Ditulis Oleh:
Anis 'Atikah Mohamed
January 3, 2017 10:37 PM

Alhamdulillah, saya telah selesai misi solo trip saya selama 28 hari. Saya selamat tiba di kampung halaman pada 29 December 2016. Travelling alone is indeed a wonderful experience that I will never forget.

Ada pelbagai peristiwa gembira, sedih, cemas dan mencabar berlaku sewaktu perjalanan. Sepanjang perjalanan banyak yang saya belajar.  Oleh itu saya akan kongsikan sedikit tip keselamatan sepanjang di Eropah.

Sama ada kalian travel seorang diri atau pun bersama kawan-kawan. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada bakal traveller di luar sana.

1. Penyeluk saku

Saya alami kejadian ini di Rome dan hampir menjadi mangsa. Ia berlaku di dalam keretapi. Macam subway gitu. Masa tu keadaan dalam keretapi agak dengan penumpang. Alhamdulillah, Allah masih lindungi saya.

Macam mana nak cam? Penyeluk saku ni tidak kisah lelaki atau perempuan. Biasanya muda. Dan masa saya kena, dia pakai baju musim sejuk yang labuh. Cukup untuk tutup tangan dia semasa giat merayap selongkar beg kita.

Saya bernasib baik sebab beg tu macam susah nak buka, banyak barang dan juga sebab saya cepat beralih daripada orang tersebut. Sebab dia himpit kita rapat sangat.

Suasana agak kecoh dalam keretapi bila saya tersedar apa yang dia sedang cuba lakukan kepada saya. Penyeluk saku itu kemudian melarikan diri lepas tekan butang kecemasan.  Dan orang-orang yang ada di sekitar dalam keretapi mula pandang dan bertanya adakah dia  ada lakukan sesuatu kepada saya dalam Bahasa Italy, konon-konon fahaam. Haha

2. Pegang handbag di depan dan letak tangan di atas bahagian beg yang boleh dibuka.

Saya biasa pegang beg dengan cara menyilangkannya di depan dan tangan diletakkan ke atas zip atau penutup beg jika masuk subway. Tapi masa dekat Rome, entah macam mana terlupa sekejap. Biasanya bila pegang beg macam tu saya selamat. Dapat elak jadi mangsa.

3. Jangan layan orang yang konon-konon nak meminta derma, meminta kalian tandatangan petisyen.

Itu semua strategi untuk mendapatkan duit. Di Paris ada banyak orang macam ni. Di Venice pun ada. Di Venice saya terkena. Hehe. Tapi tidak mengapa, kira niat baik masa tu nak tolong.

4. Jangan ambil bunga ros free yang diorang bagi.

Biasanya, mereka ni Gypsi. Kalau awak ambil, mereka akan kejar awak dan minta awak bayar. Dan awak WAJIB bayar sebab awak dah ambil. No return policy. Ni dekat Italy, Peranchis.

Baca: 17 Langkah Dan Persediaan Keselamatan Sebelum Anda Keluar Mengembara

5. Di sekitar Eiffel Tower, akan ada orang datang borak-borak dengan awak. JANGAN layan.

Sebab nanti dia panggil geng dia datang dekat. Sedar-sedar, awak dah hilang barang awak. Mereka akan berlakon macam buat-buat tanya arah jalanlah.

Buat-buat tak faham Bahasa Inggeris dan nak mintak bantuan lah. Sila hati-hati. Orang yang berjalan berkumpulan atau dengan pasangan pun terkena dengan teknik ini

6. Di kebanyakan tempat, awak akan jumpa banyak peminta sedekah.

Kebanyakannya berupa macam orang Islam tapi sebenarnya mereka berasal dari Romania. Jangan terkejut kalau ada yang bagi salam, sebut nama Allah dan sedekah.

Di sini, terserah pada kalian nak bagi ke tak. Saya pilihuntuk keras hati sebab risau ramai lagi yang akan datang. As I am travelling alone. Safety is my priority.

7. Di Turki, budak-budak akan datang peluk awak minta belas kasihan.

Tapi jaga-jaga dengan barang sebab kita tak pasti kot mereka ada ambil apa-apa. Di sini, jika awak bagi kepada seorang budak, budak-budak yang lain akan datang juga. Berhati-hatilah.

8. Dalam train metro/subway, akan ada orang sembahyang.

Macam berdoa dengan kuat. Lepas habis bacaan doa, dia akan datang minta duit sambil bawa tabung atau cawan.

9. Jangan senyum. Pendek kata kurangkan senyuman.

Sebab bila anda senyum ia memberi isyarat anda nak berkenalan dan sudi ke bilik tidur bersama. Ini masa jalan-jalanlah.

Mereka suka orang luar terutama yang bertudung. Sebab senang nak cam dan mungkin senang untuk djadikan mangsa. Again, it is ok to be nice. Just be careful.

Ada satu kejadian semasa di Paris, saya sedang tunggu keretapi Frankfurt dan duduk sorang diri di bangku. Ada beberapa orang di hadapan dan di sebelah saya.

Tiba-tiba ada seorang lelaki kulit putih datang duduk di sebelah. Dia taip dengan hp dia “I want to be your friend” and tunjukkan kepada saya. Saya cakap saya tak faham Bahasa Inggeris dan buat-buat blur.

Dia buat cubaan lagi sekali ajak berkawan. Saya tolak dan cakap macam “saya tak faham apa yang awak tulis” dengan mimic muka blur. Lepas tu, dia mengalah dan berlalu pergi.

10. Jangan sesekali percaya mereka yang tiba-tiba datang nak tolong.

Contohnya anda baru sampai dan rasa blur tidak tahu arah. Tiba-tiba ada orang datang kata, where are you going?

Anda pun tunjuk alamat. Dia kata dia boleh tolong bawakan. Sebenarnya, dia tipu. Dia nak rogol dan ambil barang anda. Saya alami perkara ni di Milan.

Paling teruk dia mengaku dia pun Islam juga. Lagi sekali Allah selamatkan saya. Saya berjaya selamatkan diri dan pergi ke hotel yang terdekat. Nasib baik zaman sekolah dulu belajar tae kwan do dan silat. Dapat guna juga akhirnya. Fuh. Hilang duit sikit tapi tidak mengapa. Yang penting nyawa.

Memang silap saya mudah percaya bila dia cakap dia Islam. Tambahan saya sedang penat dan tak dapat berfikir dengan betul. Di Eropah orang Islam lagi susah nak percaya sebab kita tak tau dia betul-betul Islam atau tipu. Huhuhu betapa agama kita dipermainkan.

11. ELAK tiba di destinasi yang dituju pada waktu malam.

Terutama jika anda travel sorang. Lagi-lagi di musim sejuk. Pukul 9 malam dah macam tengah malam. Sunyi. Masa di Milan saya tiba dalam pukul 8 malam memang dah sunyi. Di musim sejuk jam 5 petang dah gelap. Kedai pun ada yang tutup. Dan juga elakkan keluar berseorangan di waktu malam.

12. Tunjukkan muka serius

Tunjukkan muka serius bila anda travel seorang diri terutama bila ada lelaki yang cuba merapati anda.

13. Pakai cincin sepanjang masa travel.

Ini boleh buat mereka percaya anda dah berkahwin dan bukannya sedang travel solo.  Tapi kalau pakai sarung tangan, sebab sejuk tak nampaklah cincin tu. Hahaha.

14. Jangan tawar harga jika tak nak beli

Di Paris, kalau tak nak beli barang tersebut jangan tanya terutama di sekitar Eifel Tower. Nanti dia kejar anda dan paksa anda beli. Jangan risau, harga dia dah tulis sebenarnya, kena pandai baca je.

Nasihat saya, jika anda ada niat nak beli, baru tawar harga. Di Venice, saya ada niat nak beli. Jadi saya cuba tawar dan minta kurangkan harga. Saya cakap kalau saya beli 2 dozen, boleh tak saya nak free key chain? Alhamdulillah menjadi.  Yang pasal free gift tu saja je nak test. Rezeki saya dapat free gift. Al-maklum, orang Malaysia kan suka tawar-menawar.

15. Orang Rome agak biadap.

Dia boleh tiba-tiba je marah anda. Lagi-lagi bila mereka lihat anda adalah warga asing. Bila anda tanya soalan, nak tak nak je diorang jawab. Jadi lebih baik bertanya kepada pemandu pelancong atau penyambut tetamu  di tempat penginapan. Saya lalui pengalaman buruk ini di sana bersama warga India dan British yang travel bersama saya.

16. Jangan tinggalkan beg anda walaupun sesaat.

Atau semata-mata untuk ambil sekeping gambar. Kejadian seperti ini berlaku kepada rakan sebilik saya dari Kazakhstan sewaktu kami di Paris.

Seorang lelaki Spanyol datang dengan selamba, kemudian terus sambar beg kawan saya dan berlalu pergi dengan pantas. Berkejaranlah kawan saya cuba mendapatkan  handbag dia balik. Waktu dia tersedar pun lelaki tersebut dah agak jauh. Ia berlaku sangat pantas. Jadi, jaga handbag elok-elok.

17. Jangan sesekali keluar seorang diri di awal pagi sambil pegang handphone.

Kenalan sebilik saya dari Korea pernah dirompak di awal pagi sewaktu berjalan seorang diri.

Puncanya dia terlalu teruja nak tengok Rome di awal pagi. Dia keluar dalam pukul 7 pagi lebih. Jalan seorang diri. Kemudian ada lelaki berkulit gelap dari arah bertentangan datang, rampas handphone dan lari.

Menangislah kenalan saya ni sepanjang hari. Kesian dia sebab dalam handphone  ada lebih 10 ribu gambar-gambar.

18. Jangan solat merata terutama di Paris.

Nanti anda kena tembak percuma je. Lebih baik cari masjid atau balik solat di hotel/hostel. Yang saya buat kalau tak sempat atau dah tiba masa check out dari hotel, dan hotel pula macam susah nak bagi solat kat tempat, maka fitting room adalah pilihannya. Buat-buat nak beli baju dan kemudian solatlah di situ dengan selamatnya. Hehe.

19. Akhir sekali, PASSPORT.

Letak passport, debit dan kredit kad dalam poket seluar. Bukan dalam handbag. Itu yang saya buat. Passport tu nyawa penting masa travel. Jadi saya letak dia dekat dengan saya.

Kalau handbag kena curi, sekurang-kurangnya perkara paling penting masih ada bersama saya. Kredit dan debit kad sangat berguna untuk kecemasan. Kalau beg kena curi masih ada backup duit untuk survive.

Semoga perjalanan kalian selamat dan menggembirakan.

Makluman: Tandas di Eropah paling murah saya jumpa kena bayar 0.70 Euro. Paling mahal 1.00 Euro. Ada yang free tapi dekat restoran. Bersyukur di Malaysia kita kena caj 0.30 sen atau 0.50 sen. Hihi. Antara penemuan yang menginsafkan saya dan membuatkan saya bersyukur sejenak.

Baca lagi: Diragut Ketika Travel Di Afghanistan, Ini Apa Anda Perlu Lakukan Untuk Keselamatan

Artikel Berkaitan