Jika anda seorang gamer atau mengikuti perkembangan semasa tentang processor, pastinya anda tahu betapa orang ramai menantikan AMD Ryzen yang hadir dengan penuh gimik dan hype ini sebelum pelancaran. Dan ternyata, processor terbaru daripada AMD ini sememangnya power!

Untuk pengetahuan anda, siri ini dilancarkan dengan beberapa model processor bermula dengan Ryzen 3 yang dibina buat rig low end sehingga Ryzen 7. Namun apa yang menjadi tumpuan orang ramai adalah Ryzen 7 yang hadir dengan spesifikasi 8 core.

Tidak cukup dengan itu, model Ryzen 1800X yang menjadi processor terbaik AMD ketika ini juga dikatakan sesuai untuk gaming setelah berjaya memaparkan prestasi yang lebih hebat berbanding Intel Core i7-6900K. Peningkatan sebanyak 9% daripada cip Intel mungkin tidak terlalu banyak buat pengguna biasa.

Dari segi harga, Ryzen 1800X mula ditawarkan dengan harga $499 (~RM2219.80) manakala Intel Core i7-6900K dijual pada harga RM4640. Begitu juga dengan model lain keluaran AMD Ryzen.

perbandingan amd cip intel bersama AMD Ryzen

Menawarkan multitasking yang lebih hebat, penggunaan power yang lebih rendah, harga yang jauh lebih rendah berbanding Intel antara yang membuatkan AMD Ryzen dinantikan ramai. Para gamer mesti tak sabar nak cuba processor terbaru ni.

Untuk mengatakan Intel jatuh secara total sudah tentunya tidak. Hal ini kerana kedua-dua jenama ini sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Walaubagaimanapun, dengan pengenalan processor terbaru daripada AMD ini pastinya akan mendesak Intel untuk menurun harganya. Apatah lagi dengan penawaran separuh harga daripada cip Intel Core i7 serta spesifikasi yang lebih canggih . Good job AMD!