13 Februari 2017, kita dikejutkan kematian lelaki warga Korea Utara, Kim Chol yang dikatakan ‘abang’ kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang dipercayai dibunuh dengan mengguna kain beracun oleh pembunuh upahan di KLIA2.

Perghh dah macam filem Hollywood je. Dan semestinya kes pembunuhan berprofil tinggi ini akan menarik minat semua pihak termasuk media antarabangsa, antaranya dari Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan kisah pembunuhan yang aku nak ceritakan tetapi gelagat media dan orang Jepun yang benar-benar menyentap aku dengan displin mereka menjaga kebersihan walaupun bukan di negara sendiri.

Biasalah kerja sebagai orang media ni, bila kau dapat suatu tugasan tu, kau kena ‘berkampung’ sampai habis. Makan dan minum pun kau kena buat semuanya kat situ sebab takut terlepas berita. Jadi sampah makanan dan minuman memang bersepah la.

Dari jam 5 pagi hingga 2 pagi keesokkannya, media sentiasa menanti status mayat Kim Chol di Hospital Kuala Lumpur. Bila hari makin lewat, ramai yang sudah beransur pulang untuk berehat. Ye la, esok awal pagi nak kena ‘bertapa’ lagi depan bilik mayat.

Selesai berkemas kelengkapan, aku perasan hanya kumpulan media Jepun je yang tidak terus pulang. Mereka seperti mencari sesuatu dengan memegang plastik. Lama aku perhatikan mereka, manalah tahu ada barang diorang yang hilang ke. Tapi rupanya aku silap. Mereka sebenarnya sedang kutip sampah di sekitar kawasan lepak media tadi.

 

 

Segannya aku. Orang luar yang tolong kutipkan sampah. Dan yang buat aku lebih tergamam, semua sampah yang mereka kutip tu, mereka bawa naik teksi dan aku pun tak pasti ke mana mereka bawa semua sampah tu pergi. Hebat sungguh disiplin mereka!

Mati-mati aku ingatkan mereka hanya kumpulkan setempat agar esok senang pekerja pembersihan nak ambil. Ala macam kita selalu buat tu. Itu pun kalau kita rajin. Haha.

Bukan aku nak puji melangit mereka ni, tetapi aku ‘salute’ sebab mereka masih amalkan budaya dan displin yang tinggi walaupun berada di negara asing.

Mungkin kita, rakyat Malaysia boleh ikut amalan dan cara mereka ni. Jadikan ia contoh manalah tahu kita boleh jadi lebih baik daripada Jepun dalam isu kebersihan kan. Hehe.

Nota: Dalam hal ni bukan aku kata media tempatan ni buat kotor atau buang sampah merata-rata, media tempatan pun buang sampah di tempat yang disediakan tapi apa yang aku cuba sampaikan adalah sikap orang Jepun yang kita boleh contohi bersama.