Hari ini merupakan hari pertama persekolahan, selamat kembali ke sekolah! Belajar pandai-pandai bila besar nanti boleh jadi menteri, itu pun kalau berminat. Sempena kembalinya musim persekolahan, mari kita tinjau sekolah manakah yang paling best di dunia.

Yang dimaksudkan dalam kategori best ini saya pilih dari segi reka bentuk senibinanya, dimana ia tampil berbeza dari kebanyakkan sekolah yang pernah anda lihat. Percaya atau tidak, rekaan senibina yang menarik mampu mewujudkan mood baik ketika belajar. Dan di bawah ini adalah 7 contoh sekolah terbaik di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Sekolah Telephonplan, Stockholm, Sweden
Sekolah ini agak unik dimana ia tidak memiliki bilik darjah ataupun kelas. Sebaliknya pelajar akan belajar bersama-sama dalam satu kumpulan, visi sekolah ini adalah untuk mewujudkan satu pengalaman yang mencabar kepada setiap pelajar.

2. Sekolah terapung Makoko, Lagos, Negeria
Kehidupan terbatas mendorong manusia berfikir dengan lebih pintar. Walaupun penduduk di Lagos, Negeria hidup dalam keadaan yang boleh dikatakan agak daif, namun ini bukan penghalang untuk mereka mempunyai sekolah yang awesome!

Sekolah ini dibina di atas air, dan sebab itulah ia dipanggil sebagai sekolah terapung. Yang menariknya, ia turut dilengkapi dengan taman permainan dan dua bilik darjah.

3. Sekolah Bois Genoud, Lausanne, Switzerland
Tampil dengan reka bentuk bilik darjah minimalis, rekaan bersahaja dan nampak ringkas. Ditambah pula dengan penggunaan dinding kaca membolehkan bilik darjah ini mendapat pancaran cahaya semula jadi. Kemas dan bersih.

4. Universiti Macquarie, Sydney, Australia
Kelas di universiti ini memiliki ruang belajar yang luas. Manakala susunan meja pelajar di tempatkan secara berkumpulan. Sentuhan warna terang digunakan untuk memberikan mood yang lebih bertenanga kepada pelajar supaya sesi pembelajaran jadi tidak membosankan.

5. Sekolah Kikuma Watanabe, Perkampungan Sangkhlaburi, Thailand
Walaupun penduduk diperkampungan ini hidup dalam serba kekurangan, ia tidak terkecuali untuk memiliki sebuah sekolah yang unik. Tahniah di atas usaha para arkitek dalam pembangunan sekolah ini.

Rekaan yang diterjemahkan daripada bentuk kapal terbang ini memiliki 2 bilik darjah. Diperbuat daripada tanah dan buluh, struktur keluli ringan beratapkan daun digunakan bagi mendapatkan pencahayaan dan udara yang baik.

6. Universiti Vienna, Vienna, Austria
Universiti Vienna juga tidak terkalah hebatnya, penggunaan warna-warna berani diterapkan bagi menapilkan gaya moden, sesuai dengan tema yang digunakan oleh universiti ini. Pelajar di sini baru betul hipster!

7. Sekolah Hijau Bali, Indonesia
Pergh, yang ini paling saya suka. Kampus di Bali, Indonesia ini termasuk dalam senarai undian sekolah hijau di dunia. Bertemakan alam semula jadi, keseluruhan binaan diperbuat daripada buluh termasuk bilik darjah, gimnasium, pejabat dan kafe. Fuh, sekali pandang sudah macam resort penginapan.