Nike adalah jenama barangan sukan paling laris dan popular setakat ini. Nike mencatatkan jualan USD8 billion pada suku terakhir mereka tetapi jumlah jualan itu sedikit kurang dari apa yang diramalkan oleh bursa saham Wall Street. Bagi para pelabur, mereka agak risau dengan kadar growth jualan Nike iaitu pada kadar 10 peratus, tidak seperti diharapkan Wall Street pada kadar 12 peratus.

Dengan jualan USD8 billion pada suku terakhir mereka, sepatutnya mereka boleh dikatakan selesa dengan pencapaian itu. Tambahan lagi dengan peningkatan 27 peratus stok saham tahun lepas. Tetapi dalam tempoh yang sama, pesaing hebat mereka, Adidas mencatatkan peningkatan 43 peratus stok saham mereka (Jualan tahunan tahun 2015 Nike adalah USD30.6 billion. Adidas pula USD14.5 billion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk dekad yang lalu, saingan daripada jenama lain adalah sangat mustahil tetapi tidak lagi sekarang ini. Jenama yang paling memberi saingan kepada Nike sekarang ini adalah Adidas. Selepas penukaran CEO mereka, Adidas berkempen dengan jayanya dengan membuat perjanjian dengan pereka fesyen hebat (Nigo,Yohji Yamamoto & Rick Owens), artis ternama (Kanye West & Pharrell Williams) dan turut menggaji 3 pereka fesyen muda berpotensi Nike ( Marc Dolce, Mark Miner & Denis Dekovic).

Trio pereka fesyen adidas; marc dolce, mark miner dan denisdekovic
Trio pereka fesyen baru adidas; marc dolce, mark miner dan denis dekovic

Semuanya berjalan lancar untuk Adidas lebih-lebih lagi dengan bantuan bekas duta Nike, Kanye West. Kanye West dikatakan menjadi catalyst kejayaan Adidas untuk beberapa tahun ini. Since anything Kanye wears, people will follow. Begitu juga dengan kasut rekaan Yohji, Rick dan Pharrell. Secara tidak langsung, Adidas berjaya menembusi bukan sahaja pasaran sukan tetapi juga pasaran pakaian mewah.

Pharrell Williams Dan Kanye West
Pharrell Williams Dan Kanye West

Syarikat dari Baltimore, Under Armour perlahan-lahan mendapat tempat di hati pengguna. Kasut duta Under Armour, Stephen Curry lebih menjadi pilihan golongan atlet muda dalam sukan bola keranjang berbanding kasut dari duta Nike; Lebron James, Kobe Bryant dan Kevin Durant. Nike bernasib baik siri kasut Jordan masih utuh di hati peminat sneakerhead dunia.

Nike Perlu memikirkan sesuatu supaya jenama mereka kekal di tangga teratas. Satu kesilapan Nike apabila mereka terlepas pandang pasaran high end fashion yang boleh dikatakan kini dipegang oleh jenama Adidas. Setiap produk mesti akan melalui fasa decline dalam product life cycle mereka. Jika Nike mahu terus berada di fasa matang, mereka perlu jadi lebih inovatif dan tidak ketinggalan dengan pesaing mereka.

Sebagai permulaan, Nike sudah memperkenalkan Nike HypeAdapat 1.0 , kasut yang mampu mengikat talinya secara sendiri. Ini adalah ‘senjata’ terbaru dari Nike dan sudah pasti, lebih banyak model akan menggunakan teknologi ini di masa akan datang. The future is near!