Amirul Afandi, dari pasukan Infinite telah berjaya memenangi wang tunai RM34,000 selepas beliau memenangi pertadingan FIFA di AGES 2016. Tahniah!

AGES atau ASEAN Games for E-Sports yang berlangsung di Midvalley hujung minggu lalu mendapat sambutan hebat dari para gamers seluruh ASEAN. Kejayaan Amirul ini pasti membuka mata semua tentang masa depan E-Sports di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Amirul a.k.a Amtuah ini adalah kemenangan paling besar pernah beliau menangi setakat ini. “Ini adalah hadiah paling besar pernah menang setakat ini. Saya mula menyertai pertandingan e-gaming FIFA ini sejak tahun 2014. Sebelum ini saya menang di Malaysia Cyber Game dengan jumlah RM10,000,” kata Amirul.

amtuah

Bercerita tentang lawan paling kuat Amirul ketika di AGES 2016, Kickers_Shige memberi saingan sengit tetapi akhirnya tewas di tangan Amirul di penentuan penalti dengan jaringan 4-1.

Amirul menerangkan ini bukanlah kerjaya full time beliau. Ini semua adalah passion beliau yang sangat kuat dengan permainan video Fifa. Beliau juga kini ditaja oleh Redbull Malaysia, Gamesbond dan Fallout Gaming. Cool !

Untuk acara DoTA 2 pula, pasukan dari Malaysia, Orange.Taring mendapat tempat kedua dan membawa pulang hadiah RM94,000.

All the best buat Amirul dalam pertandingan lain yang akan datang. Anda di rumah yang hebat FIFA tu, jangan duduk saja. Join pertandingan. Untung-untung dapat jumpa Infinite Amtuah di final. Goodluck!

Sumber