Sudah menjadi trend dimana setiap syarikat teknologi berlumba-lumba untuk memudahkan kaedah pembelian dan pembayaran. Apple lancarkan Apple Pay manakala Samsung hadir dengan Samsung Pay. Amazon selaku salah satu outlet barangan terbesar dunia pula muncul dengan sebuah lagi idea yang sangat fresh iaitu Amazon Go.

newsamazongo

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat kepada idea Amazon Go, boleh saya katakan syarikat ini bakal mengubah cara anda membeli barangan runcit. Secara umumnya, Amazon Go merupakan sebuah store dimana anda boleh membeli pelbagai barang khususnya barangan runcit.

Apa yang membuatkan Amazon Go special adalah sistem pembayaran terbaru mereka. Pengguna cuma perlu ‘membeli dan belah’ tanpa perlu sebarang pembayaran di kaunter pembayaran. Ya, tidak ada cashier, self paid checkout mahupun mesin scan barangan anda. Dari segi pembayaran pula, item yang diambil bakal dicas menggunakan kad kredit sejurus anda keluar daripada Amazon Go Store. Cool bukan?

 

Bagaimana Amazon melakukannya dan serta syarikat ingin mengawal stok barangan yang berkurang? Jawapannya ada pada teknologi yang baru sahaja dibangunkan Amazon iaitu ‘Just Walk Out Technology’.

Pengguna cuma perlu sahkan ID Amazon sewaktu memasuki Amazon Store dan seterusnya boleh mengambil barangan seperti biasa. Setiap barangan yang diambil bakal dimasukkan ke dalam inventori pembayaran akaun Amazon.

phpyvlajo

Bagaimana pula jika pengguna tidak jadi mengambil barangan yang sudah diambil? Mudah sahaja, terdapat sistem yang akan memadamkan inventori barangan anda sekaligus meningkatkan stok barangan di kedai secara serentak.

Amazon berhasrat dengan teknologi yang sangat futuristik daripada mereka ini dapat diperluaskan seluruh U.S sebelum diperkenalkan di negara-negara yang lain. Lokasi pertama Amazon Go terletak di Washington dan telah mula dibanjiri orang ramai yang teruja untuk menggunakan servis Amazon Go.

liezel-walking-desktop-_v523327233_

Melihat kepada teknologi daripada Amazon ini, kemungkinan anda tidak lagi perlu rasa bersalah sekiranya anda terlupa untuk membuat pembayaran sejurus anda keluar daripada kedai.