Saya tahu ramai yang ragu-ragu untuk tonton filem ini di pawagam. Ada yang kata filem X-Men kali ini mungkin bosan. Realitinya, ‘X-Men: Apocalypse’ ini adalah antara yang terbaik! Kenapa saya berkata demikian? Baca review tentang filem ‘X-Men: Apocalypse’ ini. Sebelum kita bermula, kenali dulu siapa itu X-Men dengan lihat gambar di bawah.

ex men

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gurau sahaja. Saya nasihatkan untuk anda tonton kembali filem ‘X-Men: Days Of Future Past’ kerana filem kali ini sangat berkait rapat dengan Days of The Future. Anda akan lebih enjoy untuk tonton filem ini jika anda berbuat demikian. Sebab banyak sangat versi filem X-Men sebelum ini (ini filem X-Men ke-9), jadi agak keliru saya untuk relate setiap watak dengan masa lepas mereka.

Filem bermula dengan menunjukkan empayar yang dicipta En Sabah Nur aka Apocalypse yang merupakan mutant pertama di muka bumi. Kerana kuasanya yang hebat, beliau disembah seperti Tuhan kerana kuasanya. Di samping beliau adalah The Four Horsemen, pengikut beliau paling taat. Setelah satu insiden penggulingan kuasa dibuat, En Sabah Nur berhibernasi dalam masa yang lama dan cuma dihidupkan kembali pada tahun 1983.

Selepas kebangkitannya, beliau kembali mencari The Four Horsemen terbaru untuk misi beliau menakluk dunia. Selepas insiden dalam filem Days Of Future Past, Erik Lehnsherr aka Magneto hidup sebagai insan biasa di Poland dan hidup gembira bersama keluarganya. Ianya tidak kekal lama apabila beliau kembali jahat selepas melihat keluarganya mati ‘dibunuh’ pihak berkuasa. Di situlah En Sabah Nur mengambil kesempatan untuk merekrut Magneto sebagai salah seorang The Four Horsemen di samping Psylocke, Storm dan Angel.

x01

Kuasa yang ada pada Charles Xavier, mind reading adalah kuasa yang paling dicari oleh Apocalypse untuk menjadikan beliau mutan paling kuat di dunia. Maka, tercetuslah perang di antara X-Men dan Apocalypse untuk menghalang kemusnahan dunia.

Basically begitulah plot cerita ini. Walaupun plot filem ini cliche, tapi apa yang jadikan filem ini best? Review filem kali ini saya highlight dalam bentuk points pula.

1. The Four Horsemen

x1
The Four Horsemen bagi Apocalypse diberi nickname Famine, War, Pestilence and Death. Jika dalam versi komik, watak asal Four Horsemen adalah Abyss, Mikhail Rasputin, Holocaust, and Archangel. Tetapi untuk versi filem, Storm, Psylocke, Angel and Magneto dipilih untuk menjadi The Four Horsemen. Agak sedih kerana The Four Horsemen tidak begitu bersinar dalam filem ini.

2. Nightcrawler

x2
Watak Nightcrawler adalah antara watak penting dalam filem ini. Tanpa Nightcrawler, Apocalypse pasti sudah dapat menakluk bumi. Perwatakan blur Nightcrawler menambah lagi keseronokan watak Nightcrawler ini.

3. Quicksilver

x3
Yes. Watak mutan kegemaran peminat sekali lagi tidak mengecewakan. Boleh kata bila Quicksilver muncul, barulah filem X-Men ini ada gelak tawanya. Gila-gila betul si Quicksilver ini. Pengarah X-Men, Bryan Singer sendiri sangat terkejut dengan populariti watak Quicksilver ini. Jadi, dalam filem X-Men: Apocalypse, peranan Quicksilver ditambah dah sememangnya ianya langkah yang sangat tepat.

4. Weapon-X

x4
Weapon-X kembali! Walaupun kemunculan Weapon-X sangat singkat, tetapi cukup untuk memberi impak dalam filem ini. Ini adalah pertama kali pertemuan Jean Grey dan Wolverine. Kemungkinan dalam filem akan datang, akan timbul bibit percintaan di antara Wolverine dan Jean Grey, menimbulkan cinta tiga segi antara Jean Grey, Wolverine dan Cyclops.

5. Pheonix

x5
Bryan Singer turut membuat teaser untuk watak ‘Pheonix’ dalam filem ini. Pheonix adalah antara mutan terkuat yang mempunyai kuasa kemusnahan yang kuat. Adakah watak Pheonix ini akan muncul dalam filem X-Men akan datang?

6. Pilihan lagu

Pilihan lagu untuk filem ini adalah antara kenapa filem ini best. Lagu Metallica ‘The Four Horseman’ ketika scene Angel dan Eurythmics ‘Sweet Dreams’ ketika scene Quicksilver. Disebabkan filem ini diceritakan pada tahun 1980an, jadi pilihan lagu-lagu ini memang kena dan tepat.

7. Essex CORP

x7
Ini point spoiler. Kalau anda tak nak spoiler, jangan baca lebih lanjut point ini. Di end credit filem ini, ada seseorang yang memegang briefcase dan di dalamnya terdapat banyak jenis serum. Salah satu serum yang terdapat dalam briefcase itu adalah serum Weapon-X. Essex CORP adalah kepunyaan Nathaniel Essex, atau Mister Sinister. Jika dalam versi komik, Nathanniel adalah insan yang bertanggungjawab menghidupkan kembali Apocalypse.

Itulah antara highlight yang saya dapat kesan dalam filem X-Men: Apocalypse ini. Kalau pihak Fox tiba-tiba mahu buat filem spin-off tentang Quicksilver, saya pasti ramai yang akan suka kerana wataknya yang funny dan gila-gila. Filem X-Men: Apocalypse ini akan menjadi titik penting untuk filem-filem Fox pada masa yang akan datang.

Kenapa saya kata begitu? Banyak sebabnya. Kelibat Gambit yang dilakonkan oleh Channing Tatum masih belum muncul dalam siri X-Men, kemungkinan kemunculan watak X-23 (Wolverine perempuan hasil experimen Essex CORP), kemungkinan untuk Psylocke muncul dalam filem Deadpool 2 dan kemungkinan untuk Deadpool muncul dalam siri X-Men! Terlalu banyak kemungkinan yang boleh dibuat.

"Ye ke ni? Tazabarnyaa."
“Ye ke ni? Tazabarnyaa.”

20th Century Fox sudah mendapat rentak untuk menggunakan aset Marvel yang mereka pegang dengan jayanya. Ini membuatkan saya tidak sabar untuk lihat percaturan Fox selepas ini. Sebab itulah Marvel geram gila sebab tak boleh dapat kembali hak cipta X-Men. Lihatlah kemungkinan yang boleh dibuat jika Marvel pegang kembali franchise X-Men dan Deadpool. Antaranya Wolverine menyertai The Avengers dan filem Deadpool & Spider-Man.

Power kan? Tapi barang lama jangan dikenang. Marvel kena move on dan lihat sajalah kejayaan Fox membawa siri X-Men dan Deadpool pecah panggung setiap kali filem terbaru mereka berada di pasaran. Saya kasi rating 8/10 dan anda mesti tonton filem ini di pawagam.