Kota Impian, Kota Kebebasan, Kota Epal Besar, Kota yang Tak Pernah Tidur. Pelbagai nama jolokan yang diberikan kepada New York City.

Kota New York (NY) merupakan sebuah kota yang seringkali muncul di kaca TV. Secara tak langsung Kota NY kerapkali sudah kita kunjungi di kaca TV.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

tips-bercuti-di-new-york

Tips 1: Visa ke US

Bagi perjalanan ke New York City (NYC), pengunjung memerlukan Paspot, Visa dan tentunya tiket penerbangan pergi-balik. Pengunjung perlu membuat permohonan visa lebih awal bagi memastikan dapat memperolehi visa sebelum tiba hari perjalanan.

Paling lewat tarikh permohonan adalah dua bulan sebelum perjalanan. Ini adalah kerana permohonan perlu dilakukan secara online, dan pemohon akan dipanggil untuk proses temuduga.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, pemohon akan diberikan visa di antara 1-10 tahun. Permohonan lebih awal perlu dilakukan bagi memastikan pemohon tidak putih mata sebab tidak diberikan visa.

Terdapat pelbagai sebab visa tidak dikeluarkan. Antaranya adalah faktor nama. Kerajaan US kadangkala adalah sedikit dramatik dan sarkastik terhadap nama-nama tertentu.

Setibanya di US, pengunjung akan diperiksa sekali lagi bagi memastikan Visa adalah sah dan sebagainya sepertimana di negara lain juga. Sekiranya terdapat keraguan dan sebagainya, anda perlu pergi ke pejabat pemeriksaan lanjut bagi proses pemeriksaan selanjutnya.

Kebiasaannya, anda hanya perlu menunggu lebih lama bagi proses pengesahan.

Tips 2: Lapangan Terbang ke New York

Terdapat dua lapangan terbang utama untuk pengunjung ke NYC, satu di JFK dan satu lagi di New Jersey. Lapangan Terbang JFK mempunyai beberapa terminal bergantung kepada jenis syarikat penerbangan. Sekiranya pengunjung menaiki British Airways, akan tiba di Terminal 5.

Begitu juga untuk perjalanan pulang, pengunjung perlu mengetahui penerbangan apa yang akan dinaiki dan harus mengetahui terminal yang betul untuk pelepasan.

Rancang perjalanan dengan lebih awal dan tiba di lapangan terbang sekurangnya 2 jam lebih awal bagi mengelakkan terlepas penerbangan pulang atau ke destinasi seterusnya.

Pengunjung boleh terus check in di kaunter penerbangan atau melalui porter yang terdapat di pintu masuk. Sekiranya menggunakan perkhidmatan porter, anda perlu memberikan tips yang berpatutan bergantung bilangan beg dan servis yang diberikan. US merupakan kota tips.

tips-bercuti-di-new-york-1
Statue Of Liberty
tips-bercuti-di-new-york-2
Ellis Island
tips-bercuti-di-new-york-3
Bull of The Wall Street
tips-bercuti-di-new-york-4
UN Headquarters
tips-bercuti-di-new-york-5
Times Square
tips-bercuti-di-new-york-6
Hard Rock di Times Square NYC
tips-bercuti-di-new-york-7
Times Square
tips-bercuti-di-new-york-8
Roosevelt Island Tram

Tips 3: Jalan-jalan di Kota New York

Setibanya di NYC, sistem jalanraya di sana adalah berlainan daripada sistem yang digunakan di Malaysia. Sistem jalanraya adalah berbentuk grid.

Untuk ke sesuatu tempat, pengunjung perlu menghafal Street dan Avenue. Biasa di Malaysia tahu nama jalan sahaja, tetapi itu pun belum pasti lagi jalan tersebut berada di mana.

Sekiranya di NYC, anda dah boleh agak berapa blok akan sampai ke lokasi berdasarkan bilangan Street dan Avenue.

Tempat yang wajib dilawati seberadanya di NYC adalah Times Square, Central Park, Brooklyn Bridge, Fifth Avenue, Statue Of Liberty, Rockefeller Square, Empire State Building dan juga WTC Memorial Park.

Pengunjung juga boleh menaiki teksi dan juga subway yang boleh didapati di mana-mana sahaja sekitar New York. Sekiranya pengunjung memilih untuk menaiki teksi, sila sediakan wang tambang beserta tips untuk pemandu teksi. Kota New York adalah kota tips.

Untuk ke destinasi yang lebih jauh, anda boleh menaiki subway.

Tips 5: Cuaca di NYC

Sebelum memulakan perjalanan di Malaysia lagi, pengunjung perlu membuat sedikit kajian berkenaan cuaca di NYC. Ini adalah NYC merupakan negara empat musim.

Jangan hanya memakai t-shirt dan jeans sekiranya cuaca sejuk. Kasut juga perlu bersesuaian bagi keselamatan pengunjung.

Kebiasaannya sekiranya cuaca sejuk dan bersalji, pengunjung perlu memakai kasut dengan tapak yang grip agar tidak terjatuh dan menyebabkan kecedaraan.

Muat turun aplikasi Weather Forecast, bagi mengetahui cuaca harian apabila berada di NYC. Ini membantu pengunjung membuat keputusan yang tepat berkenaan pemakaian dan juga menyediakan patung atau baju hujan sekiranya didapati hujan pada hari tersebut.

Kebanyakan penduduk di NYC bergerak secara berjalan kaki atau menaiki subway. Oleh itu, weather apps sangatlah penting dalam merancang perjalanan seharian di Kota NYC.

Baca: Tinggal Di USA, Wanita Sabah Ini Senaraikan 10 Perkara Pelik Di Sana

tips-bercuti-di-new-york-9
WTC Memorial Park
tips-bercuti-di-new-york-10
One World Trade Center
tips-bercuti-di-new-york-11
Brooklyn Bridge

tips-bercuti-di-new-york-12

tips-bercuti-di-new-york-13

Tips 6: Tips Ke Central Park

Central Park merupakan Taman di dalam Kota. Central Park merupakan taman yang agak luas. Sekiranya hendak berjalan kaki diseluruh taman boleh memenatkan.

Sayang sekiranya tidak dapat tengok semua lokasi menarik di dalam Central Park. Belanjakan sedikit wang menaiki beca atau kereta kuda mengelilingi Central Park.

Jika menaiki beca, anda boleh berhenti di lokasi menarik untuk mengambil gambar kenangan. Harga untuk menaiki beca atau kereta kuda boleh dirunding dan harga adalah sekitar USD35-70. Jangan lupa untuk tambah tips.

Central Park merupakan sebuah taman yang agak besar, sekiranya pengunjung memilih untuk berjalan kaki, masa yang perlu diperuntukkan adalah lebih kurang separuh hari.

Sebelum memulakan perjalanan pastikan telah memeriksa cuaca melalui weather apps dan juga memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian.

Jangan lepaskan peluang bergambar kenangan di lokasi penggambaran Home Alone dan banyak lagi lokasi penggambaran yang pernah dilakukan di Central Park.

Tips 7: Tips ke Statue Of Liberty

Adalah dinasihatkan pengunjung untuk membeli tiket secara online, bagi menjimatkan masa beratur di kaunter tiket. Sekiranya musim cuti, line untuk membeli tiket, menaiki feri adalah sangat panjang.

Untuk ke Staue of Liberty anda akan menaiki feri. Dalam perjalanan pulang akan singgah di Pulau Ellis, di mana terletaknya imigresen yang mendaftarkan semua imigran yang migrasi ke NY.

Terdapat beberapa jenis tiket Statue Of Liberty, sekiranya hendak naik ke Crown Statue, tiket adalah pada harga berlainan dan limited. Pengunjung perlu membeli tiket lebih awal.

Baca: 7 Tips Selamatkan Diri Oleh Lelaki Melayu Yang Pernah Sesat Di Gurun Amerika

tips-bercuti-di-new-york-15

tips-bercuti-di-new-york-17
Pemandangan Manhattan City daripada Statue Of Liberty Island
tips-bercuti-di-new-york-18
Statue Of Liberty Island
tips-bercuti-di-new-york-19
Makan-makan
tips-bercuti-di-new-york-20
Matilda The Musical
tips-bercuti-di-new-york-21
The early bird ticket
tips-bercuti-di-new-york-22
Something Rotten
tips-bercuti-di-new-york-23
The Theatre
tips-bercuti-di-new-york-24
Rice with Grilled Chicken

Tips 8: Tips menonton Broadway

Broadway adalah salah satu persembahan yang wajib tonton seberadanya di NYC. Persembahan teater yang mantap di NY.

Tiket boleh dibeli melalui aplikasi di telefon atau terus di kaunter. Buat sedikit kajian teater yang menarik minat anda, kerana setiap teater menayangkan teater yang berlainan.

Phantom of The Opera, Madagascar, Something Rotten merupakan antara Broadway yang menerima kunjungan paling tinggi.

Sekiranya anda ingin mendapatkan tiket pada harga yang lebih murah, anda boleh beratur seawal jam 9 pagi sebelum kaunter tiket dibuka untuk mendapatkan tiket pada harga yang sangat menarik.

Tips 9: Makan-makan di NYC

Alhamdulillah, populasi muslims dan juga makanan halal adalah agak menakjubkan di Kota NY. Terdapat banyak Halal Cart, yang menjual makanan halal di sepanjang jalan.

Sekiranya mahukan makanan Thai. Anda boleh kunjungi Restoran Amina Thai di Queens. Makanannya sedap, tetapi lokasi adalah di luar NYC.

Anda memerlukan kenderaan untuk ke restoran Amina Thai. Tetapi berbaloi sekiranya dah hampir seminggu tak menjamah makanan Asia.

Di NYC juga anda boleh membuat penempahan hotel yang mempunyai kitchenette, untuk memasak dan sebagainya ketika berada di sana. Boleh menjimatkan belanja dan juga menepati selera masing-masing.

Baca lagi: Wanita Sabahan Ini Habiskan 3 Bulan Travel Sejauh 4000km Di USA Dan Merentas 4 Zon Masa