Kerjasama antara Adidas dan Kanye West menerusi siri ‘YEEZY’ sangat berjaya sehinggakan Kanye dan Adidas dalam perbincangan untuk kerjasama baharu di mana Adidas kini merancang untuk membuat divisyen baru di bawah nama adidas + KANYE WEST di mana Adidas akan membuka beberapa butik khas untuk kerjasama ini.

Butik ini nanti akan menjual barangan yang diilhamkan oleh Adidas dan Kanye termasuk jualan baju sukan edisi khas dan aksesori. “Bersama Kanye West, kami di Adidas akan meneruskan kelangsungan produk YEEZY. Tim kami di Portland akan terus berusaha keras untuk memastikan kejayaan produk YEEZY ini di peringkat global,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Adidas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

adidas + KANYE WEST akan menghasilkan produk yang bukan sahaja setakat memfokuskan kepada lifestyle, tetapi rekaan yang meningkatkan prestasi ketika anda bersukan dan selesa tanpa melupakan nilai kecantikan produk yang bakal dihasilkan.

kerjasama bersama ikon fesyen bukanlah yang pertama bagi Adidas. Adidas sebelum ini telah membuat kerjasama yang serupa dengan pereka fesyen Yohji Yamamoto menerusi siri Y-3. Kesannya sangat positif kerana Adidas kini berjaya menempatkan produk mereka dalam industri high fashion.

Yohji Yamamoto, pereka untuk siri Y-3
Yohji Yamamoto, pereka untuk siri Y-3

Bolehkah siri adidas + KANYE WEST menjadi sehebat siri Y-3? Dengan peningkatan jualan Adidas disebabkan jualan YEEZY dan aura yang dimiliki Kanye West, siri adidas + KANYE WEST ini tidak perlu menunggu lama untuk produknya menjadi sehebat Y-3. Kanye yang merupakan duta Nike suatu ketika dahulu pasti buat syarikat itu gigit jari dengan perkembangan terbaru Kanye bersama Adidas ini.

Sumber