Masih ingat dengan seorang remaja yang beli 100 pasang kasut Adidas Yeezy untuk dijual semula? Beliau datang lagi dengan stok terbaru untuk kasut yang akan dilancarkan kepada umum Sabtu ini.

Bagi yang tidak tahu, kasut Adidas Yeezy ini adalah sangat limited kuantitinya. Kasut ini cuma akan masuk ke beberapa kedai sahaja di seluruh dunia dan Malaysia antara negara yang mendapat kasut ini tetapi kuantitinya sangat terhad. Biasanya kasut-kasut ini hanya boleh dibeli sepasang seorang dan ada keluaran kasut yang anda perlu memenangi undian atau ballot untuk peluang membeli kasut berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak bagi Allen Kuo. Beliau ada orang kuat Adidas di belakang beliau. Tidak pasti bagaimana connection beliau dengan orang Adidas di Amerika, tetapi beliau sahaja sudah mendapat 30 pasang kasut Yeezy 350 V2 ‘Core Black’.

https://www.instagram.com/p/BQRwMbnlVEh/

Kasut ini akan dijual pada harga USD220 (lebih kurang RM970) sepasang dan harga untuk resell kasut ini biasanya adalah tiga kali ganda. Kalau sudah ada 30 pasang, darabkan dengan tiga. Sudah berapa keuntungan yang beliau dapat?

Disebabkan populariti dan nilai tinggi kasut Adidas Yeezy ini, kini ramai sungguh yang tiba-tiba jadi peminat kasut. Sebab utama hendak beli adalah untuk jualnya kembali. Jadi untuk peminat kasut tegar seperti kami memang susahlah untuk membeli kasut ini pada harga retail. Untuk Yeezy 350 V2 ‘Core Black’ ini, undian untuk membeli kasut ini akan berlangsung pada esok hari di Pavilion, KL. Selamat berjaya. Kalau tak dapat, boleh roger Allen untuk dapatkan saiz anda.