Jepun sememangnya sinonim dengan kebersihan negaranya serta teknologi yang dihasilkan. Tidak terikat teknologi barangan elektrik dan elektronik, malah tandas di Jepun juga berjaya menarik perhatian ramai atas kecanggihan yang tersedia.

Buat anda yang sudah ke negara matahari terbit ini, pastinya anda familiar dengan beberapa butang yang ada di tandas awam mereka. Dalam pada itu, perkara ini mungkin agak sukar buat mereka yang tidak mahir membaca atau mengetahui setiap simbol-simbol yang tersedia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Butang yang tersedia pada mangkuk tandas di Jepun

Memandangkan setiap jenama mangkuk tandas yang tersedia di dalam negara tersebut mempunyai simbol yang berbeza, Kerajaan Japan telah berjaya tampil dengan satu solusi dimana 8 simbol standard bakal digunakan untuk semua pengeluar mangkuk tandas.

Berikut merupakan 8 simbol yang bakal digunakan secara standard untuk seluruh jamban elektronik sekitar Jepun

Dari Kiri: Buka penutup, tutup penutup, flush air besar dan flush air kecil
Dari kiri: Basuhan belakang; basuhan bidet; pengering dan berhenti

Hasrat yang dilakukan oleh Kerajaan Jepun ini seiring dengan persiapan awal bagi menyambut tetamu sempena Sukan Olimpik 2020 yang bakal diadakan di Tokyo selain daripada peningkatan pelancong ke Jepun setiap tahun.

Tahniah buat Japan Sanitary Equipment Industry Association atas usaha untuk memudahkan orang ramai. Tak sangka betul isu simbol pada mangkuk tandas juga dipandang serius oleh Jepun.

Baca lagi: Itinerari Dan Tip Travel 11 Hari Ke Osaka Dan Tokyo, Jepun Dengan Bajet RM3K