Lingaa Release date Posters (1)@Andhra365

Siapa tidak kenal dengan Super Star Rajinikanth? Beliau merupakan hero filem Tamil yang terkenal hingga ke hari ini. Dikenali dengan gaya ala-ala ‘power‘, ‘trademark‘ yang menarik serta adegan yang ‘agak’ luar biasa, sekali lagi Rajinikanth telah berjaya menghiburkan peminat beliau melalui filem terbaru bertajuk ‘LINGAA’

Filem ‘LINGAA’ telah secara rasminya ditayangkan pada 12 Disember 2014 yang merupakan hari ulangtahun Rajinikanth ke-64. Filem ini mengisahkan bagaimana seorang raja yang sangat kaya, Raja Lingeshwaran telah mendapat tentangan hebat daripada pihak British dalam usaha beliau untuk membina sebuah empangan untuk rakyat yang miskin. Pelbagai rintangan daripada pihak British, ahli politik malah mendapat juga tentangan daripada rakyat beliau sendiri sehingga Raja Lingeshwaran telah menjadi miskin dan papa. Dan akhirnya, sekali lagi cucu Raja Lingeshwaran telah berjaya menjadi penyelamat kepada kampung itu pada zaman ini. Super Star Rajinikanth telah melakonkan kedua-dua watak Raja Lingeshwaran dan cucu Raja Lingeshwaran

Jika anda pernah menonton ‘Sivaji’, filem ‘LINGAA’ pada pendapat saya merupakan filem dengan jalan cerita yang jauh lebih menarik dan menghiburkan.

Anda boleh saksikan filem ini dengan melanggan Astro First dengan hanya RM15 (tanpa tax) dimana anda boleh tonton bersama keluarga dalam masa 2 hari

Trailer ‘LINGAA’

Antara aksi hebat Raja Lingeshwaran ketika bertarung dengan pemberontak di dalam keretapi. Anda pasti terpegun! Awas, adegan 18SG!

https://www.youtube.com/watch?v=8Yjzy5dNjPo

Apakah aksi ‘luar biasa’ dan ‘trademark‘ yang anda perasan pada filem beliau kali ini? Kongsikan di ruang komen The Vocket ataupun di Facebook The Vocket

LIKE Facebook The Vocket hari ini untuk pelbagai artikel yang menarik.