Tip pengurusan perbelanjaan.

1. Di awal kerjaya dahulu, aku mengalami sedikit masalah pengurusan perbelanjaan bulanan aku. Pelbagai cara telah aku usahakan tetapi masih gagal untuk aku turuti. Kekangan dari segi pemantauan menjadi punca, sehinggalah aku terbaca akan kaedah penggunaan sampul berwarna oleh seorang ‘financial guru’ pertengahan tahun 2002. Ternyata ianya merubah corak pengurusan perbelanjaan aku.

2. Namun, aku tidak menggunakan sampul sepertimana yang dicadangkannya sebaliknya, sampul tersebut aku gantikan dengan akaun-akaun simpanan di bank.

3. Pada ketika aku memulakan kaedah ini, gaji bersihku sudah mula mencecah RM3,000 sebulan dan 50% dari amaun tersebut biasanya akan aku ketepikan untuk pembayaran pinjaman kenderaan, rumah kediaman, kad kredit, premium takaful dan bayaran utiliti. Untuk rekod, simpanan pelaburan dan sumbangan kasih sayang kepada ibu bapa, aku ambil dari lebihan sewa dari unit-unit sewaku tanpa mengusik duit gajiku.

4. Dengan jumlah sebanyak RM1,500 itu (50% dari gaji), kemudiannya aku pindahkan ke 4 akaun bank yang berbeza dengan jumlah simpanan yang sama yakni, RM375 bagi setiap akaun.

5. Kenapa 4 akaun bank yang diperlukan?

6. Kerana ianya mewakili 4 minggu dalam sebulan dan setiap minggu, hanya maksimum RM375 @ RM53.57 sehari sahaja yang boleh aku gunakan untuk perbelanjaan harian aku (termasuk makan minum dan pengangkutan).

7. Hasilnya, aku mula berdikit. Malah, aku cuba mengurangkan perbelanjaan aku agar masih terdapat baki pada akaun bank untuk minggu itu. Rasionalnya, agar ada lebihan baki ke minggu yang sama pada bulan hadapan.

8. Begitu juga dengan akaun-akaun bank yang mewakili minggu-minggu berikutnya. Alhamdulillah, amalan ini masih lagu aku praktikkan dan ternyata ianya sesuai untuk memantau aliran tunai (cashflow) bulananku dan tidak salah untuk anda mencuba.

SHARE jika bermanafaat.

Ikuti lebih banyak nota-nota pengurusan kewangan dan hartanah di laman Facebook Abang Ensem.