mampu membeli kereta keluaran Jepun, lebih baik jika hanya menggunakan kereta yang lebih murah dari itu.

Rancang perbelanjaan setiap bulan. Buat belanjawan kos-kos perbelanjaan bulanan. Elakkan membeli barangan keperluan dapur di pasar raya. Nafsu untuk berbelanja lebih sukar dikawal bila melihat barang-barang yang menarik dan murah.

Sediakan senarai barang-barang yang ingin dibeli terlebih dan membeli hanya mengikut keperluan sahaja bukan kemahuan.

2. Belajar Untuk Menambah Pendapatan

Guna kemahiran diri untuk menambahkan pendapatan. Sekiranya ada kemahiran memasak, boleh ambil upah memasak untuk kenduri, masak kuih muih untuk dijual kepada raka-rakan sepejabat, atau memasak sarapan pagi untuk rakan-rakan sepejabat yang memerlukan.

Gunakan kemahiran seperti membaiki barang-barang elektronik, servis kereta, motor, memasang pendawaian rumah. Belajar dan tambah ilmu untuk menambah pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan.

Dapatkan panduan seseorang yang telah berjaya dahulu dalam bidang yang kita ingin ceburi sebelum menceburi dalam bidang tersebut sepenuh masa.

Kita juga boleh menggunakan kelebihan teknologi seperti internet untuk membina satu lagi sumber pendapatan samada dengan menjadi agen dropship, memasarkan produk secara online di facebook, blog dan sebagai.

Walau apa jua bidang yang ingin diceburi pastikan kita mendapatkan ilmu yang secukupnya dengan mempelajari dari pakar-pakar yang telah terbukti berjaya. Bina 2 atau 3 sumber ekonomi yang boleh memberi pendapatan sampingan kepada kita selain dari pendapatan yang telah ada.

3. Belajar Menyimpan

Setiap kali mendapat gaji/mendapat hasil jualan ketepikan 10% sekurang2nya untuk disimpan sebelum dibelanjakan. Lebih tinggi kadar simpanan adalah lebih baik. Wang simpanan ini tidak sewajarnya digunakan untuk apa tujuan sekalipun.

Kita boleh menggunakan akaun tabung haji untuk tabung simpanan dengan membuat potongan gaji secara bulanan. Ini untuk memaksa diri kita disiplin untuk menyimpan. Kumpul simpanan sehingga mencecah jumlah 6 bulan perbelanjaan bulanan.

Sekiranya gaji RM5000 jumlah yang diperlukan adalah RM30,000. Gunakan tabung ini sebagai tabung kecemasan sekiranya berlaku kes kehilangan pekerjaan akibat kemelesatan ekonomi atau kes-kes kecemasan yang memerlukan wang segera.

Setelah cukup jumlah 6 bulan perbelanjaan, bina tabung baru untuk sebagai tabung pelaburan, ketepikankan juga 10% atau lebih dari pendapatan.

Tetapkan objektif jumlah yang ingin dikumpulkan contohnya untuk pembayaran 10% deposit harga rumah yang berharga RM200,000. Oleh itu jumlah yang perlu dikumpul adalah RM 20,000.

Sebaik-baik akaun simpanan ini tidak mempunyai kad ATM atau akaun internet. Ini untuk mendiplinkan diri agar untuk mengeluarkan duit tabungan ini, ia adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Displin menyimpan yang sama juga boleh digunakan sekiranya kiat berhajat untuk membuat sesuatu pembelian yang melibatkan kos yang tinggi. Namun perlu diingat, jangan sesekali mengusik tabung wang kecemasan anda!

4. Belajar Bersedekah

Pernah dengar “The More You Give The More You Will Get Back”! Lazimkan bersedekah setiap hari. Ya, setiap hari! Sedekah merupakan amalan murah rezeki, InsyaAllah Allah akan limpahkan rezekinya terhadap orang-orang yang rajin bersedekah.

Jumlah bergantung kepada kemampuan dan kesediaan anda asalkan ikhlas mungkin RM 1, RM10, atau RM50. Sebaiknya tetapkan berapa jumlah yang anda ingin sedekahkan setiap bulan.

Katakan 3% dari jumlah pendapatan. Sekiranya pendapatan kita RM5000. Maka jumlahnya RM 150 sebulan. Bermakna kita boleh bersedekah RM5 setiap hari!

Wang sedekah ini boleh digunakan untuk anak yatim, membelanja kawan, membeli makanan kepada kuching saat dia meminta2 haknya atau boleh sahaja dimasukkan dlm tabung masjid.

5. Insuran Perubatan

Kos perubatan pada zaman ini bukan lagi murah. Oleh itu kita juga perlu merancang dengan mendapatkan insuran perubatan yang sesuai sekiranya ditimpa kemalangan atau mengidap penyakit-penyakit yang kritikal.

Elakkan memnggunakan insuran sebagai skim pelaburan, kerana pulangannya adalah amat2 sedikit. Matlamat utama insuran adalah sebagai persediaan untuk menampung kos perubatan hospital yang tinggi bukannnya untuk menjana pendapatan.

Dapatkan sebut harga dari beberapa agen insuran dari agensi yang berlainan untuk dibuat perbandingan agar kita mendapat nilai yang terbaik dengan harga yang terendah.