Travelog atau blog travel adalah sesuatu yang menarik untuk ditonton. Melihat tempat baru yang cantik, merasai suasananya dengan mata dan telinga, dan telatah pengacara yang mencuit hati mampu menjadikan kita setia menonton rancangan travelog yang sama setiap minggu. Pada kali ini, kami ingin berkongsi beberapa rancangan travelog Bahasa Melayu yang boleh ditonton di Youtube.

1. Ke Korea Ke Kita

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dihoskan oleh Myo Oh Chentaku dan Wak Doyok, ternyata rancangan travelog di negara Korea Selatan ini adalah sangat lucu dan menarik untuk ditonton. Istimewanya rancangan ini adalah pertandingan-pertandingan yang dijalankan di antara hos berdua ini dan krew pengambaran, ala-ala menonton Running Man. Kepada penggemar rancangan Ke Korea Ke Kita, anda pasti gembira kerana pada 9.00 malam hari ini (7 April 2015) di TV9, dua pengacara kegemaran ini akan kembali dengan rancangan ‘Ke Indonesia Ke Kita’.

https://www.youtube.com/watch?v=agyT1nZnwgI

2. Jejak Jepun Bersama Zizan

Seperti namanya, rancangan travelog negara Jepun ini dihoskan oleh pelawak terkenal, Zizan Razak. Mengikut beliau, beliau sangat menggemari budaya Jepun, negara Jepun, kereta Jepun, dan ehem awek Jepun ;). Video yang dipaparkan di Youtube adalah rancangan Jejak Jepun Bersama Zizan musim kedua. Zizan bercerita secara terperinci perkara-perkara menarik di Jepun seperti shopping, bandaraya dan kehidupan harian di Jepun.

https://www.youtube.com/watch?v=wLlxfks_Kmc

3. Destinasi Bajet

Destinasi Bajet sudah lama bertapak sebagai rancangan travelog di televisyen tempatan. Rancangan ini dihoskan oleh Qi Razali dan Razif Hashim. Apa yang menariknya ialah, mereka bercuti dengan bajet terhad iaitu sekitar RM300 untuk lokasi tempatan dan RM700 untuk lokasi di luar Malaysia. Tempat percutian yang mereka lawati lazimnya berada di dalam negara atau sekitar Asia. Antara lokasi paling menarik yang mereka paparkan ialah Lombok, seperti yang kami kongsi di bawah ini.

https://www.youtube.com/watch?v=ARTQtCYEPtI

4. Mad Market

Peminat Hanis Zalikha mesti minat ini. Hanis Zalikha merupakan hos musim pertama rancangan Mad Market. Kekuatan rancangan ini adalah destinasi shopping yang best dan tempat makan yang sedap! Lokasi penggambaran rancangan ini ada mix yang baik, ada di Asia, Australia, dan banyak kawasan lagi. Mad Market musim ketiga dihoskan oleh Elfira Loy dan Hanie Hidayah, seorang blogger dan avid traveler. Untuk musim kedua dan ketiga, anda boleh tonton di Tonton.com.my.

5. Makan Angin

Rancangan ini dihoskan oleh Faiz. Selain dari memaparkan tempat-tempat menarik, apa yang kami suka tentang rancangan ini adalah kerana ia sangat suka memaparkan tentang makanan tempatan lokasi yang dilawati. Dari makanan jalanan (street food) sehinggalah demonstrasi memasak makanan tempatan. Makan angin begini… mmm memang sedap!

https://www.youtube.com/watch?v=tGT7gFissCM

Baca Lagi: Video Paling Viral Dalam Sejarah Youtube Sejak 10 Tahun Yang Lalu

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram