Cara-cara yang bakal dikongsikan ini begitu mudah untuk dilakukan tetapi terlalu payah untuk direalitikan oleh mereka yang mahu menurunkan berat badan.

1. Air

Anda digalakkan minum banyak air kerana ia boleh membantu menurunkan berat badan anda dengan merendahkan pengambilan jumlah tenaga dan menambahbaik metabolisma badan.

Orang dewasa digalakkan minum 9 hingga 16 cawan air setiap hari.

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada aktiviti yang dilakukan, umur dan mempertimbangkan berapa banyak minum air dalam bentuk kopi, teh, dan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai banyak air.

Cadangan pengambilan air:
i. Minum air segelas sejurus selepas bangun tidur.
ii. Minum air 30 minit sebelum makan makanan berat.
iii. Jadikan pengambilan air itu satu amalan dengan membawa botol air.
iv. Boleh perasakan air dengan perahan air limau jika mahukan kelainan rasa.

2. Gantian Perasa

Jika anda sudah biasa dengan krim dan gula untuk minuman, apa kata kali ini cuba gantikan 2 benda itu kepada kayu manis. Jangan pandang enteng, kafe-kafe ternama turut ada menggunakan kayu manis dalam minuman mereka.

Kenapa kayu manis ek? Selain dari kalori yang rendah, kayu manis juga boleh membantu merendahkan triglycerides, kolesterol jahat, dan paras gula dalam darah. Ia juga mengandungi antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun dan fungsi otak.

3. Air Berperisa

Bagi menambah baik usaha turunkan berat badan, anda digalakkan berhenti mengambil minuman yang mempunyai kandungan gula tinggi, pewarna dan perasa. Maka, cara paling mudah ialah berhenti minum air bergas dan berperisa.

Gambar: moillusions.com
Gambar: moillusions.com

4. Saiz Pinggan

Kajian sains menunjukkan pilihan pinggan bersai kecil akan mempengaruhi anda berapa banyak makanan yang boleh diletakkan di atasnya. Dipercayai 20% pengambilan kalori boleh diturunkan dengan hanya menggunakan saiz pinggan yang lebih kecil.

5. Kelajuan Makan

Apabila anda makan terlalu cepat, badan anda tidak akan sedar betapa kenyangnya anda pada waktu itu. Keadaan ini akan menyebabkan anda makan berlebihan.

Sebaik-baiknya makan dengan perlahan seperti menikmati makanan tersebut dengan penuh tertib. Kebanyakan makanan akan dihadam dalam tempoh masa sekurang-kurangnya 20 minit.

Elok juga diamalkan berhenti makan sebelum kenyang.

6. Pilihan Makanan

Anda digalakkan mengambil makanan segar atau sejuk beku berbanding makanan yang ditinkan. Ini kerana makanan bertin mempunyai kandungan garam yang tinggi.

Selain itu, anda boleh gantikan pencuci mulut yang manis dengan buah-buahan yang mengandungi tinggi fiber dan antioksidan.

Anda juga tidak digalakkan mengambil makanan ringan aka junk food semasa dalam proses menurunkan berat badan. Cara untuk mengelakkannya ialah buang jauh-jauh makanan sebegitu.

7. Televisyen

Disarankan tidak makan sambil menonton TV atau komputer peribadi kerana tabiat ini dikaitkan dengan sifat makan berlebihan dan pilihan makanan yang tidak elok.

Fokus dan ingat apakah tujuan anda berada di sini. OK?

Contoh Food Log
Contoh Food Log

8. Catatan

Setelah lakukan semua perkara di atas, kita boleh menyarankan kepada bakal-bakal orang slim untuk mencatat pengambilan makanan seharian.

Dari situ kita boleh lihat apa yang kita makan dan apa yang perlu diubah untuk tambah baik lagi kualiti program diet kita.

9. Tegurlah

Anda boleh mula war-warkan kepada keluarga dan kawan bahawa anda sedang berdiet. Jadi, jika mereka ternampak kita makan banyak atau sewaktu dengannya, mereka boleh tegur kita.

Nak lagi best, anda berikan ganjaran (contoh: RM1) kepada orang yang menegur setiap kali anda melanggar pantang larang turunkan berat badan tersebut.

Cuba dulu, baru tahu! All the best!

Sumber