Adidas UltraBOOST adalah antara model Adidas paling laris dan hype ketika ini. Adidas sengaja menghadkan pengeluaran kasut ini supaya ianya sentiasa diingini dan laris di pasaran. Setakat ini, setiap kali model UltraBOOST keluar di pasaran, ianya laris seperti pisang goreng panas.

Selebriti yang menaikkan model kasut ini tak lain tak bukan adalah Kanye West. Sebelum model Yeezy, ini adalah kasut kegemaran beliau. Kanye masih memakai Adidas UltraBOOST dalam membuat persembahan pentas. Bagi memulakan bulan Disember ini, Adidas secara rasmi memperkenalkan UltraBOOST 3.0, edisi terbaru untuk model kasut ini. Sebelum itu, anda boleh lihat pada video di bawah untuk melihat perbezaan antara adidas UltraBOOST 1.0 dan UltraBOOST 2.0.

Jadi apa perbezaan UltraBOOST 3.0 ini berbanding dengan UltraBOOST sebelum ini? Model terbaru ini akan mempunyai fit yang lebih baik, kolar kasut yang lebih selesa serta sistem ‘pernafasan’ kasut yang lebih baik. Jadi kaki anda akan lebih selesa dan dapat mengurangkan peluh pada kaki.

6 pilihan warna untuk lelaki dan 5 pilihan warna untuk wanita akan keluar dan dikatakan anda boleh membelinya di adidas.com bermula hari ini, 6 Disember. Rasanya kasut ini turut akan berada di butik Adidas Malaysia tidak lama lagi dengan harga USD180 (Lebih kurang RM800) sepasang. Kalau anda mahukan kasut ini, rajin-rajinlah ke butik Adidas. Manalah tahu kasut ini sudah ada di sana.

adidas-ultra-boost-3-0-3

adidas-ultra-boost-3-0-4

adidas-ultra-boost-3-0-5

adidas-ultra-boost-3-0-6

adidas-ultra-boost-3-0-7

adidas-ultra-boost-3-0-8

adidas-ultra-boost-3-0-9

adidas-ultra-boost-3-0-10

Sumber